LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Friday, May 13, 2016

Sotong goreng tepung

As salam.


Sekarang ni kalau weekdays dinner ,kami dah agreed makan yang very simple saja.kalau dulu masak beria siap 3 jenis complete lauk berkuah and sayur segala,sekarang dah down grade dengan pilihan samada ayam goreng kunyit atau teloq goreng jer.sometime masak pasta or mee/bihun.punya la rajin oiii.dah tak berapa rajin la malam nak masak beria.makan,pastu tidoq,mana la tak overweight.bahaya la.orang lain malam-malam zumba la,pilates la,i malam-malam makannnnn jer.maklum la,dah kita masak,takkan tak makan pulak.hihihi.

Btw, hasben pun jenis tak kisah.janji ada makanan.lagipun ,macam la siang tak lunch kan.malam tu ibarat lapik perut jer.kadang-kadang buat roti teloq ja pun.eryna lagi best.makan nasik dengan kicap.kalau kena dengan paksaan,boleh la makan scrambled egg.reason being ,kat skool dah makan sayur.sabaq jer la.

So,hari tu hasben beli sotong dalam 8 ekoq.besaq pulak tu.dah asing siap-siap, 2 ekoq sekali makan.kami berdua ja pun.sekarang kan musim candat sotong,so dia kata murah and besar.
Usually,barang basah hasben yang belikan.dulu,ada abang kawan dia datang antar stok ikan,ayam kat opis.now,orang tu dah bukak restoren ,so tak dapat la fresh supplier.kena p pasar malam dekat rumah ni la.again,bukan i pegi la.i list down jer stok utk 1-2 minggu.

Laki pulak jenis kalau beli tak reti beli sikit.macam kan dalam rumah ada 4-5 orang.kadang-kadang sayur layu macam tu ja.so,sekarang dah set, ayam wajib ada dalam fridge,yang lain macam udang,sotong,ikan selang-selang.oh,lagi satu,teloq wajib.

Bawak keluar 2 ekoq sotong buat goreng kunyit and 2 ekoq lagi buat goreng tepung.masak sendiri memang puas hati.dapat banyak pulak tu,makan sampai lebam.yang penting sedap dan bersih.ehekkkk :).





Guna tepung ni.beli kat padang besaq masa balik kg haritu.RM2 per packet,guna tepung ni tak payah la nak bancuh tepung sendiri.actually,kalau bancuh sendiri tepung lagi jimat.sebab packet kecik ni dah sama harga dengan 1kg tepung gandum kot.saja nak try.asal nya beli sebab nak buat pulut ayam...eh,nak buat pulut ayam la malam ni.terliuq pulak.kat perlis glamer la pulut ayam,masakan style orang siam.nanti i share resipi if jadi.





Sedap and rangup guna tepung ni.just rendam telur,pastu salut tepung and goreng dalam minyak panas.cepat masak and less oily.tips  untuk goreng yang sekata and tak melekat,minyak kena betul-betul panas.bila betul panas,kita masak apa pun,akan jadi sedap.yang penting sotong goreng tepung bukan tepung goreng sotong yer.stress kalau order sotong,yang dapat cucuq sotong.macam makan tepung ja.

Well,esok cuti kan.happy weekend :).
Eryna semalam macam demam sikit,suruh dia pakai wet socks,pastu jeram sikit kepala,pagi ni dah ok sikit.still demam tapi hantar lambat sikit p taska.as long dia tak merengek and makan ,minum pun ok,i am not worried much.of cos la risau,tapi orang kata ,takda la kita nak masuk opis pun tak boleh buat kerja,mujur esok cuti,dapat la rest betul-betul,no shopping malls for tomorrow +_+.


xoxo.


1 comment:

Zie Azi said...

dah banyk kali cuba,asik tak jadi je.main bantai je guna tepung ape2 tah hahah
nampk sedap sutun tu hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...