Monday, July 25, 2016

Eryna first day tadika

As salam.

Awal tahun hari tu dah decide, umur 5 years baru nak hantar p tadika.so,maintain la eryna dekat taska until la seminggu sebelum raya ,cikgu suruh tumpang tadika pulak.tadika tu tak jauh dari taska lama.sebab taska lama tengah renovate,jadi budak-budak yang 3-4 yrs ni cikgu mintak tumpang tadika.

So,bila dah lama kat tadika,and jumpa semula bestfren dia,eryna demand nak join tadika.dia kata,nak study.wah,rajin sangat ,siap balik rumah asyik belek buku and coloring.dia asyik cerita,kakak darina ( her bestfren tapi beza setahun ) masuk kelas,ada buku,baju cantik and etc etc.itu jer la.

Then,kami pun tanya dia betul-betul if she really serious nak g school.dah serupa tanya gaya macam nak masuk uni pulak.padahal....yer la,kalau boleh nak dia enjoy jer her age tu.skang ni kat taska tu,ala-ala playschool ok jer dia.dah boleh hafal few surah,abc dah kenal lama dah.cuma,notice la eryna kata dia boring,so dia nak belajar.gitew....rajin sangat ..semoga terus la semangat kerajinan tu.

After giving a thought,so we decided to enroll her.kira start school august 2016.takper la,tak lama lagi dah nak masuk 5 yrs pun.yuran register RM 1,150.monthly RM 550.kira still ok compared to other tadika ,ada lagi mahal...student pun ada 30 orang jer.cikgu ada 3 orang and 2 orang helper.tadika ni baru set up,sister company her previous taska,yang penting kenal owner and eryna happy p sekolah.and let's see her progress next year.




This morning mengamuk pulak tak nak pakai school uniform.haritu bukan main excited masa cikgu bagi baju tu.tak sabar-sabar.dah pujuk ok pulak,tapi still tak nak amik pic.eleh,ada ku peduli,harus la ambik banyak-banyak put here.so,that if u able to read this later,u will know how 'sweet' you are.





Ambik banyak-banyak.muka bengang.haha.baru ja plan nak snap together.ish,geram..tunggu la esok kot dah ok sikit.monday blues la tu.






Belajaq rajin-rajin na.yang penting eryna happy and tak stress dah cukup for us.we always pray for your happiness and success. :).dah pakai elok-elok sibuk lagi dok menyusu botol tu.lepas ni nak train guna cup pulak.saja tu bukan takdak beli pun.





Btw,yang ni during her open house on friday.after open house dekat office,mintak balik awal nak join the open house.punya la excited,mama sampai pun tak perasan sibuk dengan kawan-kawan.





With her besfren, darina.nampak ja macam tak cakap,tapi lepas tu masing-masing ha,buat sepah kat school.bukan main lagi depa berpakat.haritu pun dapat jumpa mama darina,dia pun dah kenal eryna.mana taknya,anak dia pun asik sebut eryna ja kat dia.





Seronok ambik moment macam ni,nanti depa dah besaq,rindu nak tengok balik.dulu-dulu,zaman tak canggih macam sekarang.tapi tu pun dapat tengok pic kita zaman dulu sebab mak ayah kita pun macam kita,excited anak-anak masuk sekolah,cuma depa tak dapat nak upload ja..as parents,semua pun nak yang the best kan.so,tak kisah la hantar anak kat mana pun,jangan la kita pertikai.yang penting anak selesa sebab yang nak face through the challenge pun budak-budak tu,kita as parent,cuma boleh tolong guide and advice.apa-apa pun,semoga Allah sentiasa lindungi anak-anak kita semua :).

xoxo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...