Wednesday, June 6, 2018

Eryna first time puasa at 6 years

As salam.

Untuk rekod.tak sangka kakak eryna dapat puasa penuh 😍😍.
Actually, tahun ni tak dak lagi planned nak suruh dia posa atau even shared about posa to her ( apa la punya mak 😓 )..so our first sahur tu just pass like that..only two of us as usual..lepas tu,masa tengah kerja,cikgu wasap bagitau " farah puasa ye hari ni,dia tak makan sejak datang tadi" - kat sekolah teachers semua panggil farah..lepas tu, i bagitau cikgu, yang dia tak sahur.tapi she did eat roti telur sebelum p sekolah tu.

Time pick up nampak muka dah lemau je.cikgu pujuk jugak suruh bertahan.maklum la time tu dah pukul 5 pm.bukan lama sangat pun nak tunggu pukul 720 pm ( eh lama la jugak kan 😝)..
Tapi,masuk kereta ja,terus zass cakap dahaga la ,lapaq la..so,balik tu dah bukak puasa.
Second day pulak,nampak kuih dalam keta,dia bedal terus.
Hari ketiga, pun sama buat perangai nak makan time tu jugak.so,masa tu hujan lebat,sebab dia kalut sangat cakap lapaq,mama drive thru kfc and dia minum milo dulu.






Then,masuk hari ke empat kot,cikgu pujuk suruh habiskan and cakap kawan dia pun puasa penuh.
Balik rumah, dia merengek gak nak air.tapi, mama kan bijak sikit 😎,so rasuah dengan phone  
( sebab phone cuma allowed on weekend ) #badparenting .then,boleh pulak dia puasa sampai habis .
After that day tu,memang senang la.Surprisingly eryna boleh puasa straight. dia takat nak minum ja pun.selalu tu,kalau malas sangat nak layan rengekan dia tu,i terus ja cakap "ok,p la bukak kakak.ada ayaq dalam fridge .tepon bak balik 😅"..dan dan tu la pulak " takpa la mama,kakak rasa macam ok pulak "..nampak dak permainan dia kat situ.

Cikgu pun cakap yang kakak ni walaupun posa tapi aktif.depa yang risau kot satgi lapaq/dahaga.and cikgu puji gak cakap, dia takde pun sebut pasal nak air ke apa ke.cuma cikgu la sometimes akan p tanya kat budak2 if depa rasa pening ke apa ke, kot satgi pengsan pulak.

Tapi,tu la puasa cuma hari sekolah ja.weekend dia tak posa sebab dia kata boring 😪.
Sahur kadang makan roti telur ,kadang tu cereals and susu. itu je pun.tak tau la mana datang kekuatan dia puasa sampai habis.balik rumah pun dok berkuntau lagi dengan adik.kira nya kalau tengok dia terpeleot lapaq tu,memang nak kesian la suruh berbuka ja,tapi tengok cargas ja,so habiskan je la.

Apa-apa pun,mama salute kat kakak sebab maintain posa and energetic.rasa nya mama kecik dulu pun tak macam ni.silap-silap umuq 10 tahun baru puasa penuh 😝😝..




Reward awal,bawak main kat blokke.ni pun sebab blokke renovate and open new playground.
Ada pakej , set bukak puasa , RM50 untuk 2 orang dapat free entrance ( which is ok la sebab entrance tu harga RM30 ). Elisya kena bayaq RM10 sebab baby -if baby yang belum boleh jalan, depa bagi free entrance.




Seronok la tu.siap dok sebut banyak kali .."seronok sangat hari ni mama.."poyo tak ayat kalau nak beli jiwa tu.dah la dari pagi dah dok berzikir " bila la kita nak p blokke ni mama,.kakak dah tak sabar ni"..ish ayat nye kan.saja je bikin panas.




Kakak punya spageti bolognease for kids.makan,pastu lari masuk balik.
Best kat sini sebab ada cafe sekali so budak main kita minum kat luaq.and konsep dia guna lego blok tu.beza la dari play land yang sedia ada.
Dulu,blokke ni kecik je.cuma ada limited space.tapi now,they are expanding.i think after one year plus operations.that must be a success business kan.
And i suka sebab food dia dah banyak pilihan.dulu tu,limited tu cakes and coffee.
Now,depa punya menu variety sangat..i likeyyyy..pasni boleh la ajak kengkawan melepak sini je.senang mak pak nak sembang while kids berkubang kat dalam tu.






Adik pun sibuk main.tapi penakut sikit dia ni.yang ada kuda mainan tu dia cuak tengok.lari terus nampak benda tu.hihihihi.
Saja test dia main slides ,mula tu dia excited ,tapi after second slides tu ( maybe tinggi sikit ) terus pucat muka 😬.




Kami pilih set dulang timur. RM 50 for 2 pax.ada set western tapi sebab a day before dah makan western ,amik la menu melayu. rasa pun sedap.kira nya tak rugi la pilih set ni.the way they arranged the tables and crowd pun tak serabut.by buka puasa semua dah ready atas table.and surau pun tak jauh.i memang suka citta mall ni,although dia macam mall tak glamour ( banyak cafe/restaurants je ) tapi i suka sebab dia privacy.one of our favorite place for dining pun..now plus point sebab ada playhouse for kids pulak.

Selamat berpuasa and soon next week Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.takdak post pasal buka puasa sebab tahun ni semua lauk berbuka kita beli.yang masak cuma nasik je.and telur goreng untuk eryna 😂😂..Selamat pulang ke kampung.kami balik hari isnin malam..yabeda beduuuuu...


💋.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...