Wednesday, August 17, 2016

Hotel di Osaka dan Tokyo

As salam.

Sambung entry Japan yang tak abis ni :). carca marba dengan entry Munich and Salzburg pulak.
Untuk rujukan diri sendiri sebelum terlupa.

Nak cerita , untuk pilihan penginapan,boleh decide nak duduk hotel atau apartment.untuk apartment boleh book di airbnb.kalau hotel, boleh book dari booking.com atau agoda.com. senang sebab agoda or booking ni boleh kansel at least one day before arrive without charges.so,kena rajin la tengok harga tiap-tiap hari.
Sekarang ni dah senang sangat, install apps jer kat phone.lepas tu,hari-hari tengok harga hotel.yang penting,book dulu mana-mana hotel takut fully booked.kalau tetiba terjumpa hotel lain yang lagi murah and reasonable ,boleh jer book yang baru and cancel yang lama.takder penalty apa pun.

Hotel Tokyo :

Macam kami,mula-mula try nak merasa duduk airbnb ,tapi host tu tak reply.ada jugak goggle, jumpa muslim homestay ,boleh search kat FB : Hazani's Homestay.cuma,harga agak mahal around RM500+ per room ( shared kitchen and bathroom ) ,kalau duduk lebih dari 3 orang agak berbaloi stay situ ( sebab time tu bilik yang available muat utk 4-5 orang ).
So,depends la berapa bajet sebab kat Jepun ni especially Tokyo harga tak murah tau.


image : goggle


Kami bajet around RM350 per night untuk accommodation.last-last jumpa jugak hotel yang kira ok.tapi bukan la di town Tokyo, tapi di area Shinjuku.still tak la jauh ,kalau naik train tu,dalam 3 stesen camtu je kot.actually, untuk pilihan hotel,tak semestinya duduk di Tokyo saja.boleh gak pilih untuk stay di area town/main attraction area macam Shinjuku, Asakusa, Shibuya sebab easy access train.semua train ni akan lalu jugak dekat Tokyo.

Sometime, ada tempat tak payah p Tokyo station.contoh : kami naik metro dari Hatagaya station ke Shinjuku.dari Shinjuku terus ja p mana-mana tempat without stop atau tukar train di Tokyo station.selalu di Tokyo station agak crowded.nak balik Osaka pun,kami naik train dari Shinjuku.

Sebab dah last minute ,so decide book hotel di Sakura hotel hatagaya. terus book untuk 4 hari ,total RM 1,400+.ada orang rajin tukar-tukar hotel,tapi entah la,malas pulak bila ada budak ni nak pindah randah.



image : goggle


Masa mula sampai,alahai,rasa nak nangis ke apa tak tau la.bilik kecik giller,haha.katil queen ,ngam-ngam masuk pastu terus kena loncat ke katil.nak solat satu hal.oh ya,hotel ni ada sediakan surau,so actually boleh ja p surau kat bawah.

Ni la bilik kami dapat tu,kecik sangat,letak dua bijik luggage dah penuh bilik.haha.mostly kat japan ni macam tu la.bilik besar confirm la mahal.

Kami try tukar bilik , nasib ada bilik kosong yang besar,tambah lagi 1000 Y per night, tapi dapat untuk 3 malam ja,hari ke empat ada orang book terpaksa la duduk sini balik.mujur la sehari ja.huhuhu..
Yang ni selesa sikit,ada big space boleh solat.dapat 1 queen and 1 single bed.ada cafe kat bawah boleh pilih nak amik breakfast ke tak.kami tak amik pun,sebab kat stesen train boleh beli sushi and nasi kepal tu.murah ja dalam 110 Yen.rajin-rajin la bertanya bab nasi kepal tu dalam ada apa.kami selalu amik fish and vege.kat packaging pun ada sticker gambar.kalau salmon and vege senang nak cam,tapi kalau tuna tu agak tricky sikit gambar dia,so sila la bertanya tanpa was-was.
Cashier boleh cakap and faham english sikit-sikit.




So yeah,walaupun kami p jalan-jalan outside from Tokyo ,antara nya ,main salji di Gala Yuzawa , jumpa Elsa di Disneyland , dan menjejak Mount Fuji kami tetap akan balik semula ke Tokyo.tak tidur kat any of the places nearby pun.like i said,malas nak heret luggage sana sini.

Hotel di Osaka :

Untuk hotel di Osaka pulak,since kami beli JR pass, so,the main stop will be at Shin-Osaka.station ni lagi besar dari Osaka.insya allah takkan sesat ,yang penting pandai baca map.

On the last day aku p jalan sorang-sorang sebab hasben kena gout,tak sesat pun...jumpa ja jalan pulang ke hotel .hehe.kalau silap naik train jangan panik, terus turun ,bertenang sat,and cuba cari laluan semula ikut warna laluan dalam map.

Di sini,kami stay di Osaka Garden Palace .hari pertama and hari ketujuh sebelum balik key ell.
Harga around our bajet, book dari booking.com.




The reason pilih hotel ni sebab ada provide shuttle from train Shin-Osaka station.walaupun jarak hanya 1km dari station,tapi ada shuttle ok.yang penting tak payah jalan.penat kot dah seharian berjalan pastu nak kena menapak balik hotel.taxi dah la mahal.naik shuttle tak sampai 5 mins dah sampai,punctual pulak tu,jalan tepat masa as per schedule.

Bilik selesa and agak luas.toilet kat japan ni takleh buat apa la,memang masuk, terus nampak jamban duduk ,yang tak tahan tu,bilik air kecik takpa,tapi nak kena ada bath tub.syok la eryna berendam.so far both hotel pun ada hose jamban.hihihi..penting tu :).



Lobi hotel ni memang besar and nampak grand la.kira ok la dapat harga camtu.cuma kawasan sekitar takder apa sangat.kami pun tak lama kat Osaka,just datang lepak tidur jer.ada la kedai makan halal satu ( indian restaurant ) ,family mart and pharmacist. kalau nak p Shinbaishi ke, dotonburi ke, kena naik subway....tak jauh pun,subway ni pun dalam Shin-Osaka station jugak.

As i said, penginapan ni ada orang tak kisah,boleh ja amik shared bath room ke.lagi murah.tapi,aku pikir nak kena pakai tudung kuar masuk bilik.nak pulak kalau eryna nak terkencing selang sejam.haruuuu.dia kan dah diapers-free.so,untuk family,kena la budget lebih sikit.nak kata mewah tu tak la,kalau nak ikut rate, hotel ni taraf 2-3 bintang ja.

So,habislah segala info untuk trip  Jepun.rinduuu nak p lagi.memang ada plan nak ke Osaka semula.sebab tak puas sekejap sangat kat sana.oh ya,nanti la,share pasal JR pass,macam mana nak beli,how nak guna and apa yang best pasal JR pass ni.

Boleh baca archive Japan kat SINI .

xoxo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...