Saturday, May 14, 2016

Day 5 : Menjejak Mount Fuji

As salam.

Mood rajin kembali.dah tertunda almost 3 months....nak sambung cerita kat mount fuji pulak.
Antara agenda utama nak ke jepun adalah,nak tengok mount fuji.icon tu,rugi la dah mai jauh-jauh tak tengok.plan asal,tidur kat sana.tapi,bila tanya orang yang pernah pergi and googling,ada yang kata boleh jer balik hari.so,tak payah tidur sana.kang boring pulak nak wat apa jer kat sana.kami pun tak planned nak ke hakone ( boleh goggle la apa tu hakone ok ).

Malam tu,balik dari lepas main salji tu kan, masa kat reception hotel,jumpa chinese family dari malaysia.depa excited,kami pun.hehe.orang msia kalau jumpa time cuti kat luar msia mesti ramah kan,hehe.depa 4 orang,dari mana ntah,macam area kl gak ler.depa pun nak p mount fuji jugak esok nya.tapi ,depa nak kuaq awai pagi around 6 macam tu.tak dapek la,ada budak kecik ni susah sikit la.

Then,balik bilik,tetiba hasben kata kaki dia sakit.pulak dah,pastu dia saspek kena gout.what ??? of all places,why jepun why...kat msia tak pernah kena,elok jer kot.dia kata agaknya sebab banyak makan tuna in can,.and asal beli nasik kepal tu,mesti makan tuna.adoiyai,camne ni.i cakap kat dia,if u tak larat esok,i pegi dengan eryna ja.gitew.sungguh tak mithali wei,bini nak bersuka ria.hahaha.so,malam tu,dia makan panadol.punya la banyak ubat kami bawak,pain killer jer takder.sebab i tak biasa amik pain killer ni.and mana la nak tau benda macam ni happened.sebelum ni travel tak pernah pulak jadi.

Pagi esoknya, awal subuh pagi dia keluar konon nak cari pain killer.tapi takder pulak,kat sana tak la macam kita.ubat-ubat ni semua is controlled medicine.even kat family mart depa tu tak der lah minyak angin ke apa semua tu.
Masa dia keluar tu,balik bagitau nampak geng msia tu dah keluar.depa paham la kami keluar lambat sebab ada anak kecik.kaki hasben pun dah ok sikit kata nya,kejut eryna suruh bangun sebab takut lambat sangat nak sampai.jauh jugak mount fuji ni.

Singgah farmasi beli ubat sapu macam yoko-yoko tu.itu pun jenuh kena goggle tunjuk.boleh pulak yoko-yoko tu takder kat sana padahal produk japan kot.depa bagi lebih kurang macam yoko-yoko tu la.harga mahal tu , 1,200 Y = RM40. tu la,sapa suruh tak bawak dari msia haritu.huhuhuhu.





As usual,naik train dari hatagaya-shinjuku JR.time ni,ramai orang nak masuk opis,few time la kami terlepas train.tapi,train depa banyak,every 5 minutes ada lagi nanti.after 3 kali past,baru naik.
Di shinjuku ,kami ke tokyo station and turun di Otsuki station.perjalanan amik masa dalam 1 jam lebih dengan express train.kami beli makanan utk breakfast dlm train.sempat tertidur kejap time ni.badan dah mula rasa flat sikit.tiket tak kena bayar sebab laluan JR.

Sampai otsuki ,kami kena beli tiket untuk ke lake kawaguchiko station sebab tak cover dalam JR.harga 4550 Y = RM 144 untuk 2 adult.actually,boleh jugak naik bus dari tokyo ke mount fuji,tapi perjalanan dalam 3 jam lebih.harga tiket lebih murah la..

Perjalanan dalam 45 mins.train tak banyak,tapi kami dapat on time gak la.target pukul 345 petang akan balik semula ke otsuki station dari lake kawaguchiko.




Actually, dari dalam train dah nampak puncak mount fuji terserlah.rezeki betul sebab ada kata susah nak nampak kalau tengah hari sebab awan tutup.kami pulak,dapat tengok lama-lama :).cantik betul kan :) sini kawasan kampung,nampak macam sawah padi pun ada.,hehe.




1145 pagi naik train, 1230 sampai kat lake kawaguchiko.melilau sana sini,so kami decide tak yah naik bus hop on hop off tu..mula-mula nak gak beli bus pass tu,tapi tak cukup masa.kalau sampai awai pagi memang berbaloi sebab ada banyak tempat menarik depa akan stop.harga pass tu 1,200 Y..
So,kami jalan kaki ke tasik and plan naik cable car.





Mount fuji ni boleh nampak dari belakang lake kawaguchiko station ni jer.tapi,tak dapat nak selfie la sebab pic gelap.matahari dah tegak masa ni.salji masih ada and quite tebal.sejuk jangan cakap la.gigil jugak.






Kami jalan round-round kawasan.sunyi jer.agaknya orang keluar kot atau still tidur ??? keta ada la mostly bawak pelancong.sepanjang jalan tu kami bertiga jer la.jalan pulak tak leh laju sebab ada orang tu sakit kaki.hewhew.eryna pulak,dia terus lepak dalam stroller.

Stop kejap layan main salji beku,agaknya malam sebelum tu salji turun kot.nak tolak stroller pun susah sebab salji tebal.sebenarnya dekat jer dari station tu nak ke tasik,kami terikut laluan yang jauh,maka jadilah 30 mins ,tapi takpa la,dapat jalan-jalan amik angin.






Jumpa kereta kelisa.eh..macam familiar jer ,macam yours truly punyer jer.laku tau kelisa ni,tu yang i sayang nak jual tu.nampak salji mengeras tu.buat abc sedap ni :).

Dah sampai tasik,perut lapar,so singgah makan.ada restoran indonesia.tapi makanan india pulak depa jual..of course halal jangan risau :).kalau takder makanan tadi,ingat nak singgah family mart jer tapau nasik kepal and kopi.so,lepak makan sat.




Order dua set makanan.syer bertiga.nasi tu ciput,eryna ngan pak dia makan.i makan roti.portion besar,paksa habiskan sebab mahal.jangan membazir.haha.harga 2300 Y untuk lunch.ok,malam kang makan meggi yer +_+.




Dah pukul 2 pm ,kena cepat sebab takut terlepas train pulak.kalau terlepas pukul 345 tu ,nak kena tunggu pukul 5 pm pulak.kita g tasik and amik pic la dulu.cantik betul tasik dier.tenang jer.kalau ada masa,boleh naik boat.tenang dan mendamaikan.ada 5 tasik kat sini,yang kami singgah lake kawaguchiko.kalau beli tiket bus tu,depa akan bawak ke banyak stop.itu sesuai untuk yang datang awal pagi macam geng chinese tu la.

Jalan lagi,nak naik cable car .boleh tengok pemandangan dari atas.mesti lagi cantik.harga tiket 700 Y,tapi kami dapat diskaun ,so sorang 650 Y.eryna as usual free.untung bawak budak-budak,banyak free.ingat ke tak belakang kira.so far ,even until now,ingat jer dia.siap cakap, "nanti eryna nak pegi lagi la tokyo.nak naik train"..amboi,macam kan dekat and murah yer :)..insya allah kalau ada rezeki memang nak p jepun lagi,perhaps sapporo ke.

Cable car ni ada 2 jer ,tapi cepat turun naik.view dari atas,cantik giller kan.salji pun memutih jer.terima kasih atas kepada Dia atas rezeki ini.pengalaman indah.



View from cable car.cantik sangat.





Kat atas ni,dapat tengok fuji sangat clear.tapi tu la,amik gambar gelap sebab matahari kan.yang penting puncak fuji tu nampak.kami beli gak gambar dari depa,so ada la kenangan kami bertiga berlatar belakang mount fuji yang sangat gah.....






Ada kandang rabbit  kat atas tu gak.tapi tak sempat dah nak p.mata asik tengok jam jer.lepak dalam 30 mins kat atas tu,pastu kena turun dah.nak singgah beli mount fuji cookies pun tak sempat.jalan laju-laju nerves kot terlepas.dah la hasben jalan slow..






Kali ni sebab dah tau jalan,so kita amik short cut.15 mins dah nampak station.hehe.tu pun siap berlari-lari tu kot terlepas.haha.memang ngam-ngam train dah nak gerak.kali ni naik thomas train.suka la eryna dengan thomas dia.lepas tu dia tertidur.train ni amik masa sebab banyak station pulak dia stop.ada time tu, stop dekat area sekolah kot,tetiba banyak pulak budak sekolah naik.




Ada tu,budak2 lagi dah pandai couple.dok posing-posing pulak,ala-ala manja gitew.macam msia la jugak tapi versi tak la gedik.waktu sejuk pun rilek jer pakai skirt pendek kan.aku ni,berbungkus 3 layer lagi.cute jer uniform depa ,skirt corak belang-belang tu  :)

Pukul 430 pm sampai otsuki station and tunggu train nak balik tokyo.lepas ni nak singgah harajuku sebab nak beli souvenir kat daiso.hahaha.yer la,nak beli fridge magnet buat hadiah tak mampu noks.mahal kot.ada la jumpa dalam 200 Y tapi bukan fridge magnet yang ada tulis jepun ke tokyo ke apa tu.susah betul nak jumpa fridge magnet kat sini.

Dari tokyo nak ke harajuku kejap jer.in fact train kami naik tu,lalu harajuku,so tak payah tukar train dah.direct jer dari otsuki station turun di harajuku.awal lagi baru 530 pm dah nak maghrib.harajuku best,happening.dah ala-ala macam kat myeondeong kat seoul.pusing-pusing tak jumpa jugak daiso.tanya foreigner kat situ ( sebab kalau tanya japenese,kang lambat dapat jawapan ) ,rupanya daiso laluan lagi satu.stop beli latte dulu,cuaca sejuk kena la minum ayaq panas.eryna pulak nak eskrem.mula la cranky,so pusing la cari.tapi,tak jumpa la.crepe ada la.

Mujur nampak churros,so beli ja bagi.harga sebatang dah 300 Y.tapi nak bagi diam punya pasal,beli jer la.nak beli kebab ,tapi malas pulak nak kena naik ke food court atas.dengan nak bawak stroller lagi.telan ayaq liur jer la dulu .





Dah nampak daiso ,terus happy.daiso depa besaq,3 tingkat lagi.dari jauh dah nampak pink.and confirm la tak sama dengan msia.ada barang yang tak bawak masuk msia.ramai kot orang dalam ni.jumpa geng msia lagi dari melaka.hehe.sempat sembang kejap,depa dok tunggu kat luar jer.sedara depa ada kat dalam tengah membeli.





Nampak ada pouch beg kain ala-ala kimono,terus amik.pastu ada towel kecik design bunga sakura.pun beli.sebab takder kat msia.haha.ada la nampak gaya jepun sikit kan.
Then,beli biskut ,japanese tea and choc semua perisa green tea.borong tak sedaq ada la dalam satu plastik besar tu penuh.jenuh nak bawak balik nanti.

Kat harajuku ni depa tutup kedai awal jugak.and eryna pun dah letih.some more ada orang tu dah sakit kaki dia,so balik jer la hotel.esok dah nak gerak balik ke osaka sebab kami balik ikut kansai airport.kejap jer rupanya dah nak balik msia.sobs sobs.tak puas betulnya.ada few places tak sempat p,antara nya nakamise street ,rippongi hills and tokyo cami mosque.ada la alasan nak repeat japan ni.:).

End of day 5.

Day 1
Day 2
Day 3
Day 4


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...