Thursday, April 12, 2018

Elisya admit TMC

As salam.

Tak ingat dah bila elisya admitted, somewhere in March18 . Demam on off..selalu nya dia recover sendiri je tapi this time nampak macam susah nak bernafas sikit.kalau tengok youtube, ada doktor ni share simptom if anak kita especially babies yang nafas dia macam laju,kena terus bawak emergency sebab it's sign of developing pneumonia.

Masa awal tu, p klinik panel..buat neb tapi lepas neb tu macam still sama.so, doktor terus issue GL to Tropicana ( since dekat dengan rumah ) -kalau ikut previous experience malas nak p TMC ,ingat nak p KPJ ,tapi ok la try dulu..kesian tengok dia nafas laju..





Sampai sana,amik no and kena neb.waiting time is around 15 -30 mins.which is better compared to last time. sebelum neb ,doc check and cakap kena admit.tapi,bilik single full yang ada cuma 4 bedded.try call KPJ ,pun sama takdak bilik single..proceed je la dengan TMC.




Ni sampai terlena sebab puas keriau.masa ni dah lewat gak around 12 am macam tu.lepas neb kena x-ray nak tengok kahak banyak tak..eryna ku suruh balik rumah ja sebab dia dok bising dalam ward..masa tu tak dapat bilik lagi kena tunggu insurans.pukul 300 pagi baru dapat naik.

Ku cakap dengan laki,ok je la 4 bedded pun sebab bukan dia jaga pun.esok pagi suruh dia mai balik.lagipun, bilik 4 bedded tu ada 2 patients ja.and dah malam tak bising pun...





Kena neb setiap 4 jam.ada time melalak tak mau,ada time dia macam pasrah ja kena neb.hehehe.sorry la sayang,this is for your own good...

Paed datang visit pagi,dia kata belah kiri banyak lagi so kena maintain la neb.dapat antibiotik sekali.kesian dia,kecik-kecik dah kena warded.




Sebab baby.so makanan mesti la mak yang dapat ..best la.elisya depa bagi bubuq.sedap kot sebab setiap kali makan,habis semangkuk tu..lauk sedap rasa cam ada maid pulak datang hantaq makanan 😉😉..





Second day admit, makin better. paed kata bukan pneumonia, tapi bronchitis.kahak la kira nya..and sebab makin kurang doc kata esok nya dah boleh balik.yeay 😀..




Pantang dapat kamera,nak-nak front kamera.sengih tengok muka sendiri 😜.




Dapat pindah bilik single.best.so,kami semua berkampung kat sini untuk semalam.bilik besar and puas la elisya dapat merangkak.masa bilik 4 bedded tak leh p mana,kesian dia dok atas katil ja.




My happy baby.baby cot ni kakak eryna yang konker ..elisya tetap tidoq dengan mama sebab nanti nak neb senang sikit takyah nak pindah..lepas 2 hari,mama dah terror guna neb...

Ada sofa tu apak nya tidoq situ..since warded on weekend tak dapat la compassionate leave..monday and wednesday amik EL sebab tak mau hantaq p taska lagi.bagi rest betui-betui..

Semoga anak-anak semua dijauhkan dari penyakit berbahaya.Ameen,,,

💋

Thursday, April 5, 2018

my loving princessa

As salam.

Lama tak update.. my girls yang dah makin besaq.eryna yang nampak ciri kakak sangat.sayang adik sangat-sangat..and elisya nak masuk setahun 14/4 which is minggu depan.how time flies..






Adik yang pantang acan terus senyum ghenyih..
At almost one year, elisya's progress :

- dah pandai panggil mama,kakak pun macam ada dengaq bunyi dah.abah not yet.😁😁😁.
- dah pandai jalan.nak masuk setahun ni makin panjang langkah.
- merangkak tu jangan cakap la.master.
- terror memanjat and terror jugak turun.dia pandai agak sendiri macam mana nak turun dengan selamat 😊😊.
- suka sangat makan.bubur,sayur.roti.semua dia bedal.tapi still no sugar.salt tu sebab dok bagi cheese,so ada la salt dalam tu.tapi kalau buat bubur memang tak letak salt.



Elisya yang suka sangat pasta cheese..bubur salmon and bubur ayam..




Geram dua-dua ni..






Kakak eryna yang manja.walaupun nampak macam strong,tapi sensitif dan lembut hati nya.waktu pagi timing kena betui kalau dak moody kena pujuk dulu apa-apa baru nak menjadi..



Elisya yang cheeky.hati kental yang ni.nampak macam lembut,kalau nangis pun kejap-kejap sangat..tapi,orang nya cool,kental gitu..

Semoga both of u sentiasa dilindungi dan berjaya dunia akhirat..ameen..we love you both so much..

💋

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...