Tuesday, January 14, 2020

Paris -Day 1 & Day 2

Harini awal pagi dah bangun. elok juga malam sebelum tu balik awal. so tak la susah sangat nak bangun pagi. subuh awai, senang sikit.

Kami dah tengok time bus yang lalu depan hotel ni. paling awal 545 am kot. so, sempat la nak catch train ke St Pancras. Eurostar kami naik pukul 730 am rasa nya. by 645 am kena get ready. hari sebelum tu, kami sempat ke St Pancras tengok platfrom mana nak naik.memang ngam2 kami sampai around 630 am.sempat beli kopi. time tu tengok belum announce lagi boarding ke Paris. sekali 645 am tu, orang beratur punya la panjang. rupanya depa panggil sekali dengan yang nak p Amsterdam. dah panik sikit masa tu ,cuak weh.

Kami pun terus berlari-lari and cakap nak p Paris .pekerja depa just pegang macam sepanduk gitu tunjuk laluan untuk imigresen ( yes, untuk ke Paris, kena lalu imigresen macam nak naik flight juga ). dah elok sampai depan, laki aku pulak dah, dia bole terlupa nak ambik osyter card dia. dah kena p cari counter lost & found. sini tak leh dok berangan meralit, kena laju selaju nya sebab orang queue rapat-rapat..dengan kami yang ada dua stroller..dah lipat awai elok-elok kena la dukung anak elisya lagi.boleh imagine dak kalut tu macam mana 😂.

Pastu dah settle scan barang semua, aku dok gheja tengok jam sebab almost 730 am tapi passport belum chop.gelabah jangan cakap la. time ni la, passport elisya jatuh. mujuq ada mat salleh ni habaq. kalau dak, tak meraba bila sampai depan counter takdak passport. sebab tu kena baca ayat qursi bebanyak bila keluar bilik, supaya Dia permudahkan dari segala kesulitan.

Masa gelabah tu, aku tanya kat orang depan, dia nak p Paris ka. dia cakap, memang macam ni busy..dont worry just in time. sebab dia kata dia nak balik rumah dia kat Paris ..ok,tenang sikit hati ahkak tau 😁..kat imigresen, mujur la tak banyak soalan, kami laju-laju naik ke atas, dah nampak train, elok masuk train terus jalan. kau rasa ???? mau tertinggal tadi camno ?




Eurostar ni keretapi laju..amik masa dalam 2 jam je. bersih and toilet pun luas, cantik. ada kantin tapi tak beli apa. dah siap bawak bekal. Elisya tak berapa sihat, badan macam dedar. pertukaran cuaca kot..letak kool fever, pastu dia lena.. bila dah sampai Paris, dah tak panas.

Kami booked hotel yang dekat dengan train station ( Gare Du Nord station ) so that esok senang nak balik ke London. yes, kami mai tidoq semalam ja..haha. sebab tu aku beli siap-siap bus hop on hop off tu utk 1 day pass so that tak payah pening kepala pikiaq tempat-tempat nak visit.

Hotel tu zaman bila pun tak tau la. yang jenis,lift kena bukak pintu, pastu jalan pun lantai kayu tapi sangat strategik ,5 mins from station .and bus hop off tu pun lalu depan hotel. ada banyak kedai halal and carefour ekspres which senang nak beli makan. cuma mahai la, satu malam around EUR 100 kot..mujuq katil dapat dua and toilet pun ok. bukak tingkap nampak town ( bukan la Eiffel Tower ,itu hanya lah mimpi 😅).



Bus hop off ni style dia ,kita bole access 24 jam bermula dari time kita activate. kata la kami start pukul 4 petang harini, so kami dapat la naik bus ni unlimited sampai 4 petang the following day. which just nice sebab train ke London malam, around 830 pm macam tu.



Lepas solat, kami keluaq lunch and terus cari bus. so, kami activate pun dah petang juga. masa awal ni, kami p Hard Rock cafe ( wajib la pulak ) ,then p Eiffel Tower ..bus ni akan lalu most attraction area macam Louvre Museum tu, Galerie Al Fayette, Momantre , and byk lagi la.konon nak lepak sampai malam la kat eiffel tower tu ( masa ni kami turun kat Tocadero ,which boleh lepak kat dataran sambil tengok lampu ).. kat sini banyak la penjual souvenir tu semua and orang jual crepes..meriah sangat. bus hop off tu takkan lalu dah area sini after 7 pm, so memang aware la nak kena naik train nanti.



Memang cantik sangat dok situ. dia macam kita lepak kat dataran cuma of course la suasana lain. nak kata romantik tu tak la sangat sebab mata dok perhati anak. ambik je la gambaq laju-laju sebab ramai manusia susah la .baru nak merasa duduk lama, tiba-tiba laki aku dengan gelabah cicak kata wallet dia takdak. realize masa nak beli crepe tu la. so, aku bayarkan dulu suruh dia rileks dulu. passport semua dia letak dalam zip poket dekat lutut dia tu ( jenis seluaq askar tu )..and duit pulak dia separate few ,ada yang dalam passport case and dekat zip poket pun ada. cuma yang cash lain tu ( duit EUR & GBP ) dekat sling bag yang dia pakai kat pinggang.now takdak. pastu panik la kejap. tak tentu arah la gelabah kan. dengan aku sekali tak tenang nak tengok eiffel tower tu tau 😔😔..

Pastu laki aku ni dok syak ada satu budak arab ni. sebab nya kakak budak tu ada teguq kami..dia tanya dari mana. kami jawab Malaysia ,dia pun cakap la pernah mai kl la apa semua.kami sempat la sembang sat. pastu nak kuatkan dakwaan laki aku tu, bila dia check gambaq, budak tu macam ada dalam picture ( nampak macam dekat )..so konon, boleh ambik. tp dalam pada tu, dia dok pikiaq juga, takkan semudah itu nak dapat sebab dia boleh rasa if ada tangan seluk kat dalam baju ( gitu la was-was )..then tetiba aku nampak budak tu. aku suruh la laki aku p tanya tapi confirm la takkan p tanya. nak mampus kalau salah ..dah jadi drama pulak nanti.

Disebabkan laki aku dah tak boleh duduk diam nak balik bilik ( ye, disebabkan dia..tak memasal semua kena balik 😤 ),jadi terpaksa la balik walaupun lampu belum start pasang ( kata nya ada warna warni ikut kaler bendera Paris )..naik train dalam 3 station dah sampai .then jalan kaki balik bilik. beli apa pun tidak sebab laki aku kata nak try cari kat hotel. hangin juga aku sebab lapaq dah..

Elok bukak pintu bilik..tadaaaa....elok ja tau benda alah tu atas meja. sakit betul hati kita.laki aku punya happy ( cis..aku yang hangin sebab takleh lepak lama ).sebab dia salah, jadi mengofferkan diri turun p beli makanan. pastu, punya la banyak dia beli sampai tak habis. tau la kan portion makanan kat sana ( around 5-10 EUR per meal ), boleh makan 2 orang. dia p beli sorang sebungkus memang 
tak habis la.sebab happy sangat dia kata jumpa beg. pastu aku pun ambik kesempatan bagitau ,maybe dia patut sedekah sikit duit tu kat aku 😝..betul-betul pulak laki aku bagi..haha..so dapat la cash extra.kahkah.yang penting aku nak pound jer. sebab esok dah nak balik london, takmau euro.

Malam tu tidur dengan kepenatan .maklum la dari awal pagi dah keluaq dari London.sampai paris, solat sat terus keluaq then malam baru nak jumpa katil...
esok nya kami keluar awal juga ,check out terus & tinggal bag. sebab awal lagi ( bus pukul 9 am start ), p beli pisang, beli jajan habuan nak bagi depa duduk diam ) and terus p tunggu bus.time ni orang dah ramai la queue. so, kami dah decide, turun kat Louvre museum, then nak p area elveee 😄😄 & marble arch, pastu p balik eiffel and kena make sure 5 pm dah kat Gare du Nord.



Lama juga kat kat Louvre ni..dah puas bergambaq & lepak, naik bus ke marble arch..layan juga naik bus ni especially if duduk atas..terbuai-buai angin sepoi-sepoi..best..puas hati naik bus ni sebab otak takyah pikiaq nak p station mana untuk ke satu2 tempat.cukup la kami berjalan kat London. kat sini nak rileks ja...



Paling crowded kat marble arch la.sebab sini la ada LV yang besaq tu and macam2 lagi la branded item..kita telan ayaq liuq ja. dah masuk LV tapi keluaq balik ( tak sampai hati nak beli ) insya allah one day..not now.
Jalan-jalan pastu p makan. ada kedai halal kat dalam satu mall tu. siap dia bagi free roti besar .dia kata rezeki budak kecik 😊..then, kami jalan2 area situ before move to eiffel tower.bus pun banyak kat situ. naik jer as long ikut color ( kami punya kaler merah ).



Masa sampai Eiffel ni, agak kelam kabut sebab dah 4 pm..luckily kami turun kat louvre tu awai-awai sebab time tu laki aku kata nk p louvre tu on the way back..kalau tak rugi la sebab personally kat louvre tu paling best. dah ambik gambaq ( entrance lain so view eiffel pun lain ) kami rush naik bus and back to Gare Du Nord. ada masa lagi so tak yah la terkocoh...lepak kat starbuck outside the station sebab nak amik wifi free haha.

Laki aku balik hotel ambik beg..after that kami terus catch next train..cuma nak keluar from Paris ni cepat sebab tak ramai queue macam dari London. jumpa few malaysians and sempat borak-borak excitedly.

Dan-dan tu jugak la si elisya memberak..aku takleh tahan la busuk, and train pun lambat lagi jadi masuk toilet settlekan dia. pastu eryna mai ketuk pintu suruh cepat sebab train dah sampai and nak kena turun ke bawah..so berlari-lari la & alhamdulillah sempat la catch up. cuma tu la, elisya buat hal takmau duduk. sebelah aku pulak ada orang ( sebab eryna nak duduk sebelah abah dia ), jadi segan kat orang tu, aku lepak luar tandas ( lols ) .depan toilet ada bilik baby so aku bertapa la dalam tu. 2 jam woh dok pangku dia sebab buat perangai 😖😖😖.

Sampai London, kami naik train balik ja.penat la ,time ni pun dah 10+. London awal sejam dari Paris..esok banyak tempat lagi nak cover..kroh kroh..

💋


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...