Tuesday, November 14, 2017

12.11 , my birthday

As salam.

12.11 haritu dah bertambah umuq lagi setahun.kejap ja masa berlalu..dah nak masuk penghujung tahun dah.

Planned nya ,nak p lost world of tambun.dah booking hotel tapi cancel sebab ramalan cuaca,hujan.so,kalau hujan plus bawak budak p theme park,maknanya apa ? lepak dalam hotel atau mall je la gamaknya.

Jadi,dari travel jauh-jauh & end up duduk dalam bilik,baik lah cari hotel dekat key ell/selangor je.
Itu pun cari hotel takde surprise langsung.pagi 11.11 tu husben tanya,mau dak kalau Pullman.itu pun lepas haku sound dia sebab asik bagi suggestion tempat makan/hotel ,tapi dia takmau. confused pulak ni birthday sapa 😏..





Sebab ada budak tu asik la dok sebut nak mandi pool & since pool kat rumah ni dah 6 bulan maintenance, so kita check in lah hotel yang ada bath tub dalam bilik & also pool..supaya dia puas mandi. 
Tu lah dia,jadi mak ni,birthday mak pun pikiaq anak ok ke dak..sebab mula tu,ada jugak cadangan nak p lunch kat kl tower.tapi,ku fikir kan ,mau ka eryna tu duduk diam..elisya pun dah start merangkak,kang rugi dah la mahai bayar,nak duduk tak sampai 30 mins.





Puas hati dapat berendam.itu pun,hari check in kitaorang keluaq p makan kat bangsar and masuk mall tu,asik la sebut nak balik hotel.sudahnya beli groceries sikit and balik hotel. dia pun terus terjun bath tub sebab dah malam, malas nak bawak g pool..tu pun jadi ja dia.





Lepak dengan elisya tepi kolam.pastu budak ni tak reti duduk diam,lalu kita naik atas..dah lama mak tak berendam dalam pool.nak kena beli burkini baru la nampak nya . 
Haritu,terlupa nak beli pelampung tuk elisya,sian dia..kalau tak dapat la join kakak.








Check out and then p mid valley.
Dah lama tak makan madam kwan,so settle kat sini ja.
Mujur luar tu ada toys r us tengah buat coloring sempena promosi little pony tu.
While waiting for seats, dapat la distract si mek eryna kejap dengan aktiviti coloring tu.bila makanan sampai baru panggil masuk.itu pun jenuh jugak nak kena paksa suruh dia habiskan makanan dulu.sebab fikiran dia asik teringat poney kat luar tu.





That's all for my birthday lunch..pastu order dessert. dah tak tau nak p makan mana actually.kalau amik buffet lunch,dok pikiaq membazir sebab confirm budak tak nak duduk lama.
And restaurant pulak,tak tau nak p mana.maklum la,kami ni kaki makan,pantang ada restaurant baru bukak,confirm sampai.so bila nak celebrate tu,dah tak tau nak p mana pulak..




Elisya domok kena buli dengan kakak.sian dia tu tau..dah pandai merangkak sikit-sikit.this month dah masuk 7 bulan kejap je kan.

Oh yeah,hari jumaat tu,lunch birthday with my colleague kat dolly dim sum.so,kira nya i dah tahap tak tau nak makan apa..western kah,melayu kah,chinese kah,indian kah..jadi,kita terima seadanya tekak nak makan apa.alhamdulillah dapat makan kan 😋..

Alhamdulillah for another year ..older but wiser, insya allah 😁😁..

💋

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...