LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Monday, June 19, 2017

Eryna's first school trip

As salam.
*backdated entry lagi.

Harus lah cerita jugak sebab first time kan bagi permission nak jalan-jalan dengan kawan tadika.Kat tadika baru ni ada whatsapps group parent & teacher.senang cikgu nak update apa-apa.kadang tu cikgu tangkap gambar and tunjuk aktiviti yang student buat.lega la sikit sebab dapat tengok anak buat apa.compared tadika dulu tu..hmmm..malas nak cakap dah 😠 .tinggal kenangan je la.

So,tetiba dalam grup ada yang propose cikgu buat trip g zoo.tapi kemudian kak wan,atau pengetua tadika cakap,dorang dah plan nak buat trip ke Aquaria KLCC and choc mesuem.ok la tu at least tak la panas kan.zoo tu dh pernah p dulu,memang lencun la peluh.at least Aquaria ni sejuk sikit.eryna pun suka tengok ikan.

Dari awal asyik pesan kat dia,nanti pegang tangan kawan,nak pegi toilet bagitau cikgu..bla bla..tapi at the end,dia pulak cakap "cikgu dah pesan mama,kena pegang tangan,kalau tak nanti hilang.kena ikut cakap cikgu"..amboi,bagus la sebab i rasa cikgu memang asyik bagitau dorang hari-hari apa dorang kena ikut.sebab asal dia balik sekolah je,asyik ulang benda yang sama."mama,nanti naik bas kan,kakak kena duduk & pegang tangan kawan.kalau nak g toilet kena bagitau teacher wani." sebab teacher wani tu guru kelas untuk 5 years.siap lagi dia pesan,tak payah bawak bekal atau botol air sebab teacher kata semua dah sedia dalam bas.ok ok,ye lah,mama ikut je cakap awak 😁.

So,hari trip tu,excited la dia.awal pagi dah bangun sebab dia kata cikgu pesan,sapa lambat nanti kena bye bye.

Cikgu wasap pic dorang beratur depan school nak naik bus.ada 28 murid join and 5 cikgu pengiring.mula tu cuak jugak kan nak lepas dia pergi.ye la kita ni risau kot la dia ralit ke ,atau ter'melencong' tempat lain.tapi,bila tengok cara cikgu jaga budak senang la hati.


Duduk sebelah pie xie,kawan sekelas dia.tu suka la tu.ish,dah besar la anak mama nampak kat sini.soon to be kakak pulak.eryna ni,rasanya kalau dapat adik dari dia kecik dulu mesti dia lagi matured.because at her age now pun,nampak dia very the kakak type.

Pukul 10 pagi,teacher wan bagitau dah sampai Aquaria.kira on time la.pastu dorang masuk theater tengok fish agaknya kot.


Cute giller yang ni.tu la teacher wani,cikgu kelas eryna,untuk 5 years.yang pakai tudung tu teacher wan.i panggil kak wan.she is so niceee..kalau whatsapp cepat je reply.takde la tunggu 2,3 hari baru nak reply.as principal,memang patut macam tu pun kan.baru la mak senang hati nak kerja.sebab tu nanti adik eryna pun akan hantar kat sini insya allah.



Lepas Aquaria,dorang g mekdi untuk lunch.dapat la sorang satu hadiah dalam happy meal tu.

Pastu ,on the way back to kd nak ke choc museum pulak,masing-masing dah terlentok habis.penat la tu.bagus gak depa tidoq sebab lepas tu nak kena p satu lagi tempat.mujur la choc museum tu dekat je ngan tadika.


Kat choc museum,nampak tinggi pulak eryna kat sini.among 5 years memang dia tinggi.dah macam budak 6 years,obviously gen bapak.makan banyak tapi slim.itu bagus.nanti jadi model muslimah LOLs...



Kejap je dorang kat sana kot sebab by 4 pm cikgu whatsapp kata dah sampai tadika.mak pun lega sangat.very organize this trip.cikgu pun dah sediakan tentative and memang on time.next time kalau ada trip lagi boleh la mama bagi permission sebab eryna kan behave.budak-budak ni kalau dengan cikgu dengar je cakap.kita je yang risau lebih.balik tu mulut riuh tak berhenti la cerita dia g sana.

xoxo.
💋

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...