Monday, June 19, 2017

Elisya @ 30 days

As salam.

*This post supposed to be one month ago.Dah siap draft tapi tak post sebab picture tak boleh transfer to lappy.so frustrated.kena log in dekat phone,lepas tu attach gambar pulak from there.



So yeah..cepat nya masa berlalu. Elisya dah dua bulan lah.Tapi,entry ni untuk sebulan lah.try to maintain updating her progress as much as i can so that nanti bila rindu time kecik boleh refer blog jer.sama la macam kakak eryna.



Macam baru je bersalin haritu. Baru je merasa sakit gigil-gigil dekat labor room.tengok dah habis pantang dah.takde perasan pun.sama je pun.tak la merasa nak keluaq rumah.ni la first time keluar after 60 days,tu pun sebab nak cucuk elisya kat demc.bukan tak boleh,tapi malas lah.nak bawak baby kecik lagi kot .kang kalau kena virus ka apa ka,sapa yang susah kan.

Alhamdulillah, Dah 30 hari ni, Elisya ni very easy baby. Siang tido, malam berjaga. Haha. Tengok dari badan yang debab tu rasanya nak 5 kg la kot. Padahal baru sebulan. Hihi.tapi,bila check up ,owh berat 4.2 kg jer.takleh lawan eryna la.sebulan naik sekilo.😄

Elisya tak kena jaundis haritu. Mula tu cuak gak sebab dia darah O, lega la tak kena. Sama macam kakak eryna la jugak, takdak kuning.




Baby senang nak jaga, yang payah nak jaga hati kakak baby. Aduh, dia punya obses tu buat kau kelam kabut. Penyek la elisya kena peluk dengan kakak. Dah tu kalau mai geram tu, macam kena lenyek dah. Asyik la kena marah, aduhai la anak. Pastu merajuk la dia siap dok hiba lagi "semua orang taknak kawan dengan kakak".." semua pun tak boleh".. Pastu kang pujuk sikit, ok la balik. Memang tak boleh tinggal adik kejap la. In second pun macam2 boleh jadi. Tak berani aku nak tinggal dia berdua dengan Elisya. Seriau oii.



Mula-mula nak inject kat KK je sebab free tapi sebab susah nak dapat slot kat KK TTDI ( luar kawasan, kena p KK Kelana Jaya ),last2 kami sepakat p dekat koshi jugak.lagipun dr koshi tu best.paling ku tak tahan gelak kuat dia tu.

Haritu cucuk elisya tak demam.masa cucuk tu dia menangis la,of course la kuat giller.tapi,dah peluk diam jer dia.eryna balik sekolah asyik cakap,kesian adik kena cucuk.amboi,penyayang sangat.tu yang peluk adik macam apa tu tiap2 hari.😝.

xoxo.
💋


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...