Wednesday, May 25, 2016

Melawat kucing kat Purradise Cafe TTDI

As salam.

Dasat kan sekarang ni.kucing cafe dah jadi satu trend.banyak dah cat cafe yang bukak kat area kl and selangor ni.tak tau la ikut trend dari luar ke camna.as far as i know,korean yang start dengan cat cafe and msian yang pernah p sana bawak balik the same concept to msian.kalau tak,agak nya susah kot msian nak terima cafe yang nak tengok kucing pun kena bayaq.hebat la kucing-kucing tu,duduk ber ekon kan.

Eryna suka kucing, but i am opposite.bukan la tak suka,kalau ada nampak kucing,boleh ja nak main belai-belai.tapi bukan untuk di bela.dulu rumah mentua ada kucing tapi pastu semua dah mati kena langgar .abis tu,rumah depan jalan raya,kucing pulak kerja merayap,tak sempat lintas jalan,dah mati kena langgaq.kalau balik kg,eryna suka la main.sampai lunyai kucing tu dibuatnya.

Weekend bila entah,ajak p main kucing.goggle tengok ada few places,tapi yang dekat tu dekat TTDi la.haritu ahad,ada pasar malam.jenuh pusing cari parking.mujur jumpa.kalau dak,balik jer la.boleh waze jer Purradise Cafe.located atas speedmart.





Welcome to cat cafe.suka la tu cik mek ni.tersengih-sengih nak main dengan cat.entrance fee RM15 per hour dapat free drink.boleh pilih ada coffee or juice or milkshake.budak below 3 is free.eryna kena charge la sebab dia dah 4 years.so,air kami pilih premium coffee and juice for eryna.




Kucing ni macam kekwat sikit la.kucing bandar la katakan.padahal stray cat jugak ni.bukan la kucing-kucing luar biasa.cuma dah dijaga elok,bulu pun sihat jer la.masa kami sampai ,semua kucing dok tidoq.pemalas sangat engko yer.





Tempat ni luas jugak.and of course bersih.boleh lepak-lepak santai.ada banyak bean bag buat duduk.buaian pun ada ha.kucing tu macam ambik masa sikit nak mesra.ajak main pun muka ala-ala jer.eh,jom la bangun,dah la bayar mahal ni.rugi jer tau :).

Eryna syok dia terjerit-jerit ligan kucing.masa kami sampai ada sorang customer ja.lepas tu makin lama makin ramai pulak orang.sambil main tengok jam satgi terlebih masa nak kena bayaq lagi.hehehe.



Bukan tau takut budak ni.makin dia galak kacau kucing tu ada la.nak-nak kucing tu jenis manja.dengaq suara dia saja kat dalam tu.lama sikit agaknya kucing tu stress asyik kena kacau,dia pun layan la eryna.haha.muka terpaksa kena paksa main ball.





Overall ok la,sekali mai tempat macam ni.kalau pencinta kucing suka la kot tapi tak banyak sangat pun kucing dia.ada dalam 10 ekoq or lebih sikit.tak sure,sebab tak berapa nampak kucing.especially bila orang tengah ramai.hahaha.

Abis time 430 pm,kami pun balik.yang penting eryna hepi.lepas ni,mau nak main kucing,balik kg jer la.bersepah-sepah kucing boleh jumpa.free pulak tu.hehehe.




Ni perangai paling elok dia.suka sangat kalau amik gambaq buat muka.ni salah satu.ha,biar dia tengok nanti muka dia gini.suka la dia bila tengok,terkekek gelak .ciss.


xoxo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...