LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, January 24, 2017

Mengidam scone cameron highlands

As salam.

Last week saja jalan-jalan carik pasal kat Cameron.lama tak p sana,last was eryna setahun macam tu. Bolatnya dia masa ni,comellll sangat.sekarang dia cakap dia cute.hahaha.konfiden anak mak kan 😃.

So,book hotel satu malam je kat Century Pines through booking.com.cuma tak perasan yang harga stated dekat booking tu exclude GST and charge.Masa kat kaunter ,instead of RM 223 dah jadi RM 260+.ciss betul.lepas ni,kalau travel dalam mesia,better book through Agoda.com jer sebab display actual price kita kena bayar.
Actually,kalau travel oversea, i prefer booking.com sebab price dia better dari Agoda and oversea takdak tax.dah few times la booked thru them ni la first time,tiba-tiba kena extra pulak 😤.





Cilok dari website je.macam ni la lebih kurang bilik,luas and selesa.yang penting ada bath tub untuk eryna berendam.dia dah berzikir ja nak swimming.maklum la haritu belikan new swimming pad tu dia dah excited la.cakap kat dia,cameron sejuk la,mana da swimming pool.berendam dalam tub sudah.


Gambar cilok dari website restoren



Tak jem langsung,smooth ja.hujan renyai-renyai tapi ok ja.best.sebelum exit tapah nak naik cameron, singgah makan kat restoren sungai klah ( exit sungkai ye ) makan nasik bamboo.ok-ok ja la.konsepnya berhidang seperti di rumah.amik makanan letak dalam talam,pastu bayar.haritu ambik kerabu pegaga,gulai kawah,set ulam,ayam bakar bunian seketul,ikan talapia bakar sekor and sayur dalam RM25 kot.




Nasik bamboo tu.overall ok jer to my liking.sebab lauk tak berapa panas kot.boleh la try.tempat luas and parking pun senang.cuba dulu,maybe preference kita tak sama.ingat ye,exit Sungkai,lepas toll amik kanan ,jalan sikit dah sampai.pakai waze confirm jumpa.

Aktiviti kat Cameron takdak apa pun.lebih to rileks ja.sampai 630 pm,terus check in,then malam makan steamboat.new happening place, steamboat and grill tanah abang.parking luas,dekat ja dengan century pines ni.beria guna waze,tak sampai 5 mins dah sampai.hujan malam tu,sedap makan panas-panas.





Ni pun cilok dari FB taman abang buffet steamboat & grill.tema harini,semua pic cilok.sebab tak dapat detect files dari kamera.ramai orang ,full house.dewasa RM 35 per pax,budak bawah 6 tahun kot free.eryna makan bihun punya la banyak.suka dia hirup panas-panas.ada banyak choices macam lamb,chicken,seafood,sayur,nasi lemak,nasi goreng,bihun goreng,bubur,buah,ais krim and air ada la dalam 5 jenis termasuk kopi panas.kalau yang makan banyak memang berbaloi.

After kenyang,balik bilik jer sebab hujan.sedap jer mentidoq lepas tu.buffet breakfast dekat century ni tak best langsung.limited choice,best lagi strawberry park resort.
Check out at 12 pm and p makan scone kat KHM Farm kampung sedia.try la p sini.quite nice place,jalan sempit sikit.scone dia sedap.tapi scenery takleh compare bharat tea la.cuma sebab dah penah makan scone kat situ and for me tak sedap,nak try tempat lain pulak.





Sangat sedap and recommended.set ni harga RM 17.pastu beli strawberry 3 pack dip dengan choc.malas nak singgah Kea Farm sebab eryna dah mengantuk.hujan memang sedap tidoq.

Nak balik kl pun smooth ja.pukul 3 pm gerak,dalam pukul 7.30 camtu after few stops kat R&R.
Sekali sekala buat weekend escapade ni best jugak.

💋
xoxo.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...