Wednesday, July 20, 2016

raya cara kami

As salam.

Sebab entry raya mesti ada tiap-tiap tahun, so,buat jugaklah untuk tahun ni.supaya ada kenangan sendiri.baru tau,ooo tahun ni baju kaler biru rupanya.gituuu...

Tema baju tu,bukan kemestian pun.tapi,since setahun sekali ja pun tailor baju (most of baju beli online ja ) ,bila hasben offer nak bayarkan kain masa dia carik kain baju melayu kat Jakel tu,so i on jer la.lagi bagus.

Agaknya tengah in kot ,design pucci inspired tu kat Jakel.cantik and nampak kelas gitu.cuma,yang tak best nya,sehari lepas aku beli,singgah modvier,tengok ada brand mana entah,design yang sebijik sejebon tu la dia buat kain lengkap sepasang.uhuk uhuk..ni lah dia malas nak beli kain corak-corak sebab kalau sama dipakai macam krik krik krik sangat.kalau kain kosong sama kaler still ok lagi,boleh lagi buat muka seposen,tapi kalau corak sama,rasa macam nak balik rumah salin baju time tu jugak,hew...hew...

Tahun ni turn rumah sendiri ataupun #teambalikperlis #teamrumahsendiri gitew.suka betul orang hashtag ni kan.hehehe.kami takdak masalah pun sebab kampung tak jauh.so,jumaat dah gerak balik.sabtu bukak rumah parents.ahad & isnin berbuka rumah mertua.selasa balik semula sebab rabu dah raya #yeay #yeay.

Raya rumah sendiri of course lebih happening sebab kami suka bersembang dan riuh.kalau rumah mertua ala-ala krik krik sikit sebab depa pendiammmm banyak.baru la merasa meriah beraya bila bising hiruk pikuk.hiks.malam raya tu makan sup gearbox ,nasi tomato and daging.yumssss...

So,on first raya my sis masak bihun sup with sup gearbox tu la.daging fresh baru sembelih..aduhhh sedap sangat.lepas tu  singgah rumah mertua sat beraya.pastu pusing balik rumah.macam la selalu nya pun.pindah randah macam nomad.






Posing pagi raya.ni la baju yang ada brand jual jadikan skirt tu.tapi,so far belum jumpa lagi orang pakaid design ni.so,legaaa ahkak +_+.eryna baju tailor jugak.kain tu masa beli kat jepun.ngam-ngam ja sebab depa jual 2 meter.tu pun nasib dia nak pakai sebab design rabbit.i have few pcs kain beli kat japan haritu still tak antar tailor.nak buat blouse ja nanti.




Our little family.still "strong" and "storm" at three.banyakkkk gila pancaroba ,tau-tau dah 5 tahun dah.eryna pun dah nak masuk 4 tahun.orang pun sibuk tanya bila nak tambah adik.eh,sibuk la kau,at least takdak rezeki anak ( which we lost last year ), dapat rezeki lain,contoh : rezeki holiday and rezeki tak kepoh pasal urusan orang lain.LOLsss... :).

time ni eryna buat perangai menangis nak apa entah.malas aku nak layan.kejap ok,kejap tak ok.tapi,time orang bagi duit raya,elok pulak dia.+_+.





Kami adik beradik 6 orang termasuk anak sedara baru,baby afiya.tahun depan ada lagi sorang menyusul,insya allah.





Family belah ayah pulak.tapi ni baru 2 family.kalau campur semua adik-adik ayah ada lagi ni.tak cukup ruang nak masuk kamera.





Dengan sepupu-sepupu.kebetulan tahun ni sama-sama ber neelofa and baju pulak nak dekat sama.hiks.terserlah drumstick aku di situ.harapan nak kurus semakin menipis.

Itu jer la cerita raya,setiap tahun hampir sama.yang penting dapat berkumpul dengan keluarga.kami balik ke kl semula hari isnin,jalan pun tak berapa jem.dengar-dengar yang balik sabtu & ahad kematu habis duk dalam keta...mujur jugak dapat cuti,dah la baru ja cuti tak sampai 2 minggu.tapi,kalau tak dapat cuti sampai isnin tu,memang dah plan kena gak emergency leave.tak sanggup cheq nak hadap jem woh. :).

So,dah start puasa enam ka.alhamdulillah,i dah masuk hari ke 4 puasa,ada lagi 4 hari sekali dengan puasa ganti.teruskan jer la alang-alang puasa.nanti kalau lama-lama tunggu nak dekat puasa tahun depan baru sibuk nak puasa.

xoxo.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...