Wednesday, January 15, 2020

London -finale ( part 5 & 6 )

*akhirnya dah nak habis dah travel yang dah berhabuk setahun lebih ni...mudah-mudahan bila aku tulis balik post ni, petanda kami akan direzeki kan lagi  untuk kembali mengembara.

After balik Paris tu, last two days kat london ni,kami tak kemana sangat .Jalan-jalan kat town je la.Hari terakhir tu kami lepak lama juga kat Hyde Park. budak-budak nak main itik pulak. yang menyampah tu, habis tayar stroller kena taik itik,pastu aku la juga nak kena basuh before masuk bilik 😷.





Kat hyde park ni la baru nak nampak budak-budak happy 😬. and kami pun makan la juga kat burger & lobster. yang paling dekat dengan hyde park ,area the knightbridge, dalam mall tingkat 4 kot kalau tak silap.orang tak ramai. Elisya tidoq time ni, and eryna pulak depa bagi coloring. dapat la lepaskan penat.

Rasa biasa-biasa ja,tak tau la apa yang best sangat benda alah ni. habis dalam 80 ke 90 GBP entah ,nothing wow.maybe yang kat genting tu lain rasa nya kot sampai queue punya la panjang.

Lepas habis makan tu, jelajah Primark lagi sekali last ..patut nya aku tak payah beria p yang dekat oxford street ni. dah last day baru tau rupa nya ada juga primark kat area aku duduk ni..aduii..rugi nya sebab yang kat oxford tu banyak benda best dah habis. takpa, maybe next time..who knows..mintak la doa banyak-banyak kat Dia kan 😊..

Oh ya, kami sempat mengabiskan saki baki pound kat bayswater. bole la beli sikit-sikit untuk family. maklum la, bila dah convert ,semua serbi rasa mahai. untuk anak-anak sedara yang 13 orang tu kami beli t-shirt london. pastu fridge magnet la untuk semua. mujur fridge magnet jenis besaq, nampak la macam mahal sikit kuikuikui...yang penting ikhlas 😜.

Dah tak berapa ingat apa exactly kami buat, tapi memang dok berjalan pusing-pusing situ je la. tu pun rasa tak cukup ..harrods tak masuk pastu tak banyak aktiviti sangat pun.memang 7 days tak cukup dengan 14 hours flight tu. Tapi aku still bersyukur dapat p holiday juga.walaupun agak tight, tapi pengalaman untuk anak-anak juga. Eryna pun ingat lagi kenangan jalan-jalan. kalau tunjuk gambaq, dia still akan ingat ( time p munich & japan pun dia still ingat lagi ).





Flight kami hari jumaat tu malam, around 0930 malam. pagi tu,dah check out semua kami p Westfield mall lagi sekali and St Pancras ,nak ambik gambaq kat 3/4 platfrom harry potter la apa lagi. gedebak gedebuk, jam dah pukul 330 pm. nak kena gerak balik sebab call taxi ,pukul 430 pm dia sampai. time ni jem juga sebab hari jumaat ( ingat malaysia ja jem ). berlari-lari la kami sebab taxi dah call..dia pulak risau takut sampai airport lambat. 

Aku pun cuak juga masa ni sebab belum check in.gelabah betul,mujur internet laki aku ada lagi, terus check in semua. pastu asik tanya taxi driver sempat tak sampai.stress mamat tu. dalam 715 pm sampai, kali ni kami naik kat Stansted airport. orang lengang ,kami check in semua laju ja. pastu time nak screening & check imigresen tu baru la hazab.

Memula aku dengan elisya kena tahan. stroller semua kena scan , depa suruh masuk bilik nak check. kena sign form kata dah full check-up. tapi depa semua sangat baik la, takdak la kasar-kasar .sebab aku pakai tudung, depa suruh officer perempuan yang check dalam bilik. ni saja dah makan 30 mins. last gate close pukul 9 pm ye. time ni dah 815 pm, and kami belum lagi naik train ke terminal international. 

Ingatkan dekat,rupanya ambik masa juga nak sampai sana. dah sampai, kena jalan jauh la juga. time ni dah lapaq sangat. teringat pulak nasik arab yang kami selalu beli tu dalam beg. anak-anak pun dah penat..finally bila jumpa gate, semua orang dah naik ye. tinggal kami ja. tapi sebab tengok ada masa lagi, bukak nasi melantak la dulu .berebut-rebut makan nampak sangat kebuluran.

Dah settle, naik flight konon macam lega semacam, tapi elisya pulak takmau tidoq. dia start nangis pulak sebab tak suka kena pakai seat belt. dah la lepas tu stewardess tu sound aku sebab elisya duduk bawah. memang la bahaya tapi dari dia melalak semua orang pandang semacam..mujur la minah sebelah aku tu  faham. anak dia kecik sikit dari elisya..so kami sempat la sembang..dia dari east london nak holiday kat dubai. elok elisya diam ,anak dia pulak sambung menangis, lagi lama pulak tu..lepas tu dah penat agaknya sebab dah malam,semua tidoq.

Sampai Dubai, dah siang..nampak Awal & Scha tengah sama-sama queue nak beli costa coffee. tapi aku tak la kalut nak p amik gambaq. selain dari aku pun berlemoih, takmau la kacau privacy depa. Scha tetap cun walau pun muka sembab naik flight..






Dari Dubai-KL , aku pilih dok deck atas. ya allah kalau la aku tau atas ni best giller dari awai aku pilih sini.sebelum ni dapat airbus aku tak berani ambik deck atas kot ganggu geng first & business ,tapi sesungguh nya atas ni seat tak banyak, anak aku lagi tenang kat sini. cuma ada tangga kena observe takut main tangga. suka giler atas ni..overall, naik Emirates memang tak pernah mengecewakan. The kids dapat banyak gifts. eryna dapat 2 pencil case, 2 sling bag. cantik tau. siap pilih lagi different version ( every leg dapat satu pack, so, kami naik 4 kali, dapat la 4 packs ). 
Elisya pulak dapat pack khas untuk baby, ada selimut, beg and macam-macam lagi. pastu stewardess siap ambikkan gambaq..

Semoga ada rezeki kita untuk mengembara lagi..tak sabaq nak tunggu the kids besaq sikit, nak bawak semua pergi umrah...ameen ya allah....

💋

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...