LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Friday, July 28, 2017

happy mother's day

As salam.

My 3rd flower received from le husband after 6 years of marriage 😏. Received my first one when we were dating back then. Time tu, sejambak besaq kau. nak beli jiwa khen. Laki ai tak romantik ,time nak bagi bunga tu pun, kitaorang baru lepas dating la,he sent me back home.Pastu lepas drop tu,suddenly he called cakap tunggu sat dia tengah pusing nak pass barang. Ingat kan tertinggal barang dalam kereta dia, nampak kereta dia, berhenti, pastu hulur bunga 😍 ,then pause..krik..krik.

Second time,masa birthday ,awal pagi dia dah kuaq p mana entah. Tiba-tiba keluar bilik, there is a bouquet of fresh red flowers at the sofa.after that..is a history 😝..



To be truth, i am not a flower person. sebab tu laki aku tak bagi sebab i am not appreciates it,dia cakap.abis nak buat camna kan.bunga tu mesti layu.nak kena frame kan ke camne...that's why he prefer to ask what did i want ( or i will ASK , sebab nanti dia buat-buat lupa 😉 ).




So,this flower was delivered to my house ( sebab tengah cuti confinement ), terkejut i bila budak tu datang bell loceng.menjadik la surprise dia. ni untuk mother's day, tapi send 3 weeks after sebab time tu bunga murah lolssss 😒😒. Eryna yang pecah rahsia dia habaq, masa hari mother's day tu both of them p cari bunga tapi sebab over priced so abah tak beli. we went for dinner instead.




Ini budak meraung melalak nak bunga siap tak nak kawan mama.haish,at one point masa dia merajuk tu ,i cakap, kakak p la kawin,nanti dapat la bunga 😂😂 ,pastu haku yang panik kang dia nak kawin pulak ..

muka sengih terpaksa after dah pujuk and told her, we will buy you flower next time...during your convocation day..😁.




Simple but nice and pretty. i really like it.loves the way they wrap it nicely.it lasts at least a week plus before i threw it away 😆😆 and of course not in front of my husband or eryna ( because she will make up the stories like i did it purposely padahal bunga tu dah reput lah ).

happy mothers day all ( i know its way too late ).. i am a mother of two beautiful girls now.to the many more headache on the way 💆 with the drama queen .

xoxo.
💋

Influenza A

Backdated entry :

Eryna admitted due to Influenza A. Tak tau kat mana dapat. Can be tadika or outside.Paedatrik cakap it can be both. Now influenza is becoming common virus in Malaysia.

Macam mana dapat detect ? Suhu maintain at 39-40 'c throughout the night.usually kalau demam, after makan ubat,suhu dia akan turun especially kalau day time.sebab malam cuaca sejuk, usually budak-budak akan demam.tapi,kali ni statik even ubat konsisten every 4 hours.

Two weeks earlier dah bawak jumpa doc sebab demam.kebah after 3 days.then demam semula,which followed with vomitting,so the next day terus decided ke KPJ emergency.





Draw blood test and hingus, confirmed she positive Influenza A. Kena kuarantin,which lega tak payah share bilik.ward pun penuh, tapi in her case kena duduk sorang.yeay at that point 😄. I was heavily pregnant at that time, so stay in single ward is the best option.





Kena pakai mask and visitor is not allowed. Her case, sebab bawak awal,jadi kuman baru nak start ,on antibiotik . Hingus dia tak banyak ,if banyak then will be difficult for her. Alhamdulillah, we noticed it earlier. So, parents, know your kid well..



The hospital food which most of it goes to mama and baby 😅😅. Eryna banyak main-main makan, so meh sini mak abiskan .




On the fourth day dah boleh balik since takdak budak kecik kat rumah. Kalau ada, kena stay until 7 days. All covered by the insurance , so thanks to the office for that 😛 .at least i can save her personal insurance for her education .Total bills around RM 4,500. Since all covered ,we got our deposit return ( sebab masa admittance to, it was weekend ,they asked for deposit RM 500 ).



Seronok dia duduk ward. nurse baik,doc pun baik.foods sedap ( yang ni mak suka ) . and now ready to back home and goes to school. tapi eryna tak p sekolah la until the other week. tak mau la jangkit virus lain pulak. sebab nya, dia yang kena, she will not spread sebab dah recovered, tapi she might be infected with other virus pulak..kena stay at home until a week.



My happy girl. we love you so much.semoga Allah sentiasa melindungi mu..Ameen insya allah.

xoxo,
💋

Thursday, July 27, 2017

Bila anak masih tak pandai baca ......

This deserve my post.

Credit to owner , Hazhari Ismail , which aku tak kenal pun.someone on my friend list shared this..An i thought it is really true. And betapa tenat nya isu anak-anak ni.which aku akan hadap once eryna masuk darjah 1 nanti.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Heboh bila ada seorang guru memberi 'nasihat' kepada ibu bapa supaya pastikan anak mereka sudah pandai membaca sebelum melangkah ke Tahun 1. Walau apa cara sekalipun, seperti yang dicadangkan oleh si guru itu iaitu dihantar tuisyen dan sebagainya - asalkan anak pandai membaca.

Gila (saya cakap idea ni gila, bukan guru yang gila. -.-)

Ibu bapa mana yang tidak panik kalau itu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang guru. Ditambah pula sekarang adalah penggal kedua sebelum persekolahan sampai ke penghujungnya. Lagilah ibu bapa bertambah resah!

Guru antara benteng-benteng terakhir untuk meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada anak muridnya walau macam mana pun kurikulum itu berubah. Tapi, kalau benteng terakhir ini pun rapuh, ditambah dengan tekanan ibu bapa yang turut sama bersungguh, dekat mana lagi anak-anak nak mengadu yang mereka sedang tertekan?

Tempoh sekolah rendah itu panjang. Nak cepat-cepat itu nak kejar apa?

Nak kejar kelas nombor satu?
Nak bercerita dekat sahabat handai anak dah pandai membaca sebelum masuk sekolah?
Nak buat perbandingan dengan anak-anak sedara tentang anak siapa paling bijak?

Allahu, untuk apa semua ini?

Berapa kali dah ulang, TIADA signifikan kebaikan pun jika anak itu boleh membaca seawal 5 tahun. Apatah lagi yang muda dari umur itu. Kanak-kanak yang start membaca pada umur 5 atau 6 tahun, SAMA sahaja perkembangan dia dengan kanak-kanak yang start membaca pada umur 9 atau 10 tahun.

Ya, SAMA. Tolonglah jangan risau.

Maksudnya, pada umur 5 atau 6 tahun, mereka mengambil masa yang lama untuk expert dalam membaca berbanding umur 9 tahun yang mengambil masa yang singkat untuk mahir membaca.

Sebab itu saya cakap tempoh sekolah rendah itu panjang. Anak-anak boleh catch up. Tapi, sokonglah mereka. Jangan tambahkan beban mereka.

Di negara orang lain (yang mungkin menjadi rujukan pembuat polisi negara kita), assessmet itu adalah proses pembelajaran. Tetapi tidak di negara kita, iaitu belajar untuk assessment!!

Biarlah KSSR (kurikulum rendah) buat semakan pun. Kita yang melatah, anak yang jadi mangsa.

Macam mana mereka boleh buat semakan pun kita tidak tahu. Berapa kerat je kanak-kanak boleh follow kurikulum yang baru, sedangkan beribu-ribu lagi menjadi mangsa jurang bandar dan luar bandar yang makin menjauh!

Benar, membaca itu perkara yang menyeronokkan tetapi perlukan persediaan (readiness), kalau tidak kanak-kanak boleh frustrated. Benda-benda macam ini yang boleh naikkan statistik mental health problem di awal usia! Cukup-cukuplah KBAT dipeperiksaan-kan.

Biar jelah semua kanak-kanak masuk program
Linus itu. Biar orang atas sedar status masyarakat hari ini di tahap yang mana.

Mungkin guru-guru tertekan berada di tengah-tengah antara orang atasan dan ibu bapa. Sampai sanggup memberi 'arahan' sebegitu kepada ibu bapa.

Dan yang paling penting ibu bapa. Anda sendiri tahu dan nilai anak anda di level yang mana.

Sudah banyak kita baca, kanak-kanak perlu masa bermain di awal usia.
Sudah banyak diperingatkan, masalah mental health telah menjadi ancaman biasa.

Tolonglah percaya dengan anak-anak.

Tolonglah.

Kadang-kadang kita terlupa, yang membunuh jiwa kanak-kanak itu bukan mereka..tapi kita sendiri.



Tuesday, July 11, 2017

Review : PMC sungai buloh

As salam.

Pengalaman bersalin kat pmc sungai buloh.I would honestly recommend la sapa yang plan nak bersalin sini.first, of course doc yang best.aku pilih dr ratna, kecil molek orangnya dan sangat lembut.sorang lagi doc yang famous is dr zarul.,this time kami decided to choose doc perempuan.

PMC sekarang ni tengah under construction,dorang tengah tambah kan ward.currently rasa nya ward single ada 5 bilik je kot.yang lain bilik empat and maybe three bedded.tak sure..building sebelah je pun.last year masa start check up,dr ratna bagitau by april dah siap,and aku might be antara yang bertuah la dapat rasmi ward baru.tapi,sampai sekarang rasa nya ward baru belum siap.



For me,its ok la as long aku dapat bilik single tak kisah la ward lama ke baru.nurse layan elok.Alhamdulillah sepanjang admit 2 hari 1 malam kat sini,semua best.aku pilih bilik single, even though construction kat sebelah jer,tapi tak dengar bunyi apa pun.sound proof kot.

Bilik boleh dikatakan ok,tak la secantik KPJ ward eryna admit dulu,tapi ok la.ada tv,ada toilet sendiri,yang penting selesa and layanan tip top from nurse & staff.dari admit malam tu,cepat je depa settlekan admittance, terus bagi baju,bawak air panas and satu tupperware dalam tu ada biskut and air 3 in 1 tu.pagi-pagi dah datang bawakkan sarapan and tukar air panas.baju tukar 2 kali,tak payah la beria bawak.kalau nak bawak jugak,kain batik and stoking will do.yang lain semua provided.and baju untuk discharge la sebab takkan la hospital nak sediakan untuk mak kan 😄.

Makanan dalam ward pun sedap.dorang sedia 5 kali sehari.nasi 3 kali dari breakfast,lunch and dinner.untuk lauk pantang tu,depa akan bagi ikan & ayam.so,kalau nak makan dua-dua pun boleh,nak makan salah satu pun boleh,semua dah include in package.sebab dia kata ada yang tak nak ikan,so boleh makan ayam.macam aku,mak tak bagi makan ayam lagi,so ayam tu aku bagi eryna.ikan pun depa bagi yang boleh makan macam sup ikan merah & tenggiri.hari kedua tu aku request bubur and lauk still sama la depa bagi,ada ikan,ayam,buah and sayur.




Untuk baby pun sama tak yah la bawak barang apa-apa.aku beria la bawak beg baby,sekali depa bagitau,semua depa sediakan.After baby mandi,pakai kan baju hospital punya,pamperspun hospital punya,and bila discharge, baby dah siap pakai baju baru hospital bagi siap selimut,topi bagai.dah wangi baru balik tau.😤..dapat la diapers beg complete dalam tu ada cream rashes jenama sudo cream ( i personally loves this cream) ,susu jenama sd 2 ( elisya fully bfeed so tak guna pun),susu anmum untuk mak,pampers mamy poko & disposable breast pad pigeon.

Overall, aku bagi full marks hehe.dari admittance yang super cepat ( masa nak admit tu,depa akan suruh kita isi form.kat situ kita tick la,nak bfeed anak after delivery atau tak,nak skin to skin dengan anak tak after delivery.macam haritu,elok je push and Elisya keluar,dorang terus letak atas dada,,and hasben aku gunting tali pusat & terus azan kan..elok masuk ward semula after labor,terus depa send baby untuk latch..time tu Elisya tak mandi lagi,depa bersihkan je..tu yang muka kembang semangkok tu 😁),

Labor time yang sangat smooth,alhamdulillah,staff and doctor yang best, insya allah kalau rezeki lagi,nak la bersalin kat sini lagi.haritu kos aku bersalin RM 3,600+ sebab ada extra cost untuk induce.kalau normal bilik single and takde extra induce ke,pain killer ke, epidural ke ,rate around RM 3000..untuk ward baru tak tau la berapa harga.bilik single tak mahal pun, RM 180 je,kalau four bedded RM 90 so better la amik single kan,beza sikit jer.yang penting privacy.

Yang penting,masa labor tu,nurse sangat membantu sementara tunggu doc datang.dalam labor room ada ayat quran untuk kita baca nak ease the labor.rasa tenang jer.air masak pun ada tersedia,so masa "waiting game" tu ,aku tak selera nak lunch,tapi aku dah get ready kurma and keep makan.bila dahaga,mintak la hasben tolong amikkan.jangan sampai lembik takde tenaga nak push.

Doc ratna pun sangat supportive.selama ni dengar suara dia lembut jer,sekali masa labor,ha semangat kau dia suruh push.dia pun sempat ajar macam mana nak push tu.kali ni takde gunting ,doc ratna guna gel pelincir jer untuk bantu bukaan.yang kena gunting tu sebab uri aku terlekat kat dalam.doc kata tak keluar sendiri,so dia terpaksa la gunting sikit and keluarkan secara manual.owh,tak rasa apa pun,sebab kena bius.and gunting pun sikit sangat sebab after labor,aku boleh kencing and memberak dengan jaya nya tanpa sakit 😂..and staff pun semua cakap lembut.even aku mengerang sakit pun depa layan and takdak nak marah nak buat muka 😊..

So,yang nak bersalin di sini,sila kan lah yer.nak check up every month tu,kena bertabah la sikit sebab doc busy banyak pesakit kan.aku dah biasa je,sampai ambik number pukul 8 pagi,pukul 12 tengah hari pun pernah baru dapat jumpa doc,sebab nya bila sampai turn,tiba-tiba ward panggil sebab patient nak beranak.kos check up mothly around RM 100-200.kalau kena buat MGTT ke ,CTG scan ke harga boleh jadi sampai RM 250-RM300.aku MGTT buat kat klinik kesihatan jer,free hehehehe.

xoxo.
💋

Monday, July 10, 2017

Elisya @ 60 days

As salam.

Masa 2 bulan haritu, berat Elisya dah naik sekilo.masa sebulan haritu naik 500 gram.bila second check up ni dah 5.2 kg,tinggi 60 cm.tapi,tetap tak boleh lawan kakak eryna la sebab dia naik 1 kg tiap bulan.naik banyak ni pun dah hantap orang kata.lenguh weh..



On the way g Demc ,cucuk dengan paed, Dr koshy.everything normal and ok..alhamdulillah.very easy and cool baby.orang kata baby ni berubah perangai kan..yeah,waktu pantang siang tiduq malam berjaga..now,siang tidoq,malam pun tidoq.haha.bangun menyusu sekali.kadang dah pukul 6 pagi bangun lagi..so my new alarm clock.

Dua kali cucuk ,so far takdak demam.khamis ni nak cucuk 3 bulan,nak ambik extra vaksin sebab dia duduk taska and ada ramai babies and kids,nak kena prevention siap-siap.the rest we leave it to Allah to take care both of my angels.




My sweet baby..bangun tidoq jarang la nak dengaq dia meraung keriau.selalu dia steady ja,main sarung tangan,hisap sampai lencun..agak lama takdak respons baru dia start keriau.tu pun sat ja,bila orang angkat dia cool ja siap boleh sengih.

Dah pandai gelak bila di agah.cuma suara belum keluar time ni.now dah dengaq la sora.and yes,rajin bersembang.macam-macam dia cerita 😊.



Kakak yang lagi baby dari adik.elisya pulak jenis redha ja dengan kakak dia obses dengan tu.bagi chance la kakak dah lama takdak adik.




Pumping routine dah start since dalam pantang.alhamdulillah ,macam eryna.susu pun banyak and sentiasa ada.walau cuti 3 bulan,stok dah buat awal sebab bulan puasa takut drop since puasa.cabaran la jugak sebab dehydrate kan.tak banyak buat stok time puasa ni...dapat puasa 22 hari..lega ganti 8 hari jerrrr...

Medela ni masih berjasa.tapi,tetiba dia punya adaptor rosak pulak.after 4 years tak guna,hmmm..dah beli baru tapi macam tak menjadi...hmm macam nak kena beli yang baru.tapi,i love this medela fs soooo much.kalau beli baru pun ok jer since dapat claim tax next year 😄.




Golden liquid for Elisya.seriau balik kampung haritu kot tetiba power shot ka apa.doa banyak-banyak mintak susu elok.balik dari kg,serbu peti ais dulu..tengok masih keras elok .lega..phew...😝..

Semoga mama dapat bfeed Elisya until 2 years minimum macam kakak Eryna..ameen.so far,bottle feeding pun dia ok.bagi jenama Pegion.dah test hantar taska 2 hari,so far so good.hopes everything goes well...

💋
xoxo.

Pantang story

As salam.

Alhamdulillah,kali ni pantang pun mak aku jaga kan selama 30 hari.mula ingat nak bersalin kat kg ja macam eryna dulu,tapi mak aku kata dia boleh datang sini.lagipun eryna dah masuk sekolah,better la dia p tadika.deal dengan cikgu taska,so eryna pergi sekolah dengan teacher.lagi la dia suka.saja la suruh p jugak..kalau ponteng pun takpe,baru tadika,tapi tahu kah anda,bila dia p sekolah,baru la aku dapat rest.haha.ye la kalau tak,asyik uli adik jer,mak aku nak masak nasik pun seriau.aku pulak dah mak tak bagi gerak sangat.so bila dia p tadika,time tu la aku pulun lena ( yer la tu,padahal layan FB la,layan insta la,shopping online la 😂 ).




Mak aku jaga dalam pantang memang tip top.pagi mandi dengan air herba.untuk kali ni,aku beli jenis bunjut danita.tapi mak aku tak puas hati sebab dia kata tak wangi.yer la,kat sini mana nak cari daun macam kat kampung tu kan.mak aku suruh adik aku tolong bawakkan ,kebetulan dia balik kampung.seplastik besaq ayah aku bagi daun pandan,daun serai wangi and daun apa entah.puas mandi and untuk balut tungku.segar wei mandi ayaq herba setiap pagi.petang pun sama la.cuma lepas 15 hari,aku mandi herba waktu pagi ja.sebab nya daun dah tak banyak .hehe.masa time eryna dulu,sampai nak dekat dua bulan kau aku mandi herba hari-hari.

Ok,pantang aku bermula lepas deliver elisya.masuk ward ja,terus lumur minyak herbanika jenama NR kat kaki,celah paha,kepala and tengkuk.rambut kasik tinggi.sedap wei berangin je rasa..nak elak pitam atau pening la sebab kita kan hilang banyak darah..jamu tak makan la sebab takut jaundis.tapi,aku minum ayaq herbanika tu buat pekat.takut la orang kata kot kena rengat.alhamdulillah,aku tak kena langsung...mak aku cakap,sakit dia lagi teruk dari contraction 😌..

Time doc ratna masuk nak check post delivery tu,sempat la dia cakap " tu dia..tu dia..bau dah minyak angin 😂😂..ni mesti kes dah biasa bau gitu lepas post delivery.




Makanan pulak,first 2 weeks mak aku masak nasik lembik,sayur and satu lauk.sayur of course la sawi,lobak putih,brokoli atau carrot.selang-selang.ikan pulak, laki aku belikan ikan merah,tenggiri,siakap,selar.




sedap masak camni.nasik lembik,tabur bawang putih,halia ,sayura and ikan.harus lah ikan yang tak gatal yer.




Ada hari mak aku buat la sup and kadang grill..daging bakar tu,seminggu dalam 2 kali mak aku buatkan.nak elak jemu,aku order halia +bawang goreng  buat perasa,bestt,,buah aku makan oren jer hari-hari sampai sekarang.tak jemu pulak aku dengan oren sunkist.




Lempeng ni bila dah masuk 2 minggu baru mak bagi makan ( sebab tepung kot ) time petang.sebab pulak makan lempeng pisang..

Jadual pantang:

Pagi - breakfast milo/horlicks/susu kambing dengan oat.

Lepas tungku pagi - air kopi sendayu tinggi d folia ( best weh kopi ni,baik untuk rahim jugak ) ,biskut jacob/ hup seng /roti.




Lunch - nasi with ikan ,sayur and buah.

Petang- roti/biskut ,air panas .kadang makan capati,atau mak aku buat kan lempeng.




Malam - nasi with ikan,sayur,buah.

Air herbanika aku minum hari-hari anytime haus.dalam pantang tak boleh minum air putih banyak nanti boncit,tapi air herbanika ok sebab dikira air akar,boleh bantu cepat kan penurunan sebab badan sentiasa peluh..air until now aku masih bertahan minum air panas.badan kita kena sentiasa panas.kalau badan rasa sejuk,itu tanda bentan.bahaya ye...stokin aku pakai hari-hari.no air cond at all.dulu masa eryna,aku air cond hari-hari.hahahaha.mujur tak de apa-apa 😝,tapi tu pun mak aku set 27'c sebab kesian eryna ada ruam teruk.elisya jenis kulit ok,so kipas je.tu pun no 1 je kau.ha,peluh tak peluh tapi sedap la peluh,badan ringan.

Aku start berurut hari ketiga.ambik 3 hari,segar je badan.haritu masa hari ke 44 ,aku amik lagi urut sekali dengan tangas.yang ni aku book dengan BBC ( beauty bless confinement ).ada set tangas tu kena buat 14 hari.ni malam-malam after bukak puasa aku buat la tangas.eryna kata busuk,cisss 😳.sebab bau kunyit and pepper tu kot.hahaha.paste tangas tu depa bagi include dalam pakej.

Bertungku pulak,aku buat hari-hari pagi & malam.sempat buat sampai 44 hari.ikutkan nak buat sampai 60 hari,tapi sebab jatuh bulan puasa,leceh sikit la nak bakar tungku la apa.sebab kami nak gilir buat terawikh kan.bengkung pakai everyday,tapi masuk hari ke berapa entah,malas nak ikat bengkung aku pakai korset jer.sama je kan,yang penting ramping u olls. 💃.

Waktu pantang ni buat la betul-betul jangan ngelat.aku masih bertahan makan lauk macam dalam pantang even until now.maksud nya buat grill atau sup la.gulai kari tu aku makan jugak tapi tak la letak banyak sebab santan kan.ayam pun dah start makan ,tapi aku grill ja.lagi sedap apa..

Jamu tak makan.aku amik phyto natal herba tu ja.and shaklee.Only now,aku baru start amik RV ,herba dari owner sendayu tinggi,bonda rozita (Jamu Ratu Malaya) .and majun dhuha,sort of jamu.ni pun lepas 44 hari baru start.tak amik awai sebab selain takut jaundis,kang asyik memberak pulak elisya.sian baby kan.




Berat aku,lepas 30 hari,dari 85 kg turun sampai 70 kg.yehaaa..turun 15 kg u olls.tapi,ni dah 60 hari aku belum timbang.rasa nya tak berapa laju kot turun.huhu..takda la aku expect 2 bulan pantang turun 30 kg.sebab sebelum mengandung haritu,aku tak slim mana pun.berat aku pun naik lepas gugur dulu.time tu aku tak diet apa sebab nak conceive lagi.and betul la,tak lama lepas tu aku mengandung elisya.now,dalam proses turunkan lagi sampai 55 kg.harap nya dapat la.aku target penurunan tu dalam masa 6 bulan.dengan cara yang sihat la of course...

*seperti dijangka,raya haritu timbang berat bertahan dekat 67 kg.ha,ni sebab dok tibai macam-macam la time raya ni.tapi ku masih berpantang laksa and pulut.time raya ni,makan rendang dengan nasi himpit.back to office nak cuba displin makan.takuittt berat naik wooo.


xoxo.
💋

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...