Wednesday, June 14, 2017

Detail scan 2d -penting untuk parents buat

As salam.

Waktu eryna dulu, masuk 30 weeks aku ada buat scan 3D.memang jelas la muka dia,sebijik sama.time tu excited nak tengok rupa paras je lebih kan.maklum la anak first.Ingat lagi masa tu baru balik bercuti kat US, time tu nervous jugak sebab 3 minggu kat obersee ,dengan tak p check up semua.bila tengok  eryna bukan main ber gimnastik dalam tu,happy la mak.

Untuk yang second ni,aku decide nak buat detail scan which kita boleh tau keseluruhan organ dalaman macam jantung berlubang ada ke dak,paru-paru,buah pinggang, wether saluran darah tu masuk elok ke dak ke arah organ , bentuk muka, otak ( nak tengok ada ketumbuhan ke tak and adakah tumbesaran normal ) ,and kiraan jari kaki and tangan baby.

Detail scan ni kena buat within weeks 24-26 w macam tu.kalau dah besar sangat tak berapa accurate. Untuk area aku, boleh buat di pusrawi kd.time ni dah 26 weeks 5 days,so macam tak sure boleh ke tak full details.so, sonographer tu ( yang scan tu ) dia kata try tengok dulu.
Sekali,eh boleh pulak sebab size baby ngam-ngam untuk tengok detail.so,dapat la tengok full and menjawab segala persoalan ni.biasa la,ibu mengandung ni dia punya curious tu mesti la nak tau anak dia sihat ke,normal ke.jadi,salah satu usaha kita buat la detail scan.insya allah ,dengan izin NYA, anak yang dilahirkan tu sama macam kita impikan.

Masa buat ni,baby tengah menguap.maybe sebab aku baru lepas makan.hehe.tapi dia bagi kerjasama la so boleh nampak semua.dapat kira semua jari tangan & kaki.dapat tengok otak dan kepala yang normal,dapat tengok jantung yang normal,buah pinggang yang cukup aliran darah,dapat tengok jantina,muka semua dah complete,telinga,mata,hidung,mulut.dalam 30 mins jugak lah.
Aku suka sonographer tu,dia sangat best and peramah.semua dia explain.kalau itu tanda nya apa.kalau ini pulak apa maksudnya.berapa saluran darah kena ada,apa yang abnormal semua dia bagitau.alhamdulilah,macam kakak eryna, semua nya normal.lega hati ibu mengandung.😃.

Rasa macam tak sabar pulak nak jumpa ,tak lama lagi,dalam 3 bulan lebih jer lagi.tak sabar nak cuti 3 bulan hahaha.tak sabar nak berpantang and kurus balik 😜.aku suka actually time pantang ni,sebab makanan healthy jer...

So,untuk moms yang nak buat servis ni,boleh la tengok kat FB 3D 4D 5D 6D Scan and isi borang ,terus pilih masa and set appointment.Kalau nak tengok anak muka lagi jelas, better tunggu dalam 28-30 weeks macam tu.kalau kecik lagi takut tak jelas.macam semalam,aku just buat detail scan jer.yang tu lagi penting.paras rupa tu,since eryna dah lahir,konfiden la muka mesti lebih kurang jer 😁😁...

Untuk semalam, harga RM155 ( RM 5 tu pusrawi punya charge )..dapat free full detail scan tu dalam cd and printed scan.yang ni kaler hitam putih yer,jangan ingat kaler oren pulak .sebab nak tengok detail,kaler mesti hitam putih...kalau nak tambah 3D atau 4D and so on kena add on sikit la duit.kadang-kadang dorang buat promo,so rajin-rajin la usyar page depa.

💋
xoxo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...