Tuesday, September 12, 2017

Anak baru

As salam.

So,semalam ,i dapat anak baru, iaitu 7 ekoq anak kucing 😸.euwwww.geli wei anak kucing kecik sangat.mujur kaler hitam bulu dia.imagine kalau kaler pink macam anak tikus.

Alkisah nya,every morning kitaorang memang notice ada sekor kucing ni suka sangat melepak dekat tangga depan pintu rumah ni.semalam ,baru perasan rupanya bunting.aduh,anak sapa tak tau sebab rasa nya kucing jiran atas & bawah ni selalu dengan tuan dia.main kat bawah tu pun kena tuan ada,kalau tak dia mencicit lari time tuan dia lepas kan dia tu.and kucing tu semua nampak muda remaja compared to si mak kucing macam dah masuk umur warga emas.

I ni memang tak fancy kucing but eryna and abah dia suka sangat.kucing ni boleh dikatakan stray cat la tapi pelik tu bersih and bulu cantik.nak kata ada orang bela can't be la sebab mana boleh tinggal kucing sesuka hati.rules dekat apartment ni,pets kena jaga dok dalam rumah.kalau dok berkeliaran tanpa tuan,guard akan ambik ( letak dekat mana lepas tu wallahualam).even dah ada notice dah warned all owners pasal cats rules. ( well,haiwan lain tu macam anjing is not allowed, even so,neighbour bawah ni ada anjing yang bapak besar tapi dia bawak masuk rumah.yang amazing tu,anjing tu tak menyalak buat bising tau,bagus tuan dia train.ada sekali je kot dengar.sebab tu malas nak complaint ..as long anjing kau tak berak & kencing merata sudahhhh..pagi-pagi anjing tu dah naik kereta tuan dia ikut g opis.dah macam baby.

Back to kucing tu pulak..petang semalam balik opis,i ni dah macam supermom la.sebab husband outstation,usually dia akan bawakkan beg baju,beg susu semua naik atas bila dia balik.kira nya setiap pagi & petang ,i hanya bawak turun elisya turun..eryna bawak beg dia sendiri.beg-beg lain ( read : beg baju elisya, bekas sejuk beku susu elisya ,beg pump susu ) le hubs akan bawak kan.nanti petang dia balik kerja dia g kereta amikkan.

Tapi,sebab dia takde,kena buat sendiri la.so,i pakai carrier senang bawak elisya.bahu kiri sandang handbag,tangan kanan pegang bekas susu,beg pump susu tu galas belakang..kira nya depan galas elisya.belakang galas beg pump..eryna pulak galas beg dia & tolong pegang beg elisya.mulut pulak dok jerit eryna jalan elok-elok sebab sometime kereta bukan nampak ,padahal kat area rumah,tak reti nak bawak slow..can you imagine how serabut nya kitaorang bawak barang macam nak p berkelah 😅😅.

Lagi nak tambah cerita jadi menarik,eryna nak kencing,so i cakap ok,kejap je nak sampai rumah dah.sekali bukak pintu grill......





what ?????

is ...

thisss 😲😲😲...




aku masa tu macam geli,terkejut and 😡😡.kucing bunting pagi tadi yang dok buat muka kesian tu,beranak depan pintu weh.how dare uuuuuuu...

Yang pelik bin ajaib tu,macam mana dia boleh lepas masuk dalam situ sebab grill aku jenis yang takde lubang.ada lubang only paling atas.means,if aku berdiri,dekat paras leher.macam mana kucing tu boleh lompat and macam mana pulak dia turun ke bawah..well,nak turun bawah rasa nya tak susah sebab ada kabinet kasut.agaknya,lepas berjaya panjat grill,dia naik atas shoe cabinet,lepas tu lompat.


lebih kurang macam ni la,tapi grill aku bertutup dari bawah sampai ke paras leher.so,can you imagine yang kucing tu kena make extra effort dengan perut bunting nak melompat so that dia
boleh lolos masuk dalam tu ???? - image : goggle

Tapi tapi,terror weh sebab perut bunting pun masih mampu melompat.agaknya lepas tu beranak terus 😆..and yang pelik ajaib jugak,why la dalam banyak rumah,hang mai beranak kat rumah aku...apartment aku ni style,ada 4 pintu je every unit.so depan rumah aku ada 1,sebelah 1,and rumah depan 1.ada 3 tingkat je.every blok cuma ada 16 unit.4 unit setiap floor...jiran aku ni semua grill yang jenis ada lubang which lagi easy untuk dia loloskan badan..tapi,lepas tu aku terfikir,agaknya sebab grill aku ni takde lubang,so dia pilih nak beranak dalam tu so that waktu dia beranak tu,takde la kes orang nampak sebab tertutup.

Aku ni dengan stress penat semua cukup.takleh nak fikir.kucing pulak garang siap bunyik ingat orang nak amik anak dia.padahal kau tu beranak depan pintu nak masuk pun tak boleh.eryna dah seposen muka tahan kencing.

Terus call guard..mujur sentiasa save no kalau tak satu hal nak kena g kereta and drive ke post guard.elisya pulak dah start merengek,dia time tu jugak la nak susu & tdoq.😵...

Mujur la guard tu cepat sampai,depa p carik kotak pastu amik kucing.tu pun payah gak sebab kena pujuk,ibu kucing taknak masuk kotak.so,depa amik anak,then ibu kucing tu masuk la sekali dalam tu.and tragis tu depan rumah ada sisa darah dia ,mujur takde bau kalau tak muntah aku kat situ.
And mujur jugak,kucing pandai bersihkan darah and segala uri sebab kalau tak ,boleh imagine tak nak clean all those things..uwekkk..

Masuk rumah,bagi elisya susu,mandi,solat,dia tidur,aku terus mop cuci semua.siap tonyoh kuat-kuat adoi rasa cam what theeeee...tapi,ada la hikmah kucing tetiba beranak kat rumah tu kan,kot dapat rezeki best ke mana tau hahaha.

Laki aku ? dia biasa la,boleh rileks2 je nak buat lawak bodo time aku tengah stress.mendapat la ayat kena sembur kat wasap.hangin je ahkak ni.dah la tengah stress,time dia takde tu la nak jadi.kalau ye pun,nape kau tak beranak hari ahad je kucingg..so that laki aku boleh basuh je bekas beranak tu.sebab dia kata hikmah nya maybe kena bela kucing 😤😤..

Itu lah dia part of the drama yesterday 😫..sebab aku trauma,pagi ni bukak pintu terus rasa meremang sebab dok teringat anak kucing 7 ekoq tu..haish la.jangan kau datang balik sudah.takut nak balik rumah ni huhuhu..

💋.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...