LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, August 2, 2016

My first ever open house ( small jamuan )

As salam.

Sempena raya yang bakal habis, haritu last sunday,ada buat makan-makan kat rumah sikit.jemput keluarga dan jiran.kawan-kawan tak dapat invite banyak sebab rumah kita kecikkkk jer.kalau ikut hati nak buat jer kat pool,tapi kalau kat situ kena buat besar-besaran baru la berbaloi.

So,yeah,masa decide tu pun ,kisah nya ada few friends request to me personally dorang nak datang beraya.i pulak jenis,kalau sapa nak beraya atau datang rumah,jemput ja.nanti i masak la apa-apa.gitew.tapi,dah 5 orang nak datang beraya and different set of frens pulak,so we decided,ok la buat lebih sikit tapi extend to family.sebab family ( mak bapak sedara, sepupu,adik beradik ) pun ramaiiii dok key ell.memang penuh la rumah kita yang kecik comel tu.




Kebetulan hari sabtu, club house kat my apartment ni ada buat open house.harus la pegi,so far tak pernah miss.kali ni ada clown and face painting.eryna awal-awal dah turun dengan abah dia.ok la jugak so that dia tak kacau nak masak.
Menu haritu, nasi arab,kambing golek,nasi dagang,satey,kuih muih ,bihun.tapi dapat makan nasi arab jer.satay queue punya la panjang.mujur la dah puas makan satay waktu p open house.


Menu untuk masak kat rumah pulak :

Nasi kuning utara style ( my mom punya resipi ) -ramai kata sedap.kembang kita oiii...
Ayam goreng berempah
Telur rebus & ikan bilis
Sambal

Spageti Bologneise

Nasi impit & kuah kacang

*semua masak sendiri.ayam berempah kakak ipaq tolong goreng. :).

Dessert : ( semua order ,cuma kuah kari terpaksa buat semula sebab kuah kari dia bagi giller cairrrr, .i tumis semula bahan and masak kari ,my sis in law tolong kupas kentang...so, i kira ni pun i masak la.kuah yang ada tu ,cuma guna sikit jer.last-last pejam mata terpaksa buang sbb tasteless. :) baru la umph,,ni pun ramai kata sedap nya kari.ehek ehek.kembang lagikkk. :D

Brownies
Roti jala kuah kari
Bingka ubi
Talam berlauk.

Hari jumaat goreng ikan bilis and rebus telur.sabtu pulak,pagi tu kupas bawang segala tok nenek dulu.pastu pukul 12 turun lunch kat club.lepas tu masak kuah spageti,sambal untuk nasi and kuah nasi impit.agak marathon and mengejar masa sebab nak kena p 2 open house lagi.

Lepas dah settle siap p open house,sampai rumah dah pukul 10 pm.terus sambung rebus spageti and nasi impit.so that hari ahad tak yah kelam kabut .cuma masak nasi minyak atau nasi kuning ja.




Macam ni la susunan kalau rumah comel.tolak meja ke tepi,kerusi kat hujung,nanti pandai-pandai la duduk yer.bilik tengah tu,letak semua mainan eryna,so budak-budak datang,korang duduk la dalam tu.





Sebelum orang sampai,amik la dulu pic.lepas tu,dah start tetamu mai,memang tak sempat dah.tetamu start mai pukul 12 tengah hari ,sampai la ke malam.orang terakhir tu jiran depan rumah la.sebab depa tengok ramai orang,so depa tunggu sampai malam.




Roti jala and spageti.kuih muih yang sedap tu tak sempat snap sebab orang dah start datang.yang penting semua puji sedap and habis.kuih tu order dari my good fren.spageti rebus 2 plastik,alhamdulillah habis,jiran yang datang malam tak sempat merasa.tapi,i goreng ayam panas-panas,banyak gak depa makan nasi minyak tu.




Menu utama ,nasi minyak.actually nak buat nasi lemak tapi hasben tak berapa suka.dia yang request nak nasi kuning ni.nasi ni mak selalu masak buat bekal time kami balik kg.
Tengok balik,wah tak sangka aku rajin memasak sampai 3 jenis hidangan..,hihihihi...




Sempat wasap tunjuk gambaq kat mak.hahaha.sebab ikut resipi dia.mula-mula nak buat terus dalam periuk besaq,tapi tak konfiden takut tak masak ka atau hangit,so mak kata ,masak ja dalam periuk elektrik ,buat 2 kali.untuk sekali masak ,i masak 10 pot.kira nya 2 kali masak,haritu i masak 20 pot ( atau 20 cawan beras  :)....





Masa tengah kecoh.time ni pukul 4 pm.semua ni family ja pun.sebab tu i cakap,rumah comel cam i ni memang tak boleh mix family and friends sebab tak muat.mujur tak datang serentak.kira nya flow cantikkk jer la.rugi nya tak amik pic.ni pun kazen yang amik share dalam grup.

Alhamdulillah,so far semua yang kita invite,semua datang.
Lauk pauk yang masak dan kuih ada sikit jer balance.macam roti jala ada balance sikit.nasi impit ok la simpan untuk eryna.yang lain semua settle.insya allah,lepas ni mungkin buat lagi,ajak kawan-kawan yang tak di invite hari tu.

Dulu asik tak berani nak buat sebab hasben selalu fikir rumah kecik leceh.haritu bila kira-kira dalam 30 orang jugak yang datang ( budak-budak tak kira ) ,and mungkin sebab tak datang serentak ,so tak penat and kita boleh sembang-sembang.atau kalau ada bajet lebih,boleh buat bbq kat pool pulak,tapi tu la,maybe kena buat within family dulu.lepas tu baru boleh invite friends...

xoxo.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...