Tuesday, August 30, 2016

Progress after sebulan tadika

As salam.

Bulan ni,kira sebulan la eryna masuk tadika.actually, under same management pun dengan owner taska yang eryna dok p dulu.lepas tu,awal tahun ni,depa bukak tadika.kira nya kawan-kawan eryna yang masuk awal tahun haritu macam pioneer la.

Eryna pulak,join lambat .kalau ikutkan,tahun depan baru nak enroll tapi sebab haritu,masa taska renovate, budak yang umur 4 and 3 tahun ( yang tak join tadika ) kena stay kat tadika.sebab taknak dorang kacau barang constructions.dalam 3 minggu jugak la kat sana, tapi bayar still harga taska la.

Bila dah kat tadika,confirm la eryna takmau join taska.dia dah demand nak masuk tadika.masa tu,cikgu dah bagitau,renovation dah siap,so dah boleh hantar semula ke taska ( tempat lain-lain ).dah tanya eryna,ok tak masuk balik taska,dia keep on saying " eryna tak nak.eryna nak belajar dengan kawan-kawan"..owh,sudah la pulak.

So,after discuss,tu yang hantar lepas raya tu.bagus nya,kalau dulu p taska,bangun masam-masam terus hantar.nanti taska mandikan.tapi,dah masuk tadika,excited la pulak.bangun mandi awal pun ok,pakai uniform.walaupun ada hari memang ada drama ( sebab ngantuk nak tidor ),tapi pujuk cakap besfren dia dah bangun,so bangun la jugak dia.

Just nak share ,perubahan yang sangat bagus,selain dari aktiviti biasa ( menulis ,coloring,arts ), eryna dah boleh baca al-fatihah dan surah tiga qul sendiri.dengan lancar ( insert : pelat budak-budak ).kalau sebelum ni,memang dia boleh baca tapi kena mama ikut,now ,suruh baca,konfiden sampai habis.alhamdulillah,..happy sangat dah.doa makan ,doa tidur tu dah pass lamaaaa dah yang tu.

Mungkin ada orang anak depa dah terror hafal and baca banyak surah.untuk aku,ni pun dah cukup proud sebab nya ,kalau harap kitaorang ajar,entah bila la dia nak pandai.ni sebab hari-hari kat sekolah dorang baca.so,dia pandai sendiri.




*Gambaq takdak kena mengena sebab sampai hari ni memang susah nak amik pic dengan baju sekolah dia tu.ni aktiviti weekend.sekarang dah berani mandi kat kolam dewasa sorang-sorang.kalau tidak,asyik meraung mintak pegang belakang sebab gayat.now,dah berani terjun sendiri.swimming tu belum la,hahaha.kena pakai float gak.*


Lepas tu,minggu lepas kot,time sembahyang,tiba-tiba eryna join. dah la dengan tak pakai telekung,selamba ja solat dengan baju tidoq.pastu dia baca kuat-kuat ok.sambil sembahyang,mama kau pun emo sebab rupanya eryna dah pandai baca "takbir ratul irham" ,baca doa sujud and duduk antara dua rakaat.sobs sobs..emo sebab tak perasan anak dah pandai sendiri.so,cakap dengan abah dia,we should start teach her muqaddam.sebab dulu,i masa kecik ayah and mak yang ajar.naik quran baru berguru dengan tok guru.

Abah dia pun ada belikan muqaddam,tapi tu la,dah seminggu,dok ulang alif sampai ya je la.haha.kitaorang pun tak reti macam mana nak ajar betul nya.eryna pulak dia banyak main-main time dengan kitaorang.dia tau dah baca semua tu,cuma now nak ajar la , alif atas a, alif bawah i, alif bawah u,a i u..gitew.so far masih fail..rasa nya nanti tau-tau eryna dah naik quran.hewhew..

Alhamdulillah,sebulan kat tadika,nampak perubahan banyak.bab study tak payah kisah,sebab dia memang obses buku dari kecik.cuma now,tengah ajar dia english sikit-sikit.tapi for me,that is not big problem at all sebab budak senang pick up.dari channel tv pun dia dah boleh ikut.aku dulu pun,takdak pun nak speaking kat rumah,tapi masuk darjah 4 ,ayah hantar personal tuisyen english ,memang cepat ja dapat speaking and tulis.yang tu tak risau sebab kita sendiri boleh guide..cakap hari-hari pandai la dia..yang agak cuak bab agama jer la.mintak-mintak tu ustazah boleh la guide elok-elok.maklum la,nak harap mak ayah ni,harusssss..+_+.

Apa-apa pun,i am so happy for the progress.kalau ikut abah dia,nak kena hantar p mandarin kelas sekali,tapi tak tau la lagi yang tu.for fun boleh la.add knowledge.see how nanti next year.

xoxo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...