Tuesday, July 17, 2018

Raya 2018

As salam.

Ya allah, raya dah habis kan.entry puasa pun takdak,tiba-tiba raya.
Nampak sangat tak merajin sangat blog.tapi,tetap nak maintain blog ni sebab nanti kalau tetiba nak tengok cerita 10 tahun lepas,atau 20 tahun lepas ( bila dah tua 😅 ),ada la jugak kenangan sikit-sikit.




Kali ni turn raya rumah mak ayah kita.confirm la best sebab meriah u olls.kalau umah mentua agak sunyi sepi sikit sebab depa geng laki tapi jenis senyap.petang tu baru singgah beraya kat rumah mentua yang jarak tu dalam 20 mins ja kot ( kelajuan dalam 60/80 km per jam -betapa nak habaq yang jarak tu dekat sangat la 😄.ibarat dari ikea nak p ke paradigm KJ kot 😜.



Adik beradik pompuan .yang baju hijau tu kakak ipaq kita yang pro lofa ( maksudnya dia bukan #teamfazura ).





Dua ketui ni yang geram amat.tiap-tiap tahun harus la drama nak bergambaq.time ni eryna baru settle menangis ( orang perlis kata keriau ) sebab dia nak tolong bagi duit raya tapi abah dia p bagi pulak.so,dia adalah sentap lalu terus berjejeran ayaq mata.

Elisya pulak time ni adalah nak susu.dia ni adalah satu ketagihan susu mak dia.kisahnya baju raya mak dia tak dan nak ootd full,semua pic duduk sebab depa punya pasal 😞.




Beraya dengan kawan sekolah masa form 4-form 5. kita dulu sekolah perempuan semua.mujuq la tak berapa kejutan budaya bila p universiti sebab bercampuq dengan budak laki 😄😄..lagipun kita dah biasa p tuisyen mix friends dengan boys,so kita tak kisah.lagipun boys tak ngorat kita pun wak.takdak la kita nak feeling cantik ke apa 😆.





Ni masa raya open house kat kindy.bebudak ni sakan sungguh beraya habis lencun hitam baju sebab depa main kat taman.makanan buat pot luck punya la banyak.kami bawak teh tarik order kat mamak subaidah sedapnya lahai.paling lama beraya kat sini dari pukul 10 am sampai nak masuk pukul 1 pm.seronok jumpa parents lain.selalu sembang dalam grup wasap ja.





Bestfriend eryna kat sekolah.and kawan suka berkelai jugak.pandai-pandai la hampa settle sesama sendiri.memasing mendiva ja pandai .elisya jugak yang berdikari buat hal sendiri tau.





Tahun ni elisya kan dah pandai jalan.cepat betul masa berlalu.tahun lepas beraya dia baru masuk 3 bulan.tahun ni dah berjalan berlari dah.penat den ligan.habis hilang keayuan mak hang 😀.tapi,takpa,mak dah terima hakikat yang posing harus diteruskan walaupun anak-anak takmau posing.

Itu je la cerita raya 2018.
Semoga berjumpa lagi di syawal tahun hadapan.Ameen.

💋

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...