LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Thursday, June 15, 2017

Salzburg, Austria part 1

*backdated entry.entry selepas setahun 😃😃😃😃.

Alang-alang dah sampai Munich, adalah satu kerugian kalau tak lajak ke salzburg ,Austria since it just located next to Munich.ibarat kata,sampai ke perlis,singgah la danok kat siam tu 😛.

Untuk ke sini,kami beli tiket train promosi, beli online je.mula-mula downloads apps D-Bahn ( nama co train ) ,then kat situ ada promo tiket .rajin la tengok & baca.usually tiket kat sini valid untuk 24 jam and ada jugak combo ticket untuk family which is cheaper.

So,aku beli 'bayern ticket' yang valid untuk 24 jam ,price EUR 25 per person.kids free .bayern ticket ni boleh ke mana-mana destinasi bavarian region selama 24 jam.untuk ke Salzburg,hanya boleh naik train kaler biru sahaja ye.nama train tu 'Le Meridian'.tak laju macam train kaler merah tu,tapi still ok.perjalanan amik masa 1 jam 30 mins. further information boleh baca kat SINI.

Nak tengok train schedule ,boleh check from the apps saja.lebih kurang sama ngan Jepun je.senang hidup nak agak masa.bawak beg berbondong ala backpackers dengan bawak budak agak memenatkan.tiba-tiba nak kencing,tiba-tiba nak makan.so,kalau tetiba nak kencing di saat train dah nak sampai,ku paksa je eryna pakai pampers.tak koser nak carik toilet sebab nak bukak and pakai semula seluar,stokin & kasut boleh buat tertinggal train kot.

Dalam train penuh,kena berdiri kejap pastu dah dapat tempat.letih tak yah cakap la kan.selalu macam ni la travel,masuk je lebih dari hari kelima memang kepenatan.insya allah ada rezeki nak visit tempat yang boleh sewa kereta je macam kat perth ke.tak la rushing segala benda.   





Sampai je kat salzburg,round town dulu kejap.lepas tu owner hotel yang kami sewa tu bagitau,tiket bas ada jual kat dalam kedai tobacco.kat sini,mode of transport is bus.train dalam bandar takde.lagipun salzburg ni kecik je.pusing-pusing kat situ.famous sebab bandar kelahiran mozart,ala sound of music tu.mana-mana kedai banyak je jual souvenir and choc mozart.




Kami sampai awal,around 10.30 am,so lepak kejap,sempat gak masuk H&M sebab nak beli suar tidor and spender 😂😂sebab nya laundry takder,so dah abis stok baju lerrrrr...pastu,masing-masing masa ni dah macam penattt sangat padahal awal lagi,pikiaq punya pikiaq,kami burn puasa 😀..musafir kan.kira nya ni hari kedua la tak puasa.nak muntah pun ada masa ni.nak jalan heret beg pun dah takde tenaga.mujur ada kedai kebab halal right next to the station, so beli je kat situ.makan laju-laju and settle.walaupun takde orang kenal,tapi macam tak best nak lepak lama-lama dalam kedai makan waktu bulan puasa ni.

Dah settle kat sini,naik bus nak g melawat kat old town.sini la best nak visit.kalau new town takde menda sangat.oh ya,luggage kami tinggal dalam locker je.since kami cuma 2 hari 1 malam je kat sini,kena la visit harini and esok dah nak check out nanti tak sempat..

💋
Till next entry.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...