Monday, November 20, 2017

Neuschwanstein castle

As salam.

Backdated entry.

Berbelit nak sebut.tapi,sandra my ex-intern dekat opis ni ajar cara nak sebut yang betul.nos-swan-sen ( tapi kena bunyi ala-ala german idgham gitu)...castle ni, (sebab panjang sangat nak tulis nama dia ), dipanggil fairy tale castle...kata nya cerita sleeping beauty inspired by this castle.

So,kat mana kah castle ni..well,terletak dalam bavarian, selatan germany...

Image from Goggle



Nak senang faham, kalau tengok map ni, dari Munich, castle tu ke arah kiri..while salzburg, hala ke arah lain..

Berapa jauh dari Munich ? 
Ok ,kalau drive maybe 1-2 jam..kalau naik train, sejam setengah untuk sampai ke last stesen Fussen.dari stesen Fussen ni,kena turun ambik bas pulak untuk ke base castle ni.dalam 15 mins,nanti sampai la..wait, dah sampai kat bawah tu,jangan ingat dah sampai castle ye..nama pun fairy tale castle,of course la there's a lot of effort before you can see it πŸ˜‚.

Nak senang, ikut je direction dari mamat ni..aku pun masa p sana,sebijik sejebon ikut apa dia cakap,alhamdulillah..selamat pergi dan pulang in two-piece 😜..dia punya info tu sangat-sangat membantu and very clear...dia dah detail out nak naik bas mana semua..kalau harap aku,dah lupa la naik bas no berapa sebab masa tu dah tak ingat nak tulis no bas,yang ingat kena cepat berkejar sebab takut tak sempat nak turun balik ke bawah bila dah memanjat castle.

Al-kisah,dalam kes kitaorang pulak.Aku beli bayern ticket..ticket ni valid untuk guna selama 48 jam secara percuma untuk access from Munich ke Salzburg and ke daerah bavarian.so, within that time boleh naik train ( except ICE -train laju ) and bus what not secara percuma.

Harga ticket EUR24 per pax and kid is free.sangat berbaloi..dengan ticket tu la kami p Salzburg return..tapi dekat Salzburg bus yang ada tu tak boleh guna ticket kena beli ticket ala-ala kupon bas mini ( tapi, it's ok sebab harga dia murah je pun dalam EUR 2 and valid pulak 12 jam )...

Entah kenapa, aku macam nak jugak-jugak p castle ni.siap dah planned la,konon waktu laki aku p gheja,nak p dengan eryna ja ( lucky didn't do that sebab hazabedah sangat nak jejak castle ni 😿) and masa tu laki aku tak bagi la..dia kata area Munich ja boleh p berdua dengan eryna,yang castle tu dia nak p..ok,foineeeee...kita tunggu until balik Salzburg...

Mula ingat tu,macam dah malas nak p ,tapi since arrive dari Salzburg dalam pukul 11 am kat Munich,and so to happen,bila check apps ,train tu nak depart lagi 10 mins..berlari kami cari platform..mujur sempat naik..





View all the way to castle..melalui rumah, ladang kuda..bukit bukau ..cantik view dia......

Image from Goggle


Ini la castle tu ( cilok dari goggle je sebab kita tak cukup pro nak dapat pic secantik ini )..the realiti....memang castle ni sebegini..dari bawah dah nampak cantik ...tapi..yang hazab bila nak naik ke atas..dah la masa tu bulan puasa..ya ampun mujur la semangat masih kuat apabila berjaya berpuasa sampai habis..😩..

Ingatkan,lepas turun train,pastu naik bas dah sampai la..tidak ye..anda perlukan masa lagi 30 mins minimum untuk sampai ke puncak yang nun jauh di sana...




Dah turun bas,ada bas lagi satu untuk bawak naik ke atas.harga dalam 2 EUR.kereta kuda pun ada untuk bawak naik..tapi,kalau badan berat,tolong la jangan zalimi dia.semput weh sebab bukan calang-calang nak naik atas tu.i tell u..sangat la mencabar..ni pun memula aku tak tau.dok ingat,ok,lepas naik bas ni,terus poofff castle depan mata...berangan ina...berangan nama nya tu...

Hakikat ....bas tu bawak naik,tup tup dia stop dekat bus stand..aku macam,eh mana castle..kenapa hutan..ye betul..castle nun sayup di atas.bertabah la tolak stroller dalam keadaan seperti jungle tracking..




Image from Goggle


Tengok map atas ni ☝..Ticket center tu tempat nak naik bas yang kedua ..lepas naik bas dari train station.Schloss Hohenschawangau tu bukan fairy tale castle tu..tapi,tu pun cantik..tak tau castle apa..kaler dia oren..tak sempat singgah sebab kena fikir salah satu je..so,nampak tak jalan kaler pink & purple..ha,tu la dia estimeted time nak jalan..itu laluan kuda.yang bus tu,laluan dia kuning..dari tempat dia drop tu kena menapak bukit lagi..15 min tu agaknya berlari kot sebab ada la 30 mins baru sampai castle..penat weh...



Castle sayup je kat belakang tu.ada tourist dari China tolong amikkan..kalau tak, mana nak dapat pic bertiga..semua orang sibuk buat hal masing-masing.






Tapi,worth the view..ni kat tengah otw perjalanan nak sampai..nampak sayup je..ngeri jugak sbb kita ada stroller kot lost control..dah la masing-masing penat puasa.sempat la kita gaduh-baik-gaduh-baik πŸ’dalam tempoh nak naik bukit tu..nampak tak castle oren tu dari atas...





Depan pintu gerbang dari arah tepi..kaler oren pulak..besar sangat-sangat castle ni..penat jalan dari luar pun..and seram jugak sebab tinggi ..sayup betul nampak ke bawah..ni kalau jatuh,confirm la tak jumpa dah ni...bahaya kalau ada anak yang suka memanjat sebab tembok macam rendah je ku tengok.





Orang ramai sangat..kami tak beli tiket untuk masuk dalam tu.jalan-jalan kat luaq je.amik pic pastu kena balik sebab kalau miss train 630 petang,next train pukul 930 pm.which tak boleh sebab esok nya kami nak check out untuk balik key ell dah...pagi tu dah plan nak p Bayern Munich stadium.takut terbabas tiduq.






Ini dari view depan castle.nak dapat shoot ni pun beratur la sebab ramai yang dok lalu lalang...nak kejar masa amik pic pun laju-laju..plus eryna dah mula boring 😀..bawak budak macam ni lah..stress tu confirm la,tapi terima lah dengan redha kan..haha..


Bergegas la turun ke bawah..tengok ramai dah start tunggu bas.aku dengan kiasu tunggu dekat depan nak make sure dapat tempat...nanti dah turun bawah nak kena tunggu bas untuk p train station pulak..time tu,eryna nak air,so hasben p cari kedai..pastu tengok dia beli air dengan strawberry..masa tu tak expect nak berbuka puasa atas train..ingat kan route sama je la macam mai tadi..rupanya tidak 😰..

Train sampai on time.tapi,lembab nya hai.rasa macam naik komuter.tapi ok je la dapat la enjoy the view.sambil fikir bila la nak sampai lagi..ni sambil menulis,hati terasa sangat nak mai lagi..mana tau kan..insya allah...along the view tu lalu kampung macam kat malaysia ja pun..gunung ganang..ladang gandum..pastu tetiba train stop..awat pulak ni..rupanya semua kena turun sebab train tu akan berpisah gerabak.kena naik train lain nak p Munich Hbf .ha,sudah..blur kejap...




Check apps,dalam 45 mins jugak la..padahal kalau direct tadi,dah sampai Munich on time..so,bila next train sampai,kami pun berbuka la dalam train...with the strawberries...kalau tak dak tadi,agaknya buka puasa minum susu eryna kot 😭...nostalgia sungguh...dah nak dekat pukul 10 malam baru sampai Munich..letak beg kat locker sebab ingat nak p makan dulu..takut kang hotel yang nak check in tu jauh dari situ..


Maka,dengan waze,cari la kedai halal turki..jauh la hai nak jalan from situ.sekali dah sampai,hotel yang kami nak duduk tu rupanya seberang jalan je.tak tau la rasa nak hempuk kepala ke dinding ke macam mana..sebab nya beg semua kat locker,dah satu hal kena jalan balik lepas tu..penat berganda...
Ibarat macam ni la...letak beg kat locker di kl sentral..pastu jalan kaki nak makan dekat brickfields..then found out hotel tu berdepan dengan restoran yang kau cari tu..ha,merasa la menapak dua kali..mujuq dah kenyang ,pusing balik pun redha je la...





Untuk meal macam ni, total around 60 EUR ...portion besar siap tapau bawak balik bilik.usually set nasik charge dalam 20 EUR ..tapi puas hati sebab dapat makan banyak and boleh share..

Nama restaurant ni Sara Restaurant..terletak di jalan "Landwehrstrasse"..which is tak jauh from Munchen Hbf..jalan kaki je dari situ..
Ada few restaurant turkish pilih je la mana-mana kalau dah penat jalan.halal insya allah.






All in,saja nak coret pengalaman kat sini,sebab masa di waktu kejadian rasa nak lempang diri sendiri je bila pikiaq awat la nak p jugak tempat yang challenging macam tu..tapi,trust me,bila hampa dah balik malaysia and bertenang..browsing all the pictures..hampa akan lebih kecewa kalau tak p..

Jadi,aku dah tau,bila cuti,tempat yang kita rasa tak larat nak p ka apa,gagah kan la p..enjoy the view and hustle πŸ˜„..trust me..it's all worth it.sebab kita bukan nak p sana tiap2 tahun..penat masa tu ja,kenangan tak boleh beli kan ...





Budak yang mood kejap ok kejap tak ok..tips bawak budak travel,simpan la something dalam beg tu,mak-mak wajib buat ni.macam aku,beli kinder bueno surprise egg tu and jadikan modal bila dia dah boring..trust me,time depa dah letih.bagi i-pad ,silap-silap depa buang ja...tapi,bagi surprise egg tu macam berhantu,terus suka...so far, we have been to several countries, long hours flight..sangat senang nak handle eryna..she's such a traveler  πŸ˜€..



πŸ’‹





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...