LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, May 24, 2016

Weekend sushi

As salam.


Dah lama nak buat sushi sendiri.haritu p daiso nak beli roller buluh untuk gulung sushi tu.tapi dah habis.so,tergendala la kejap plan tu.beli sos untuk dip sushi tu kat daiso.
Pastu,bila entah,dah ada stok kat daiso,so semangat jepun kembali,beli la yang besar sikit.dulu masa kat uni pernah la buat sushi ni,tapi since masa tu student korea yang ajar,nama nya bukan sushi.korean panggil kim bap.bagi depa ada beza sushi dengan kim bap which kalau aku tengok macam sama jer pun.





Bahan semua ada,so weekend haritu nak bersushi night.nampak macam ringkas,tapi ambik masa la jugak nak settle kan semua bahan.nak kena tanak nasi dulu ,pastu siap kan bahan-bahan.haritu just goreng telor,potong timun jepun,masak tuna and sotong.


Untuk beras, beli la dekat mana-mana pun ada.janji beras sushi.kalau beras biasa mesti la nama lain jadinya,bukan sushi dah tu.ni beli dekat giant,peket kecik camni dah RM10.masak 2 pot dalam periuk nasi biasa.memang nak buat lebih so that boleh ulang makan.eryna kan pencinta sushi.




Susun la elok-elok sebelum nak roll.gigih la sebab nak amik gambar punya pasal susun lawa-lawa.yang hitam kat belah kiri sotong terayaki kata nya.nampak burnt tu sedap sos dah caramelised.rasa sedap woooo...






Susun macam ni.seaweed letak atas bamboo wrap tu.nasi tu lenyek-lenyek bagi ada space sikit.and make sure nipis jer sebab nanti susah nak roll.kang melimpah-limpah keluaq sushi tu jadik benyek.letak apa-apa kau suka.kalau ada telor ikan kecik-kecik tu lagi best.mana la nak jumpa kan.




Yang ni telur,timun and mayonnaise.roll nya dari hujung ke hujung.lepas tu potong dengan pisau tajam.baru la nampak cantik dan sekata.yang hujung-hujung tu lagi best makan sebab seaweed lebih :).



Ni sotong teriyaki grill yang nampak menakutkan tapi lazat ooo.sos teriyaki tu buat sendiri ( kicap + madu ) ,masak lepas tu grill la sotong tu.jangan lama nanti rasa pahit .




Taraaa..dah siap rolling.untuk 2 pot beras ,banyakkk la juga sushi ni dapat.eryna tak dan nak habis roll asyik ulang mai dapur nak makan sushi.ada la dalam 8 ketul dia makan.suka sungguh.sebab tu p jepun haritu senang.pagi sushi,petang sushi.sebab nasi kot.makan kosong pun dia ok.

Dah siap sushi ni,lagi best kalau ada miso soup and green tea.aku tak dak la miso soup.tak berapa rajin dah.nak buat sushi ni pun ambik masa berejam.lepas ni kalau roh rajin datang,boleh la ber sushi lagi.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...