Wednesday, November 1, 2017

Sentap





As salam.

Lately i notice ada budak tu asyik sentap ja.kena marah sikit,sentap..
Padahal dulu,kena rotan pun rilek ja.hati keras ja..ganas nya mak ni,umur 5 tahun pun dah kena rotan.
Yes,i have to admit,aku ni memang garang ler.rotan tu bukan la pakai rotan or hanger ke apa..
Tapi,tangan ni ha,tindakan refleks la..cepat ja babap dia tu 😖.geram..sebab banyak sangat drama.

So,back to this little drama queen..
Sejak dua menjak ni la.dia punya sentap makan dalam woo..
Manja tu tak payah cakap la,kata la dah 5 tahun dia ja princess dalam rumah tu.tiba-tiba ada baby princess ( which she's been waiting and i know you love her too , eryna )...

Sometime,kedekut toys.bila kita suruh share.dia jerit kuat-kuat pulak kat adik " TAK BOLEHHHHH"..panjang HHHHH tu.geram rasa nak cubit je mulut ..
Adik nanti hujung-hujung sengih je la..redha la kakak hang tu diva..
Ada time baik ,semua toys nak bagi sampai dia sumbat segala dalam mulut adik tu 😖.

Last two nights kot sentap story happened..
Rutin eryna, sebelum tidur,dia akan kiss and hugs both of husband & myself..
Nak masuk bilik tu,abah kena piggy back dulu..
Pastu baru nak start tidoq..elisya pulak, by 930 pm mata dia memang tak leh bukak dah.confirm zzzz...

Eryna ni,dia jenis susah nak lelap..so,she keeps on talking.
Dah penat layan,cakap dengan dia tidoq esok kan sekolah..nanti pukul 3 or 4 am nak kena bangun p kencing ( btw, she's totally diapers free siang malam..well done eryna 😃 )..
Waktu siang tu dah lama tak pakai since 4 years old..cuma malam la pakai..last 2 months kot,dia dah tak pakai tapi kena la bangun malam kencing sekali ,kalau tidak,banjir laaa...

Back to sentap..dah la dia takmo tidoq,memula dia nyanyi..ok lagi..
Tapi tetiba dia boleh kejap bangun kejap duduk kejap bangun duduk..
dah bergerak-gerak katil.
Elisya pun dah macam nak tersedaq..pastu dia main apa entah bunyi bising..ha,mak kau dah hijau,terus la kena babap kaki tu..

Dengaq la dia menangis ( bunyi macam dibuat pun ada 😏)..huhu..i am bad i know..baru nak pujuk letak tangan nak peluk ( sebab tiap malam memang kena peluk )..
Pastu dia letak balik tangan & cakap "kakak tak sayang mama".
Wah,terus mak kau pulak sentap..serius, waktu dia cakap macam tu, ada rasa elektrik wooo..
Macam zupp gitu..bersalah pun ada,sedih pun ada..sebab dia tak pernah la cakap macam tu..no matter what dia sentap pun..yang lagi dramatik tu,dia tak bagi peluk 😟..



                                                            



I just being quiet and let her sleep..tengah malam tu kejut p kencing dia bangun ( mamai la selalu nya )..so i kept thinking about her words that night..ha,tu la baru tau ..fadan muka hang...😞😞..bangun pagi,dia macam biasa,mandi..and before off to school, i kiss her and dia pun salam mcm biasa..saja test tengok reaction..dia act as usual..

Ok,agaknya dah lupa kot..balik sekolah tu masa pick up,i said to myself, have to fix this up.i am sure she will remember..sebab i can see that she has quite sharp memory..dia still boleh ingat exactly what she did, where she goes and yada yada dari umur dia dua tahun,..kalau tengok pics and video lagiii dia ingat.so,lagi la kita nerves kot simpan dalam diam bahaya pulak..

Masa dalam kereta,saja tanya dia..sebab dia sibuk tuntut mekdi happy meal ( bad mom again i know 😆 )..tanya dia. "kakak still marah ka.semalam kata tak sayang mama"..pastu dia malu-malu sorok belakang car seat elisya.. "ala...tak laaaaa...muka dah merah .'kakak sayang mama la ni"..cehhhh jam tu jugak sayang..sebab nak habuan la tu..

Tanya jugak dia..awat tak sayang mama semalam..dia jawab "sebab mama suka marah kakak" 😔..
Mama kena la defend diri sendiri cakap kat dia,mama buat macam tu sebab kakak tak dengar cakap mama.you have to be a good girl,baru la mama tak marah..

Pastu,terus cakap,ok kalau sayang.meh kiss mama..then she kissed me..all good..

Tetiba ,pagi tadi..lepas mandi.time nak pakai baju tu,i suruh dia pakai sendiri seluar.dia refused,pastu nangis suruh pakaikan.aku pulak masa tu agak tengah weng sikit kepala sebab elisya menangis banyak kali semalam & macam dedar sikit badan.

Masa elisya menangis tu,kuat kan..automatik eryna pun sama la bangun.kira dia pun bangun ,tidur balik.agaknya dia pun sama weng & moody pagi tu..sambil pakai seluar,dia dah menangis..and lepas pakai terus duduk dalam bilik tak nak keluar.aku pulak kan nak cepat,takdak la nak pujuk apa.just panggil dari luar je la sambil siap..tapi,the drama queen is still crying ( bunyi pun tau dah tu tengah sentap )..

Pastu dah semua siap,cakap dengan dia..elisya demam.dia pegang elisya cakap "tak panas ponnnn"..eh,macam bunyi jeles.habis,takkan nak suruh adik jalan sendiri kot..dia pulak hegeh lagi pulak dengan nak pakai kasut..dah lagi mak sound depan pintu.sebab dah nak dekat pukul 8 pagi kot.kang confirm lambat sampai opis ni.

Dalam kereta abah dia nak hantaq,dia salam je..tak nak cium katanya..tapi aku cium gak.terus nangis.melalak kau.hamboiiii dia tu..sentap je la kerja anak dara ni..
Dah masuk opis aku terfikir gak,hmmm..apa la salahnya kalau tolong pakaikan je tapi sebab aku pun ego nak jugak suruh dia buat sendiri,ha dah ada yang sentap..kekadang tu,aku ni pun sama la,garang suka marah-marah.si eryna ni pulak jenis manja,.suka mengarah jugak..tapi,bila kita ajaq dia,cepat ja dia ikut..huhuhuhu..ok.,balik satgi kena kiss banyak..selalu mood dia balik sekolah memang happy memanjang..tambah nak konsert lagi 2 minggu..

Kakak,if you happen to read this soon...just to let u know,how i loveeeee u sooo muchhhhh and lotssssss...cuma,garang tu ..hmmm...nanti la mama pikiaq camne nak bagi kurang garang 🙆🙆..

💋

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...