Tuesday, March 31, 2020

Work from home -RMO and self-quarantine day 10

As salam.


RMO, PKP, MCO - whatever names u call it, maksud nya tetap sama. perintah berkurung #stayathome.

Hari ni, hari ke 10 kami kuarantin and bermaksud minggu kedua work from home. Syok ok wfh. tak payah nak kejut kids awal nak hantar sekolah/taska. masak pun tak yah kalut nak buat 2,3 kali. macam aku, masak sekali waktu sarapan.lunch nanti lewat sikit masak ,so akan kenyang sementara tunggu malam. Dinner samada ulang lunch tadi or masak simple macam bihun/mee/spageti.done.

Kids memang lapaq memanjang and bergaduh ja. give up la terpaksa bagi tengok i-pad sebab kami kena kerja. tapi aku memang happy dapat spend time with the family. tak kisah pun if dilanjutkan .so far kerja ok. asalkan ada benda yang kids dapat buat, depa takdak la nak kacau. cuma tu la si kecik tu kejap-kejap nak susu. pastu bergaduh berebut i-pad pulak.pening. padahal Iflix dah ada dapat free, benda seketui tu la nak rebut..

Overall, aku memang suka keadaan sekarang ( bukan covid tu) maksud nya aku suka wfh ( and i can do this all time )- as long gaji jalan la 😁😁.


Yang nak jugak keluar rumah tu aku pun tak faham apa la hampa cari. suruh jadi frontliner baru tau erti kepayahan berpenat lelah. dah tua-tua pun tak faham bahasa. for me, i am happy to be at home with my family. tak pa la gaduh pun, satgi depa baik la balik. nama pun budak. aku & husband pun dah kurang menjerit kat depa.lantak hampa la janji sepah kemas balik.

Tapi, bahaya nya bila aku kat rumah, spring cleaning semalam, habis semua periuk yang dah berkarat aku buang. pastu, mula la gatai nak membeli iron cast pulak. tapi bukan la le creuset tu, yang tu mahai giller. berbaloi kalau selalu masak, tapi memandangkan kerajinan aku memasak ni maybe hanya di musim covid, tapi sebab nak juga beli, maka aku order juga iron cast ni, tapi yang Aussie brand. Banyak review kata bagus, and works well macam brand le tu.





Yang ni sesuai untuk goreng sebab dia bentuk macam ni. boleh guna atas stove, oven, microwave and apa saja lah. so dah book yang ni seketui.harga tak riban macam brand femes tu ye. masih mampu milik.




Grill pan pun beli satu alang-alang dah terjebak dengan iron cast. Actually iron cast ni bagus selain dari ada la research pasal health semua, makanan pun tak cepat basi. boleh la baca review pasai apa pakar menggalakkan guna iron cast. aku still ada periuk padang besaq, tapi ni saja la nak try. belum sampai nak buat collection lagi la.




The only le creuset tu yang aku beli adalah spatula ni. haha.ini ja yang mampu chu olls.😝..

Tapi ,tu la beria aku order, yang iron cast shallow merah meletop tu cuma sampai in June. jadi, adakah aku masih rajin memasak seperti sekarang..hehe...biarlah waktu menentukan...

Buat masa sekarang, aku nak inject semangat masak tu, aku keluarkan set corningware yang dah berkurun kami beli dulu, aku masak direct and hidang terus. rasa wow, hebat nya ada periuk cantik..baru la membara semangat nak masak kan 😁..


Image : goggle
Ni sebijik macam corningware aku punya. dah kemas haritu jumpa, pastu baru tau boleh masak direct atas stove. tu pun mujuq ada kotak lagi .nampak sangat la betapa rajin nya kan 😂 .Jadi konsep sekarang ni ,wajib memaksima kan pembelian apa saja. kalau beli tapi simpan buat perhiasan, nanti berdosa kan. sebab membazir duit ..gittew..mana mazhab tak tau la..tak yah nak sayang sangat ok.


Ok lah..already midnight.tetiba ada bahan nak mengupdate.
So everyone...let's stay at home and fight covid-19. we can do this 💪💪💪.

💋


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...