LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Wednesday, June 14, 2017

Munich part 3 -selepas setahun baru nak update

Sambungan dari Munich haritu - baru perasan dah setahun dah wei p sana.
Munich -Part 1
Munich -Part 2

Actually,naik train memang best,tambahan pulak,cepat and efficient.tapi tapi,sebab nak kena tolak stroller ,kejap bukak,kejap tutup,so aku fikir,alang-alang jadi tourist, baik la naik hop on hop off.at least,bus ni nanti bawak je la p mana-mana main attractions area.tak payah sibuk nak baca line and tukar naik train.

Dekat hotel ada brochure macam mana nak beli tiket bus hop on hop off tu and kat mana nak tunggu.ada dua kaler bus ,which different company.merah and biru.i chose biru sebab nampak cantik ( haha ) and kata blogger redmummy ( she was there before ),yang biru murah 1 EUR dari merah.so,malas nak cerita panjang,blue it is.harga EUR 22 and eryna free.hoyeahhhh :).



Kena cukai dengan budak ni.paling murah la bear ni, EUR 10 (jangan convert ).beli dekat olympia park.kalau tak beli buat takmau jalan la apa la 😠.


Kami naik bas kaler biru.

Nak naik bus ni, kena turun kat marien planz,jalan kaki cari Randstad mall ( kebetulan hari sebelum singgah kat sini sebab nak beli choc ), so dah terror jalan.syabas ..syabas..memang dah boleh claim diri as penduduk kat munchen ni.😆

Elok sampai,around 930 am macam tu,bas almost nak jalan,rugi kalau naik lambat,sebab nanti dah petang nak kena datang esok pulak.oh ya,btw tiket tu valid for 24 hours, operate from 9 am until 630 pm and last pick up at Olympia park..kalau tak sempat p semua tempat,esok boleh naik lagi, but for me.better finish in one full day.

Basically,bus bawak ke :

Marien-platz

Tak turun sebab dah selalu sangat p.bawak pusing-pusing ada rumah kelahiran hitler jugak rupa nya kat sini.lepas tu lalu macam ala-ala tugu negara .bus ni ada dwi-bahasa,so don't worry,confirm paham.







Tapi tapi,baru syok duduk,tetiba eryna nak kencing 😔,so terpaksa la stop kejap kat shopping mall nearby.itu pun mujur mak bijak sebab mall tu dah pegi semalam and sempat nampak toilet,jadi senang..observant sangat i olls.dah habis hajat, lari-lari naik bus balik.every stop ada bus datang in 15 mins.

Nyphemburg palace





Besar la ada mesuem and big lake.sayangnya eryna tidoq waktu ni,huwaa nak turun dia mengamuk pulak.jarak palace ni dari marienz planz tu dalam 30 mins jer pun,itu pun dia tdoq.agaknya sebab angin sepoi bahasa dia suka.so,bye bye je la.huhuhuhu...bus stop dalam 15 mins tapi aku ambik pic dari atas bus je la.



BMW museum






Time ni dia dah bangun.tapi,kalau tak bangun pun,kena paksa jugak sebab bukan senang nak datang sini balik.ini agak jauh from bandar.




Pencinta bmw suka la kot.aku jalan-jalan,amik gambar and beli souvenir.lepas tu singgah olympia park.


BMW building dekat belakang tu.attach with the BMW museum building.dalam BMW museum ni selain kereta ada la jugak souvenir shops kereta tu ha.





Olympia park


Actually olympia park ni bersambung dengan BMW museum.stadium ni pernah jadi host untuk olimpik,so that's explain the name.





Naik train dari sini ,saja pusing-pusing.harga EUR 3.kid as usual free.time ni hujan sikit,sebab tu ajak eryna naik jugak train comel ni.

Allianz Arena.

Bus ni bawak gak p allianz arena ( stadium FC Bayern Munich ) .wajib yer singgah.kebanggaan rakyat munich ni.tapi,kami tak p harini sebab dah janji dengan hasben nak singgah sini sama-sama on final day kat munich.so,we skip allianz arena.

Sebab asyik skip banyak tempat,so we managed to come back to munich town at 430 pm.kali ni balik lambat sikit.tak letih sebab naik bus.eryna pulak,ku rasuah dengan kinder bueno.suka dia dapat macam-macam toys.best la kinder bueno versi depa,kita punya toys kecik yang amat.

so,itu je la basically apa kami buat and visit kat munich.
Sampai bilik, tidoq sementara tunggu berbuka pukul 930 pm.penattttt..

*pic yang kat bawah ni kami p Allianz Arena masa last day kat Munich, balik from Salzburg.singgah for the last stop sebelum rush ke airport Muchen and bid farewell to Munich.bila la dapat ke sana lagi.overall, Munich is nice and kalau ada chance p lagi,rasa boleh jer.sebab dia macam tenang jer and selamat.makanan halal pun senang cari*









💋
xoxo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...