Thursday, June 15, 2017

Salzburg, Austria part 2

As salam.

Sambungan yang tertunggak.nak kena habiskan untuk kenangan sendiri dan jugak eryna.semoga awak baca ni bila dah pandai baca and knows that how lucky are you been travelling to various countries while you are still young 😁.

Masa sampai tu,kami macam exhausted giller.padahal dah sahur pun.maybe sebab travel ,bawak beg lagi.lepas tu ke hulu ke hilir cari informasi.lama jugak kami dok bersidai kat train station salzburg tu.eryna macam biasa la,rasuah kinder bueno,diam la dia.masing2 dah lapar,boleh pulak luar je dari train station tu ada kedai turkey halal.so,decided to bukak puasa.lagipun musafir kan,bukan tak boleh.order and makan lelaju 🙈.




Lepas dah makan,lepak sat nak ambik balik tenaga..pastu terus la kami melawat di sekitar bandar salzburg.naik bus and turun ikut laluan peta.ada tour untuk ke tempat-tempat must visit ,tapi hasil dari research from cik goggle, it's really easy pun and since tempat kecik boleh je jalan kaki.bus pulak banyak.tak yah risau,naik jer.




Sistem bus kat sini,tiket bus tu tap je kat button.yang best tu,driver tu check pun tak samada tiket tu valid ke tak.kami pun confuse sebenarnya betul ke tak tiket ni boleh naik bus yang mana satu.belasah je la.driver tu pun main angguk jer.EUR 3.60 ni valid untuk 24 jam.so,naik je la sampai lebam.




First stop ,kami turun kat mirabelle garden.ni wajib la singgah.cantik taman ni.tapi macam berbau tahik 😔🐕 anjing jee....mujur la cuaca cold gitu,so bau tu dapat la dikurangkan.dari garden ni kami jalan je ikut kaki and jugak ikut orang.hehe.sambil baca map la.selalu kan map mesti tunjuk tempat yang kena visit.





Jambatan yang ada mangga ala-ala love note macam dekat seoul.maybe it's a wish kot.angin kuat masa ni,nampak orang naik boat kat bawah seram jugak sebab ada bawak budak naik stroller.cantikkkk sangat tempat ni 🌞,picture don't do justice.itu je nak cakap.ni pakai kamera henfon je pun dah lawa scene kat belakang tu.i must say,so lucky to be here ,alhamdulillah.walaupun with quite tight budget ,it is a rezeki from HIM.

After lepak kejap kat bridge ni,nampak macam ada khemah banyak kat bawah tu,owh rupanya ada pesta ala-ala cultural fair.so,g la tengok.ada Thai & Phillipines take part,tapi malaysia takdak.depa bawak kraftangan untuk jual.




Jalan sikit ke depan,tengok ala macam dah rintik.kebetulan nampak macam kedai ala-ala speedmart.boleh la riki dalam tu.sejenis la kan,both of us laki bini memang jenis suka explore masuk semua tempat.teringat masa kat US dulu, kami p Tops nak dekat 2 jam siap belek macam-macam,adik aku kutuk dia kata 'loghat' sebab mall ja pun.tapi,for us,beza apa.sebab apa yang jual kat sana tak sama macam malaysia.and also their pay system pun beza.well,if u go to other people countries, u not only see the scenery but appreciate the whole things,their culture, their life and etc..depends to orang jugak la.aku suka belek dari many aspects.tapi jangan bawak ke muzium,mau mengantuk tak ingat.😂😂..




Lepas dah beli susu eryna,and few things,tetiba ternampak satu group tour,so apa lagi kami join la dari belakang.tapi jangan la rapat sangat.kang kena cepuk lak ,dah la tak bayar,tetiba join 😇.rupanya tour tu nak bawak ke tempat Mozart.sapa tak tau Mozart, sila baca sejarah Mozart . laluan sempit tapi ada kedai kat kiri kanan so cute..aku suka la style macam ni,so overseee gitew.orang kat kedai tu senyum-senyum je tengok kat lorong ni pun nak bergambar.eh,suka lah janji cantik okeh.

Ada nampak kedai indian and bila check from apps Zabihah,kedai ni listed as halal.so,lega la dapat la menapau untuk sahur nanti.and eryna pun dah kelaparan boleh la beli.




Jalan depan sikit jumpa cafe Mozart,haruslah bergambar..bila nak sampai lagi kan.kalau dapat chance lagi,of course la nak ke tempat lain pulak,Vienna ke,Halstatt...kami ikut kaki je jalan and jumpa few main atttractions.actually dah tak ingat apa nama tempat ni,so layan je la pic ni semua.

Dah almost petang and penat la menapak,so decided nak balik hotel je.esok nak sambung jalan-jalan lagi.sebenarnya kalau ikutkan nak ke Halstatt tapi macam tak tau sempat ke tak.tanya tour pulak macam pricey jugak la.ralat tu memang la tapi hmm takpe la takde rezeki.siap plan nak g Swarovski crystal world jugak,tapi pun sama tak sempat.


pic from goggle

Ni lah Halstatt, tempat perkampungan di Austria yang famous.cantikkk sangat.teringin nak tengok struktur rumah yang unik and also boleh nampak pergunungan Alps dari sini.ada tasik-tasik yang cantik .tapi,,,,apa kan daya.😓...one day insya allah,one day.





Sebelum balik hotel,beli makanan dulu kat kedai indian tu.naik atas nak g toilet,nampak ada surau,lega la sebab confirm la halal,bukan sekadar logo.hehe.
Aku beli beriani ayam untuk share dengan eryna and hasben beriani udang.portion besar and kenyang giller lah.makan lewat,sahur pun ulang nasik yang sama sebab tak habis.alhamdulillah,the next day kami berjaya puasa hehehehe.takde la tinggal posa banyak pun, 3 hari jeeee.darurat kata ko.yang penting wajib ganti.






Ni pulak hotel kami stay. Turnerwick hotel,agak lama and ala-ala rumah country cowboy.ni gamble ja ni book dekat booking.com.kat hotel ni ada playground untuk budak,so layan eryna main dulu sambil suap nasik.laki aku pulak asik kompen itu ini,dia kata dalam review dia baca kata bilik kami duduk tu haunted.wow,mistik sangat.tengah imagine hantu mat salleh haha.cakap english u alls,bagi aku ok je.dapat two single bed yang dah dirapatkan,elok je untuk kami bertiga.plus nak stay dua malam je pun.

Layan pic tempat-tempat menarik kat Salburzg.personally i love the place.sangat tenang,bangunan lama still terjaga.sesuai untuk visitor.walaupun town kecik tapi banyak kedai designer macam prada,hermes,swarovski,tods and others.









That is patung mozart,the one yang menjadi kebanggaan rakyat salzburg.the only pic we satu family sebab ada orang yang tolong amikkan 😁.




Esoknya,bangun tetiba hujan.jalan semula tempat yang sama.explore town lagi la sebab hari semalam tu macam nak cepat je.tak sempat betul-betul jalan.asyik jugak mulut tu cakap,ruginya tak book tour g halstatt.tapi mana tau kan,Allah bagi rezeki dapat g sini lagi.kena la doa selalu.hari ni just jalan around the town je.bawak budak kecik kena la ikut mood dia.tak dapat nak slot banyak tempat.

Masa dalam bas nak balik semula ke hotel,jumpa this indonesian boy,dia belajar master kat sweeden.nama yuda.dia datang tegur kitaorang dulu.he is on trip dengan kawan-kawan dia tapi yang lain malas nak keluar katanya.and lagi syahdu,dia baru je p Halstatt semalam.huwaaa.saja je kan.so,esok nya dia nak g Munich.kitaorang cakap,kami pun nak ke Munich sebab flight nak balik on lusa.tidur lagi semalam kat Munich.




So,itu je la aktiviti kami kat salzburg.tak buat apa sangat pun,esok nya bangun pagi,jalan kejap kat situ,kedai pun tak bukak lagi..terus g naik train,kali ni dapat seat okeh and sampai Munich around 11 am macam tu kot.orang tak ramai dalam train kali ni so dapat la duduk lena.

💋
xoxo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...