LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, July 11, 2017

Review : PMC sungai buloh

As salam.

Pengalaman bersalin kat pmc sungai buloh.I would honestly recommend la sapa yang plan nak bersalin sini.first, of course doc yang best.aku pilih dr ratna, kecil molek orangnya dan sangat lembut.sorang lagi doc yang famous is dr zarul.,this time kami decided to choose doc perempuan.

PMC sekarang ni tengah under construction,dorang tengah tambah kan ward.currently rasa nya ward single ada 5 bilik je kot.yang lain bilik empat and maybe three bedded.tak sure..building sebelah je pun.last year masa start check up,dr ratna bagitau by april dah siap,and aku might be antara yang bertuah la dapat rasmi ward baru.tapi,sampai sekarang rasa nya ward baru belum siap.



For me,its ok la as long aku dapat bilik single tak kisah la ward lama ke baru.nurse layan elok.Alhamdulillah sepanjang admit 2 hari 1 malam kat sini,semua best.aku pilih bilik single, even though construction kat sebelah jer,tapi tak dengar bunyi apa pun.sound proof kot.

Bilik boleh dikatakan ok,tak la secantik KPJ ward eryna admit dulu,tapi ok la.ada tv,ada toilet sendiri,yang penting selesa and layanan tip top from nurse & staff.dari admit malam tu,cepat je depa settlekan admittance, terus bagi baju,bawak air panas and satu tupperware dalam tu ada biskut and air 3 in 1 tu.pagi-pagi dah datang bawakkan sarapan and tukar air panas.baju tukar 2 kali,tak payah la beria bawak.kalau nak bawak jugak,kain batik and stoking will do.yang lain semua provided.and baju untuk discharge la sebab takkan la hospital nak sediakan untuk mak kan 😄.

Makanan dalam ward pun sedap.dorang sedia 5 kali sehari.nasi 3 kali dari breakfast,lunch and dinner.untuk lauk pantang tu,depa akan bagi ikan & ayam.so,kalau nak makan dua-dua pun boleh,nak makan salah satu pun boleh,semua dah include in package.sebab dia kata ada yang tak nak ikan,so boleh makan ayam.macam aku,mak tak bagi makan ayam lagi,so ayam tu aku bagi eryna.ikan pun depa bagi yang boleh makan macam sup ikan merah & tenggiri.hari kedua tu aku request bubur and lauk still sama la depa bagi,ada ikan,ayam,buah and sayur.




Untuk baby pun sama tak yah la bawak barang apa-apa.aku beria la bawak beg baby,sekali depa bagitau,semua depa sediakan.After baby mandi,pakai kan baju hospital punya,pamperspun hospital punya,and bila discharge, baby dah siap pakai baju baru hospital bagi siap selimut,topi bagai.dah wangi baru balik tau.😤..dapat la diapers beg complete dalam tu ada cream rashes jenama sudo cream ( i personally loves this cream) ,susu jenama sd 2 ( elisya fully bfeed so tak guna pun),susu anmum untuk mak,pampers mamy poko & disposable breast pad pigeon.

Overall, aku bagi full marks hehe.dari admittance yang super cepat ( masa nak admit tu,depa akan suruh kita isi form.kat situ kita tick la,nak bfeed anak after delivery atau tak,nak skin to skin dengan anak tak after delivery.macam haritu,elok je push and Elisya keluar,dorang terus letak atas dada,,and hasben aku gunting tali pusat & terus azan kan..elok masuk ward semula after labor,terus depa send baby untuk latch..time tu Elisya tak mandi lagi,depa bersihkan je..tu yang muka kembang semangkok tu 😁),

Labor time yang sangat smooth,alhamdulillah,staff and doctor yang best, insya allah kalau rezeki lagi,nak la bersalin kat sini lagi.haritu kos aku bersalin RM 3,600+ sebab ada extra cost untuk induce.kalau normal bilik single and takde extra induce ke,pain killer ke, epidural ke ,rate around RM 3000..untuk ward baru tak tau la berapa harga.bilik single tak mahal pun, RM 180 je,kalau four bedded RM 90 so better la amik single kan,beza sikit jer.yang penting privacy.

Yang penting,masa labor tu,nurse sangat membantu sementara tunggu doc datang.dalam labor room ada ayat quran untuk kita baca nak ease the labor.rasa tenang jer.air masak pun ada tersedia,so masa "waiting game" tu ,aku tak selera nak lunch,tapi aku dah get ready kurma and keep makan.bila dahaga,mintak la hasben tolong amikkan.jangan sampai lembik takde tenaga nak push.

Doc ratna pun sangat supportive.selama ni dengar suara dia lembut jer,sekali masa labor,ha semangat kau dia suruh push.dia pun sempat ajar macam mana nak push tu.kali ni takde gunting ,doc ratna guna gel pelincir jer untuk bantu bukaan.yang kena gunting tu sebab uri aku terlekat kat dalam.doc kata tak keluar sendiri,so dia terpaksa la gunting sikit and keluarkan secara manual.owh,tak rasa apa pun,sebab kena bius.and gunting pun sikit sangat sebab after labor,aku boleh kencing and memberak dengan jaya nya tanpa sakit 😂..and staff pun semua cakap lembut.even aku mengerang sakit pun depa layan and takdak nak marah nak buat muka 😊..

So,yang nak bersalin di sini,sila kan lah yer.nak check up every month tu,kena bertabah la sikit sebab doc busy banyak pesakit kan.aku dah biasa je,sampai ambik number pukul 8 pagi,pukul 12 tengah hari pun pernah baru dapat jumpa doc,sebab nya bila sampai turn,tiba-tiba ward panggil sebab patient nak beranak.kos check up mothly around RM 100-200.kalau kena buat MGTT ke ,CTG scan ke harga boleh jadi sampai RM 250-RM300.aku MGTT buat kat klinik kesihatan jer,free hehehehe.

xoxo.
💋

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...