Monday, May 30, 2016

Blokke , Citta Mall

As salam.

Ada la one day, my fren posted kat FB she went to this nice place specific for kids to play.tempat tu kat Citta Mall, ara damansara.wah,i terus tak sabaq sebab dekat dengan rumah.and i pretty sure orang tak ramai.sometimes,kalau bawak eryna main kat playground macam ni,i tried to avoid weekend sebab orang ramai and kadang tu ada parents tu selamba ja kot.anak sakit nak bagi main lagi.dah nanti jangkit anak orang satu hal pulak.macam dekat Aeon mall shah alam yang baru bukak tu,playground tu cantik and besar,tapi tengok punya la ramai budak.kansel jer la.eryna pun so far tak pernah mintak masuk.agaknya dia pun tau nanti kalau masuk dah takder tempat dia nak main.

So,back to this place,on saturday i ajak la hasben p sana.tempat baru orang tak ramai tau kan.nanti dah femes,mesti crowded.dasar kiasu.kehkeh.




A very good concept.ada mini cafe so sambil anak main kat dalam,parents boleh layan coffee or tea and few finger foods.so far belum ada makanan yang heavy lagi.maybe in future ker.




Colorful sangat.ni bukan budak ja teruja,dengan mak pak sekali suka.dorang buat konsep lego.kat sebelah reception tu dorang buat small kiosk jual lego.i suka la konsep gini.tenang jer.orang pun relax tak bising.




Ni dessert bentuk lego.comel kot.ada jugak jual la juceria tu.yang lain tu i tengok menu dia macam roti,lasagna.since dah lunch tadi,just minum kopi jer la.lagipun harga kek tu boleh tahan mahal jugak.takper,next time la kita try,




Ni section untuk lepak-lepak jer.ada lego gak dekat sini,tapi tak boleh bawak masuk dalam playground tu.main kat meja situ jer.so,kalau la ada anak kecik or anak yang tak nak masuk dalam,bagi jer depa main lego kat situ.tak perlu bayar.




Dalam playground tu.bersih and luas.suka suka.fee masuk RM20 for 2 hours.,giller murah.j kids dekat encorp tu sejam RM 38 kot.dah la tak banyak mainan sangat pun.boleh la.yang ni lagi puas hati tengok.ada slides,ball,pastu tempat cam ala-ala korek pasir tu.




Sesuai jugak untuk budak-budak kecik.boleh la depa keluar masuk kat sini,jatuh pun tak sakit sebab ada rumput karpet.kalau budak kecik tu,parents better teman.sebab i tengok budak baya eryna ni depa lari bukan kira orang dah.kang kesian pulak baby kena penyek +_+.




Budak tak ramai masa ni.ada dalam 8 orang jer kot.and staff kat situ pun ulang alik masuk dalam tengok budak.i pulak gilir-gilir suruh hasben duk dalam tu tengok kan.tapi,dah 30 mins camtu,dia kelaur jap join i minum kat luar tu.lagipun tengok budak tak ramai,and eryna knows to jaga diri and blend in dengan few kids kat situ.kid is so easy to make friends, rather than we adult kadang-kadang orang dah senyum pun,muka masam jer.either tak nampak or buat-buat tak nampak.




Lepak kat sini tunggu cik mek main kat dalam.ada times,dia keluar kejap nak minum air.i dah siap bawak bekas air dia tu.knowing her,tau sangat dah.satgi mesti la dahaga.kejap kang dia masuk,kejap kang dia duduk kat sini main lego sat.pastu kang masuk dalam balik.2 jam tuuuu.puas main.

Salted caramel latte tu sedap sangat.harga RM10 which for me is reasonable sebab gelas besar.



Ni nak ajak dia balik.masuk dalam kejap tengok dia tengah main kaut pasir tiruan ni.bukan main happy ,ajak balik pun takmau.2 jam tak jemu budak ni.
Lepas few times ajak,dia pun ok jer.bateri dah kong ler tu.masuk jer dalam keta,mula dah nak mengamuk sebab tetiba mintak susu.mama pulak tak bawak.selalu ada jugak bawak susu kotak.pastu pujuk dia suruh baring tu.pusing belakang tengok..lah dah ke lala land.agaknya dah sampai disneyland kot.

Will i come back again ? definitely YES :).

xoxo.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...