Sunday, May 29, 2016

Day 6 : Back to Osaka ( final day )

As salam.

*Laterpost

Hari ke 6.dah nak balik esok nya.tak cukup la 6 hari.patut nya stay 10 hari ke atas.kalau setakat p Tokyo saja memang cukup la.tapi since kami nak ke osaka, dah ambik masa kat situ.
Awal pagi dah check out hotel.malam tu pun dah berkemas sebab target nak sampai Osaka dalam pukul 11 pagi.macam biasa ,check train kat hyperdia apps,so kami bajet dalam pukul 8 pagi dah sampai tokyo station.

Tapi,macam biasa la,train agak pack sebab pagi.dari hatagaya ke Shinjuku JR. sampai shinjuku terus amik direct train ke Shin-Osaka station.guna JR pass,jadi tak perlu bayar. kali ni amik seat,tapi orang kaunter tu bagi seat untuk 3 orang pulak.tak best nya sebab kena share seat.kalau tau tak reserved pun takpa.at least boleh duduk kat mana-mana coach.tapi sebab risau kot orang ramai,kami reserved la.kat sini,once reserved seat,jangan gatai-gatai nak p duduk tempat lain.mampus kena sound nanti.




Beli makanan dulu sebelum naik train.kali ni try salmon pulak.kopi beli dalam train jer nanti.so,masa awal naik tu,tadek orang lagi ,kami jer la.so,kami pun guna la seat yang kosong tu.tetiba kat stesen mana entah,passenger naik.kat tepi tingkat tu rupanya seat dia.punya la dia nak duduk jugak situ,padahal aku kan tengah riba eryna,duduk jer la kat tepi tu.tapi takmau dia,duk tunjuk nak masuk ke dalam.so,terpaksa la kami keluar nak bagi laluan so that dia boleh duduk +_+.pakcik tu serius jer,duduk terus on laptop buat kerja.ada aku kisah katanyerrrrr....

Half way,terlena gak kami.penat la masuk hari keenam ni.tiba-tiba terasa something.rupanya si eryna terkencing.huwaaaaa.mujur baru sikit.kena sikit jeans.uhuk uhuk.g toilet ,salin semua.mujur la seluar semua senang nak p amik.sebab bagasi kami letak kat belakang.sabaq jer la kan.ni kali ketiga dia terkencing.suruh pakai pampers takmau.eskyen sangat,nak marah pun no use gak.

Sebab haritu dah teruja naik train ,kalini balik tak berapa nak heran la dengan pemandangan kat luaq.lagipun seating kali ni tak best,tak nampak sangat pun.





Sampai Shin-Osaka ikut as per schedule.kami book the same hotel yang kami duduk masa first day.malas nak cari hotel lain.yang bagus tu sebab ada shuttle,senang nak gerak g station.
Sebab kali ni dah terror, so kami straight jer la,keluar dari laluan JR, terus ke bawah,cari subway midosue line,turun lift and tunggu shuttle.taken time tak sampai 10 mins.teror la tu compared to first day makan masa nak dekat 2 jam cari jalan keluar.haha.





Time ni,kaki laki aku dah start sakit.nak jalan pun lambat.pastu kami ingat sampai hotel boleh la check in awai.no way ok.pukul 3 means 3.jadi,dok la tunggu kat situ.so,kami decide p makan dulu.tetiba laki aku kata takleh nak jalan.pulak dah.mintak depa call taxi.dua,tiga kali la dia tnya,are u sure nak taxi bla bla.kami kata la,nak taxi la,kaki sakit.dalam brp minit jer taxi smpi.cepat ooo.





Pakcik ni lemah lembut jer.pakai complete uniform.baru masuk taxi pastu dh smpi.haha,patut la depa tnya betul ke nak taxi.kena 600 Y = RM 18.pitammmmm.hahhaa.ada la tak smpi 5 mins duk dalam taxi.





Sampai spital ( macam lebih kurang klinik kesihatan ) ,dah jadi ayam itik pulak.doc takder,nurse tak pandai english.goggle la gambar gout tu ,pastu tunjuk kat depa.kena tunggu doc which doc cuti pulak.tnaya ada farmasi tak.mujur sebelah tu jer.p farmasi,ada sorang tu leh speaking sikit-sikit.dia bagi pain killer.setiap 2 jam kena makan.tp laki aku kata,pain killer depa macam takdak effect.kalau kita punya,terus function.sebab japan kontrol la benda-benda gini.doc bertauliah jer boleh bagi.



Dah tu,lapar ,cari makanan jumpa kedai india.tulis halal,so masuk jer la.sekali tengok ,macam sangsi jer.betul ke halal.to be safe,kami order vege jer la.lepas habis makan,p family mart beli kopok kt eryna and susu.dia punya susu dah habis and tak jumpa pulak susu powder macam kita ni.susah betul entah kat mana la depa jual.so,aku beli susu choc van houten dalam tin tu.mahal dan sedap.




Stroller eryna tu actually jadi tempat dia balance kan badan.sepanjang jalan, tolak jer la stroller tu.kalau takdek susah jugak la since nak p beli tongkat pun tak tau kat mana nak beli.





Sekitar hotel.sunyiiii yang amat.entah mana semua orang p.mungkin masih tekun bekerja kot.macam bandar mati tapi tenang dan mendamaikan.cuaca pun windy jer.

So, since laki aku sakit kaki,aku nekad kuar g bandar Osaka sorang.haha.eryna tinggal kat bilik jugak.dia kata nak mandi kolam ( bath tub kecik tu ).senang hati sebab kalau bwk dia,memang takder la nak berjalan.laki aku tak konfiden aku leh jalan sorang.see the leg la.wifi ada,phone ada,insya allah tak sesat punya.apa-apa semua nanti goggle jer.zaman dah berubah.sign board pun in english.senang.cuma tang nak cari subway tu mungkin confuse,but insya allah survive jer.

So,pukul 3 pm,naik bilik pastu aku terus kuar.nanti kang malam.tempat pertama nak p cari takoyaki kat dotonburi and nak p shinbaishi.kata nya happening.lepas tu kalau sempat nak p universal studio osaka ( USO ).nak beli hard rock cafe nyer t-shirt jer pun.



Naik shuttle bus dari hotel ke shin-osaka station.lepas tu cari subway.sebab metro ni train yang bawah tanah,kena la turun tangga ke bawah.dari shin-osaka midosuji line,terus ke station shinbaishi.line nyer sehala jer pun.yang ni kena bayar, JR dah takleh guna.dalam 120 Yen.




Mula-mula p shinbaishi dulu.besar tempat ni.jalan-jalan tengok la orang dress up kiri kanan.macam nak tersesat la jugak sebab luas.ada gerbang east,west ,south.nampak sama jer tapi bila jalan tau la makin ke mana-mana ntah...jumpa daiso besar kat sini.sempat masuk nak beli beg bubuh baju busuk.bag macam dah tak muat sebab ada beli barang kan.





Dah habis kat sini,nak p dotonburi beli takoyaki and cari glico man.kalau baca kat internet,kata nya boleh jalan kaki.sekali aku jalan sejam pun tak sampai.hahahhaha.macam dah tersesat pun ada.so,kalau la korang jadi macam aku,jangan panik,cuba cari subway atau metro.insya allah ada berdekatan.sambil goggle jalan.nak tanya orang pun payah sebab semua buat hal sendiri.




Jumpa subway, beli tiket lagi sekali turun dekat namba.sebab aku baca,kata nya nak p dotonburi kena turun dekat namba station...tapii...namba ni besaq giler weh...aku tersilap exit, tetiba keluar kat namba park pulak.hahahahhaa..jalan la lagi menapak dari exit tadi nak cari west exit pulak.

Lama gilllerrrr cari glico man tu.sampai nak give up.tengok jam dah 630 pm.makin gelap dah serupa pukul 10 malam.tapi happening woo.memang confuse.tiba-tiba nampak dua budak pompuan ni.aku agak depa pun macam aku la tourist.tunjuk gambar glico man tu,rupanya depa pun sesat.hahaha.dah kenapa lolsss.





Aku g beli takoyaki dulu ( wajib beli kalau sampai dotonbori ni ).then tanya kat budak stall tu since dia pandai speaking.dia kata jalan belakang tu straight.aku macam,hmmm tadi dah lalu tak der pun.oh ya,takoyaki ni,aku baca kena careful dengan sos hitam tu sebab itu yang ada pork.so,aku beli takder sos la.rasa pun hmmm tak mengancam la.dah la tu,terbeli banyak.lupa laki aku gout takleh makan squid.

Since tak nak give up,aku pusing lagi sekali,kira last la.kalau jumpa,ada la.kalau tak,aku nak p USO jer terus.tiba-tiba,jalan punya jalan jumpa juga finally.yeay..nak tau ke glico man tu apa,yang orang kata wajib tengok tu...





Ni ha,mamat glico ni,itu jer.punya ramai orang kat sini.indon pun ramai weii..memang tempat tourist.dekat terusan bawah tu,orang naik cruise.punya la queue nak amik pic si glico ni.sabar jer la kan.ingat kan apa yang best sangat.btw, i been there,so boleh la eksyen cakap.at least kan :).




Ramai yang kata seafood kat sini sedap.tapi,sebab aku sorang macam tak fun jer nak makan.so,skip jer.insya allah ada rezeki plan nak datang Osaka lagi,target 2017.eh,tahun depan la tu.hehehe.


Masuk dalam dotonburi area tu,cari train nak ke USO pulak.dari Namba station kena turun kat Osaka station.dari osaka ni kena naik train lain untuk ke USO.yang ni boleh guna JR pass.dari osaka station ke USO ni tak sampai 5 mins.tiba-tiba dah sampai.orang lain nak balik,aku baru nak p.masa tu dah almost 7 pm.USO tutup pukul 830 pm kot.train dia comel,gambar-gambar kartun.kalau eryna ikut mesti dia suka.




Dah sampai USO.globe tu semua jauh kat sinun.aku rush masuk HRC dulu sebab laki aku sibuk nak baju HRC.lepas tu aku pau dia beli t-shirt and patung .hahah.sebab depa kata kalau spend 30000Y tak payah tax.kahkah.betulnya saja jer aku joli sebab alang-alang aku mai beli,apa salah nya kan....




Elok keluar dari HRC tengok entrance USO dah tutup.tapi kedai kat luar still open.aku masuk la saja tengok-tengok.pastu ingat nak beli nasi kat eryna,tapi queue panjang.aku beli coffee kat starbuck and balik jer.

Sampai Shin Osaka around 9 pm macam tu.beli kan mc d fish burger untuk laki aku.eryna beli nasi kepal tu kat train tadi.pastu beli susu van houten tu buat stok esok.tengok,bini p jalan pun,still ingat laki nak makan.tak payah tanya pun.balik bilik, tengok depa dok main fon.anti social betul.aku pulak,balik bilik jenuh kemas barang.sebab nak check out awal at 630 am macam tu.nak catch early train.flight pukul 10 pagi.

xoxo.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...