Friday, May 8, 2020

PKPB moment

As salam.


Start 4 May , govt umum PKPB pulak. banyak la yang dah start kerja, termasuk en suami ku. Office aku pula, still work from home. Semalam, dapat email from HR, instruct all staffs untuk datang clearkan barang atas workstation & take out all post it note segala benda sebab depa nak re-arrange the cubicles. jadi, kami still work from home until further notice, yeay to that 😁😁.

Apa yang bagus nya work from home ( wfh ) ni bagi aku :

1. Lebih efficient siap kan tugas - senang nak meet dateline sebab takdak distraction. Kalau dekat office tu, tengah buat kerja, boss panggil la, belum lagi dept lain mintak tolong itu ,ini yang akhirnya work kita tu kena sambung samada kat rumah ( if dateline makin dekat ) atau next day. benda yang boleh settle cepat jadi lambat.

2. Lepas subuh boleh terus siapkan kerja dulu sementara kid tidoq. kalau tidak, belum sempat start dah kelam kelibut nak kena siapkan breakfast la apa la. make sure email semua dah attend , senang nak proceed kerja.

3. Buat kerja dulu baru pikiaq mandi. haha. tapi ni bila dah start puasa, selalu after subuh , tadarus sat then mandi je la. memang tak sambung tidoq dah nanti jadi lemau. and tak payah susah bersiap bagai. janji berbaju 😃😃.


Cons :

1. Anak crash kau punya zoom /skype call. paling best pakej gheyau melalak 😪. so,boss pulak laju-laju kata, ok kita sambung lepas ni lols. Lepas tu anak juga la nak makan, nak susu..pastu berak, pastu gaduh pastu nak itu ini. camtu lah selagi depa tak tidoq.

2. Banyak distraction -tapi dari rumah. contoh, abang/adik posmen ting tong deliver barang, lalu kita check barang, lalu kita test , excited , last-last terlupa habis kerja tadi 😜.

3. Ralit juga sambil on laptop pastu tertengok website spotlight, eh terbeli barang rumah, sebab bila lama sangat dok kat rumah, nak deco macam-macam. kalau tak tengok shopee, lazada, blablablabla.


So, how's about yours ?

Anyhow, i am still enjoy my wfh moments. lepas ni, dah masuk opis, tak dapat nak spent macam ni. orang kata blessing in disguise, nak pulak waktu bulan puasa, dapat terawikh berjemaah, tadarus quran..insya allah rezeki orang tidak sama, sentiasa doakan yang mana terkesan dengan PKP/PKPB harap semua nya dimurah kan rezeki, tabah dan sabar.

💋


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...