Sunday, May 26, 2019

Oxfordshire , London -Part 2

Hari kedua di London. wah gitu .aduh, dok type memang dok rasa nak p lagi. walaupun ada orang cakap, takdak apa la London tu. tapi aku tetap suka. Maybe sebab kami p pun tak lama, jadi still rasa if la ada tiket murah lagi, memang sanggup aku p lagi.

Oxfordshire ( bukan oxford street  πŸ˜„)

Tujuan utama adalah nak p melawat tempat scene movie Harry Potter . haha..seriously memang itu pun. Beberapa bulan sebelum fly, kira nya once ticket flight is confirmed, aku suruh laki aku download semua HP movie and bagi Eryna tengok. so that dia ada feels la. kalau tidak ,dia dok ingat p London tu macam nak p visit Disneyland. bila ada something dia looking forward macam lagi semangat. hari-hari sampai dia dah boleh hafal which scene is which.
And kami pun pulun khatam semua chapter ,dok ulang tengok ja.





Untuk scene HP tu, bukan banyak tempat pun. ingat dak ,yang depa first belajaq nak naik penyapu ajaib tu, ha, salah satu padang college kat christ college tu la scene dia πŸ‘†. Yang tak boleh relate, sila la tengok HP part 1 okey .

And also, dewan makan depa tu, pun ada shoot from this college.
Tapi, of course la, kalau nak lagi feel ,boleh p HP studio ja. cuma sediakan duit je la.aku rasa macam tak berapa berbaloi sebab depa ni kecik lagi, kot tak appreciate pulak.

Untuk entrance ke christ college ni,aku beli tiket siap-siap kat website ni and on that day just bawak voucher ja. Ada time untuk entrance bukan boleh redah saja. Nama pun university, ada student kot.





Ok, nak p ke Oxfordshire ni ( of course la di sini jugak terletaknya Oxford university yang famous tu, and also , dekat sini ada around 20-30 colleges/university. A small town yang ada banyak universities.
Untuk ke sini, aku dah beli tiket bus siap-siap. jadi, penting untuk hampa tau apa aktiviti nak buat. takkan nak p oxford street ja hari-hari ye dak. 
Bus tu hampa boleh book kat https://www.oxfordtube.com/ . Ada semua harga situ, boleh check ikut current date .

Since kami takmau kelam kabut pagi tu & tempat pun tak berapa familiar, so after balik dari Westfield masa first day sampai tu kan, kami sempat p survey tang mana nak naik bus oxfordtube ni nanti. bila aku goggle, the nearest stop , adalah Sepherd Bush ( which is tak jauh dari tempat kami duduk ). 
Jadi, aku mesej depa tanya boleh ka if aku nak naik kat Sepherd tu, instead of Victoria station sebab macam jauh, depa kata boleh.

 Esok nya, bila nak naik bus, kami menjadi sangat pro sebab hari sebelum dah survey siap-siap. Tips :*if tak biasa dengan satu tempat , and in a rush nak catch up bus/train/flight ,if ada masa ,p la jengah tempat/station tu, terminal mana satu so that on the day itself tak kelam kabut cari arah. Masa nak p Paris naik Eurostar pun kami buat benda yang sama ( yang tu separate entry la nanti aku cerita ).

Perjalanan around 2 jam, kami sampai cun la sebab aku pilih time 1115 am untuk entrance . Bus sampai around 1030 am. round dulu bandar Oxford. comel ja and bangunan sangat cantik .Aku memang suka building yang lama ni. Nampak klasik ,in fact on the way tu amaze tengok bentuk and design rumah kat sini.

Bus ni stop tak jauh dari area christ curch tu. masa kami sampai dah agak ramai yang dok queue .Kami small group dapat masuk cepat sikit. Cuma tu la macam lost sikit la sebab tak ikut tour, ikut signboard saja.





Entrance college yang sangat comel sebab tu kami termiss the gate & kena patah balik. Dari luaq macam tak nampak university tapi masuk dalam wahhhh cantik...welcome to Hogwart !!!!




Dining hall . of course la i adalah #teamGryffindor 😎. Kena queue juga nak masuk sini. dah jalan ke depan kena terus jalan ja tak boleh nak pusing pulak. mujur time bergambaq ni, group yang ramai-ramai tu tengah khusyuk dengaq cerita tour leader kot.





Cantik college ni and memang depa keep the building as it is. cuaca pulak sejuk ngam-ngam, wah terus kita feeling jadi student kat sana, tapi versi student kertu. πŸ˜‚πŸ˜‚.

Eryna pulak, bila nampak bangunan ala-ala scene HP ,tak habis-habis la dia..mama,mama yang ni dewan makan kan. yang ni HP buat itu kan..good that she can remembered πŸ‘.
Elisya pulak as always nak berdukung takmau stroller ..sebab tu ada time bawak satu ja stroller sebab if dia takmau duduk ,eryna ja la yang duduk. Ada time ku paksa jugak. time nak tidoq dia gagah jugak la duk dalam stroller.




Aku rasa yang ni church kot,..yang pasti bukan dalam christ college tu.Jumpa building cantik ni and stop sat amik gambaq...sekejap ja kami masuk tour tu. lepas tu kami jalan-jalan area sini. syok juga sebab building lawa best nak bergambaq. tapi tu la, tak banyak pic family sebab susah nak mintak orang tolong ambikkan. end up banyak gambaq sendiri-sendiri ja. ni pun Eryna yang ambikkan. jadi la seketui.






Jalan lagi sementara tunggu next bus. tiket tu aku beli return, so murah sikit la.kids as usual free as long sit on lap. tapi bus tu takdak orang so hampa duduk la tang mana nak duduk pun kan. bukan orang marah pun.




Sempat lunch kat kiosk jual kebab- as always. aku memang sungguh tak jemu makan makanan arab/turkish/lebanese kat europe. seriously tak sama and tak jumpa yang setanding nya kat key ell ni. Makan wrap tu pun dok terasa-rasa kesedapannya. Harga dalam GBP 5 kot .kalau meal macam nasi tu around GBP 10.

Oh ya, dari sini mau nak p Bicaster village pun dekat dah. ada bus banyak tapi kami skip this time. aku takdak plan nak beli apa-apa so better tak yah p. bawak kids lagi alamat la satgi depa boring.
Aku konon berangan la nak beli elveee kat paris ..tetapi....*tunggu kesudahannya* 😝😝.







Love the city. tapi mau duduk sini mati kutu jugak la.hahahahahaha. sebab dia macam kecik comel, ada ja shopping mall macam Primark tu tapi itu ja la. memang penuh student la. book shop pun banyak.kami membeli jugak baju Oxford mana la tau kot Eryna Elisya further study kat Oxford kan πŸ˜€. Ambik berkat dulu ..hehehe. 

Around 2 pm camtu gerak balik London.Tunggu bus dekat tempat yang sama drop tadi. 
Kali ni kami request kat driver suruh drop dekat Marble Arch sebab dekat dengan Malaysia Hall and of crossss la oxford street ahaks .





Early dinner kat Malaysian Hall.
Rest sat and solat jamak dulu.
Bihun tu sedap juga. Nasi ayam so-so. teh tarik tu pun boleh la dari takdak.
Lorat sangat padahai baru sehari sampai dah sibuk nak carik nasik. dasar tekak melayu.




Tangkapan awal dekat Primark ahaks. Kasut Elisya tu terpaksa beli sebab terjatuh dalam bus masa kat Oxford tu. ha, itu petanda akan p balik kan. sebab tertinggal barang hahaha. Mujur ada size sebab primark kat Marble Arch ni kan tourist hot spot ,tak banyak sangat options ( tapi, dalam tak banyak tu, still membeli jugak kan πŸ’.




So, part 2 ni ended dekat sini sajork. sebab aku macam lupa diri seketika dekat PrimarkπŸ˜‚ pastu terpaksa heret beg kertas dia yang tiba-tiba macam nak hancur . Kami balik hotel naik bus double decker 2 tingkat. yeay. suka suka .cis, padahal sama ja pun. Hotel kami agak jauh jugak ,dalam 30 mins baru sampai. sebab aku pilih area zone 3. zone 1 central london, so zone 3 ni of course la jauh sikit. tapi aku suka sebab baru feeling p bercuti jumpa mat salleh kat hotel kan. janji easy access untuk ke town. Ada bus stop depan hotel ,so senang cuma kena make sure tau timetable. kami dah hafal la sebab ada tampal dekat bus stop.

Bus depa kan on time ,tiba-tiba dah sampai. kids syok la nak balik bilik sebab ada bath tub. Hotel ni baru operated & aku suka sebab all baru. tilam empuk ,bantal lagi la best siap takmau mangkit lagi ha *ok,over*.Bilik pun wangi sentiasa...Kalau dok air bnb kena la kemas sendiri. Tapi cons nya takdak washing machine so kena pepandai la bajet baju.


πŸ’‹


Saturday, May 25, 2019

KL -Gatwick - Part 1

Sesungguhnya, kejadian ini berlaku di bulan sept 2018.tapi hari ni sangat la merajin pulak nak melayan blog. jadi, sementara menunggu waktu berbuka ( eh, baru pukul 8 am kot 😁).sementara urat masih berupaya mengingati segala kejadian yang dah nak dekat setahun lamanya .


KUL - Dubai - Gatwick.

Flight ke London ,kami naik Emirates. This was our second time flew with them. So, dah boleh imagine lah airport Dubai camna. yang penting stroller kena bawak naik supaya tak perlu la kids nak berjalan.jauh kot & sangat penting supaya mood ibu-bapa terpelihara πŸ˜‚ *tips : pilih stroller yang boleh fold as cabin luggage. kami beli cap ayam ja ( jenama baby throne -*china mari* tapi design sebijik yoyo. seriously ,kat epot kan,masa check in, crew approach camni * puan, ini yoyo kan. ok, boleh bawak as cabin luggage*..tak sempat aku nak jawab tau.jadi ,kalau budget below RM 300 sila dapatkan baby throne yang superb ni. dah jelajah  banyak negara and masih bertahan. Eryna punya version lama. Elisya new version ).


Ni stroller yang dah banyak berjasa tu. Kami ada gak brand Halford tapi sebab jenis payung leceh, sebab tu pilih yang ni. yang penting kukuh.


Ok, back to the main topic. untuk flight kami memang planned nak transit. tak boleh imagine bawak baby direct flight 14 jam.pitam.naik 6 jam transit and sambung lagi 6 jam pun dah rasa phewwww... nanti kita cerita separate entry bawak toddler (read: Elisya) naik flight okie πŸ˜‚πŸ˜‚. And lagi satu sebab time tu, Emirates tengah promo. Jadi, mari lah kita beli tiket Emirates. Naik airbus pulak tu kan.





Flight on time, depart from KLIA pukul 2 pagi, transit dubai 3 jam, and sampai around 1230 pm ( london time ) as scheduled. Tips *pilih flight malam ,waktu tidur anak supaya depa dapat maksimum waktu tidoq and happy bila bangun. Elisya tidoq dari KL sampai la Dubai. Tapi lepas tu dia berkuntau la time transit Dubai sebab time tu dah pukul 8 pagi waktu Malaysia kan. And ambik la transit yang pendek supaya depa tak bosan. 3 hours are just good enough before next flight*


Kami turun di Gatwick ,which is a bonus. sebab , Gatwick kecik. Bila airport kecik, less hassle and queue pun tak panjang. Untuk non-EU macam kita ni,kena isi arrival card. walaupun ramai complaint *baca kat FB* kata leceh sebab setiap orang kena isi sorang satu-if ada 10 anak, kena la isi 10 card ,tapi aku ok je kot. takdak masalah. Lagipun queue non-EU ni lagi cepat dari EU tau. In fact, dari kami turun flight, queue imigresen , ambik baggage semua less than hour. taxi siap dah call kot sebab dia sampai sharp 1230 pm. Pastu, luggage kami tak kena check pun, rileks ja lambai-lambai officer *ok, mitos * πŸ˜†.

Jadi, bila dah sampai tu, sebelum excited nak jelajah tempat orang, sila beli Oyster card dulu ye. Kat Gatwick ni, depa juai kat level 2 . Yang aku ingat la, after kuar imigresen , akan nampak Mark & Spencer ( bukan M&S juai baju macam kat sini ok. kat europe ni M&S depa ada chain juai foods ). Kalau hampa book taxi, tunggu la kat sini sebab nanti ada la taxi bawak card nama nak locate. Ok, dah nampak M&S ni, jalan sikit, pastu naik lift ke level 2. nanti ada la nampak kedai juai. Actually boleh juga beli kat mana-mana pun banyak tapi untuk orang yang ada anak ni, toksah la buat last minute. Ada masa, beli ja. sebab taxi aku booked tu, disebabkan dia sampai awai sangat, dia p mana entah and dia suruh aku call bila dah ready. so, to kill the time, kami p la beli Oyster card and p toilet dulu.



Taxi aku booked awal kat malaysia dengan company simply airport . Harga GBP 69 ,perjalanan dalam 1 jam 30 mins dari Gatwick ke hotel Premier Inn Chiswick (nanti review kalau ingat +rajin).
Price wise kira ok la untuk kami berempat. takleh imagine nak kena naik turun train dengan bag besaq 3 bijik, stroller 2 bijik, hand carry lagi.so, better naik taxi. 
Nak naik train pun boleh, ada banyak express train, boleh jimat cost lagi kot. Tapi, aku dah calculate, ada options untuk naik bus lepas tu tukaq train , total ticket dalam GBP 30 kot ,setakat jimat 30+ camtu, takpa la *jangan convert* . dah la baru sampai, better naik taxi ,nanti hari lain dah confirm akan naik bus & train ,so takyah nak syok sangat ok.


Si driver ni pulak bawak mpv besaq gila ,macam vellfire tu.padahal berapa ketui ja kami. pastu dia macam nak paksa suruh guna car seat padahal elisya takmau duduk pun.
Kat sana punya rule, memang wajib guna car seat, tapi, if kita naik taxi, dikecualikan, means tak wajib pun. Ada options dah mentioned kat booking rules tu,.
So,bila mamat tu start hint2 nak charge tu,eh takleh jadi ni. Aku macam hangin je, tapi ku tahan kan la *sebab dia adalah awang hitam yang badan besaq and cakap ala-ala rappers* cuma aku dah get ready draft e-mail nak lodge complaint if true dia insist us to pay juga. *don't mess with asian mom*.

Sampai kat hotel ,aku buat blur bagi dia GBP 70 ngam-ngam 😜, pastu buat-buat tanya "i am sorry sir, what was the charge again" ,pastu dia bengang and terus berlalu dengan menghempas pintu mpv. Tips*pastikan semua baggage dah dikeluarkan and anak-anak semua sudah elok tersusun supaya takdak adegan menghempas luggage atau apa-apa yang berkenaan*.




Since kami adalah jakun tak sabaq nak jelajah the city, so,after check in kami terus sibuk keluaq menuju ke Westfield. The nearest shopping mall and time masa ni dah almost 4 pm. takleh nak p jauh sangat takut kids ngantuk. harus bersedia untuk the next day.*yes, aku pakai the same sweat shirt sebab nak bagi bau malaysia πŸ˜†*

Ok, baru satu entry ,bertabah la ye. semoga terus merajin nak sambung lagi πŸ˜‰.


πŸ’‹

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...