Wednesday, June 10, 2020

Selamat Hari Raya versi PKP 2020

As salam.

Entry raya ni wajib buat sebab akan jadi kenangan harap nya biar la sekali seumuq hidup. kenangan semua orang kat Malaysia tak dibenarkan balik kampung beraya. Dan satu dunia masih menutup pintu sempadan negara. 

Apa perasaan tak balik beraya ? aku... biasa ja. malah gembira jugak sebab dapat merasa solat raya di rumah sendiri berimam kan en husband siap baca khutbah printed lagi. satu benda yang menarik kan ? Lepas solat, kami sama-sama ber zoom call dengan family..tu pun satu kebaikan kan ? teknologi tanpa sempadan. bayangkan kalau covid ni berlaku di zaman IT tak canggih macam sekarang, lagi syahdu kan. ni kita still boleh nampak muka mak ayah masing-masing. 

Jadi, apa kami buat lepas berhari raya di rumah ? well, kami pulun p bergambaq kat bawah rumah la pulak. maklum la kita ni duduk rumah bertingkat, memang terkurung tak p mana pun. and , ada orang tanya stress dak dok rumah. jawapan aku : happy..sungguh. dapat work from home,  masak, kemas2 .waktu lain tak sempat nak buat semua ni serentak. 




Harus la berbaju raya baru walaupun tak beraya. ada aku tengok emo kemain kat socmed ,takmau raya, tak beli baju raya la apa la sebab tak balik kampung.. hadoi, be matured please. raya tu hari kemenangan untuk umat islam selepas sebulan berpuasa. chills ok. bukan nya tahun depan tak boleh balik kampung. raya haji pun ada lagi. lorat sungguh ( orang utagha kata ).





Kalau tak sebab beraya, memang tak dak la nak mai ootd kat club house apartment ni. jadi, dapat view cantik, kita bergambaq la. love 💓💖




Owh, kena kredit dalam entry ni juga bila mana kakak eryna berjaya :
# berjaya puasa 30 hari
# terawikh 30 hari 
# solat 5 waktu penuh ( alhamdulillah sebab subuh dia selalu terbabas, yang lain tu dah senang suruh buat ).
# baca quran lepas subuh ( selang-selang. mau ajak hari2 ada la sat alasan tu sat alasan ni.. so kita compromise la sikit2  dengan dia ). ni lepas ramadan, quran start balik waktu Maghrib.

Even after raya ni, masih mudah untuk kejut subuh maybe sebab terbiasa bangun sahur and subuh. hikmah pkp kan ? 




Harus la pic wajib tuan punya blog. suka baju ni cuma labuh sangat kena jahit sikit bawah tu and sebab dia putih, kena pakai inner. mula tu memang tak suka takut panas, surprisingly tak. jadi happy la kita. heels pun baru beli , kita beli kat chritsy Ng sedap giller and murah pulak discount sempena pkp. memang berbaloi shopping baju awai-awai sebab byk yang buat sale ahaks 😆...

Update as of today, dah boleh rentas negeri kan. ha ,so takyah nak emo la no, semua pakat boleh balik kampung. jaga diri ,jaga family, patuh SOP. gittew. kami ? bagi laluan yang kalut nak balik tu dulu, insya allah kami buat turn balik kg. jadi, every month ada la yang balik jumpa mak ayah. kan senang macam tu. jangan sebab berebut nak balik , sampai bermasam muka ok..tak elok tu...


💋

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...