LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, May 31, 2016

Discount 40% -buka puasa di Viet-Thai Kitchen cyberjaya

As salam.

Diam tak diam dah nak masuk Ramadhan kan.dah settle ganti puasa ke u olls.alhamdulillah,i've done compensate since last year.after Ramadhan, sambung puasa enam ,lepas tu buat puasa ganti.dah serik nak bertangguh.ada orang pulak suka ganti nak dekat puasa sebab boleh amik feel puasa.pun boleh,janji berganti.kalau tak,sila bayar fidyah yer kawan-kawan :).

Selalu korang berbuka kat mana ? i kalau weekdays berbuka kat rumah, tapi lauk kebanyakan nya beli.bukan tak sempat,tapi sebab kami berdua jer ( eryna of cros la tukang menyibuk ) ,and since cafe kat ofis ni pun ada few good selections lauk for berbuka,i memang beli jer la.sahur selalu makan nasi putih dengan lauk sardin atau teloq saja.ringkas dan mengenyangkan.gitew +_+.

Kalau weekend ,ikut mood gak,berbuka kat luar.tapi susah la nak dapat buffet yang best.kadang tu,best tapi orang ramai.kena cari tempat yang solat friendly jugak.senang lepas makan,solat and sambung balik.

So,untuk yang dok cari kat mana nak makan tempat sedap and harga berpatutan,then nak pulak makan ala-ala thai-vietnam dishes, boleh la book kat Restoren Viet-Thai kitchen di cyberjaya ni.tak payah nak berebut atau queue panjang.order makan kat meja jer.yang penting sedap dan harga pun berpatutan.kalau ada anak kecik memang sesuai la duduk makan berhidang ni.

I pernah review pasal restoren ni kat SINI . i can say, makanan dia semua sedap-sedap.ada pilihan thai +vietnam.dapat makan dua negara terus.
Sempena bulan puasa ni they offer special discount untuk pembaca blog mama to eryna ni, u can get 40% discount untuk set menu Ramadhan.

Ni pilihan menu :






Untuk dapatkan discount tu ,just mention  "RMD2016", valid dari 6 June sampai 16 Julai 2016.As usual,korang kena la booking dulu sehari sebelum.bagitau nak set mana satu,pastu mention discount code tu.murah giller kot.let say amik set RM70 ( 4 pax ) dapat discount 40%,korang bayaq RM42 jer.ibarat sorang makan RM10 jer.untung sangat.dah la sedap,portion pun ok ngam-ngam,tak lebih tak kurang.sesuai bawak family,kawan segala.


Ok,dah,g book cepat k.jangan lupa mention code " RMD2016" kalau tak,no discount.jangan pastu menyesal.



Ni address kedai :







Viet-Thai Canteen,
No 6, Block E, Jalan GC 4,
Glomac Cyberjaya, Cyber 12.



Tel : 03-8322 6986.


Selamat menyambut Ramadhan in advance :)

Monday, May 30, 2016

Blokke , Citta Mall

As salam.

Ada la one day, my fren posted kat FB she went to this nice place specific for kids to play.tempat tu kat Citta Mall, ara damansara.wah,i terus tak sabaq sebab dekat dengan rumah.and i pretty sure orang tak ramai.sometimes,kalau bawak eryna main kat playground macam ni,i tried to avoid weekend sebab orang ramai and kadang tu ada parents tu selamba ja kot.anak sakit nak bagi main lagi.dah nanti jangkit anak orang satu hal pulak.macam dekat Aeon mall shah alam yang baru bukak tu,playground tu cantik and besar,tapi tengok punya la ramai budak.kansel jer la.eryna pun so far tak pernah mintak masuk.agaknya dia pun tau nanti kalau masuk dah takder tempat dia nak main.

So,back to this place,on saturday i ajak la hasben p sana.tempat baru orang tak ramai tau kan.nanti dah femes,mesti crowded.dasar kiasu.kehkeh.




A very good concept.ada mini cafe so sambil anak main kat dalam,parents boleh layan coffee or tea and few finger foods.so far belum ada makanan yang heavy lagi.maybe in future ker.




Colorful sangat.ni bukan budak ja teruja,dengan mak pak sekali suka.dorang buat konsep lego.kat sebelah reception tu dorang buat small kiosk jual lego.i suka la konsep gini.tenang jer.orang pun relax tak bising.




Ni dessert bentuk lego.comel kot.ada jugak jual la juceria tu.yang lain tu i tengok menu dia macam roti,lasagna.since dah lunch tadi,just minum kopi jer la.lagipun harga kek tu boleh tahan mahal jugak.takper,next time la kita try,




Ni section untuk lepak-lepak jer.ada lego gak dekat sini,tapi tak boleh bawak masuk dalam playground tu.main kat meja situ jer.so,kalau la ada anak kecik or anak yang tak nak masuk dalam,bagi jer depa main lego kat situ.tak perlu bayar.




Dalam playground tu.bersih and luas.suka suka.fee masuk RM20 for 2 hours.,giller murah.j kids dekat encorp tu sejam RM 38 kot.dah la tak banyak mainan sangat pun.boleh la.yang ni lagi puas hati tengok.ada slides,ball,pastu tempat cam ala-ala korek pasir tu.




Sesuai jugak untuk budak-budak kecik.boleh la depa keluar masuk kat sini,jatuh pun tak sakit sebab ada rumput karpet.kalau budak kecik tu,parents better teman.sebab i tengok budak baya eryna ni depa lari bukan kira orang dah.kang kesian pulak baby kena penyek +_+.




Budak tak ramai masa ni.ada dalam 8 orang jer kot.and staff kat situ pun ulang alik masuk dalam tengok budak.i pulak gilir-gilir suruh hasben duk dalam tu tengok kan.tapi,dah 30 mins camtu,dia kelaur jap join i minum kat luar tu.lagipun tengok budak tak ramai,and eryna knows to jaga diri and blend in dengan few kids kat situ.kid is so easy to make friends, rather than we adult kadang-kadang orang dah senyum pun,muka masam jer.either tak nampak or buat-buat tak nampak.




Lepak kat sini tunggu cik mek main kat dalam.ada times,dia keluar kejap nak minum air.i dah siap bawak bekas air dia tu.knowing her,tau sangat dah.satgi mesti la dahaga.kejap kang dia masuk,kejap kang dia duduk kat sini main lego sat.pastu kang masuk dalam balik.2 jam tuuuu.puas main.

Salted caramel latte tu sedap sangat.harga RM10 which for me is reasonable sebab gelas besar.



Ni nak ajak dia balik.masuk dalam kejap tengok dia tengah main kaut pasir tiruan ni.bukan main happy ,ajak balik pun takmau.2 jam tak jemu budak ni.
Lepas few times ajak,dia pun ok jer.bateri dah kong ler tu.masuk jer dalam keta,mula dah nak mengamuk sebab tetiba mintak susu.mama pulak tak bawak.selalu ada jugak bawak susu kotak.pastu pujuk dia suruh baring tu.pusing belakang tengok..lah dah ke lala land.agaknya dah sampai disneyland kot.

Will i come back again ? definitely YES :).

xoxo.




Sunday, May 29, 2016

Day 6 : Back to Osaka ( final day )

As salam.

*Laterpost

Hari ke 6.dah nak balik esok nya.tak cukup la 6 hari.patut nya stay 10 hari ke atas.kalau setakat p Tokyo saja memang cukup la.tapi since kami nak ke osaka, dah ambik masa kat situ.
Awal pagi dah check out hotel.malam tu pun dah berkemas sebab target nak sampai Osaka dalam pukul 11 pagi.macam biasa ,check train kat hyperdia apps,so kami bajet dalam pukul 8 pagi dah sampai tokyo station.

Tapi,macam biasa la,train agak pack sebab pagi.dari hatagaya ke Shinjuku JR. sampai shinjuku terus amik direct train ke Shin-Osaka station.guna JR pass,jadi tak perlu bayar. kali ni amik seat,tapi orang kaunter tu bagi seat untuk 3 orang pulak.tak best nya sebab kena share seat.kalau tau tak reserved pun takpa.at least boleh duduk kat mana-mana coach.tapi sebab risau kot orang ramai,kami reserved la.kat sini,once reserved seat,jangan gatai-gatai nak p duduk tempat lain.mampus kena sound nanti.




Beli makanan dulu sebelum naik train.kali ni try salmon pulak.kopi beli dalam train jer nanti.so,masa awal naik tu,tadek orang lagi ,kami jer la.so,kami pun guna la seat yang kosong tu.tetiba kat stesen mana entah,passenger naik.kat tepi tingkat tu rupanya seat dia.punya la dia nak duduk jugak situ,padahal aku kan tengah riba eryna,duduk jer la kat tepi tu.tapi takmau dia,duk tunjuk nak masuk ke dalam.so,terpaksa la kami keluar nak bagi laluan so that dia boleh duduk +_+.pakcik tu serius jer,duduk terus on laptop buat kerja.ada aku kisah katanyerrrrr....

Half way,terlena gak kami.penat la masuk hari keenam ni.tiba-tiba terasa something.rupanya si eryna terkencing.huwaaaaa.mujur baru sikit.kena sikit jeans.uhuk uhuk.g toilet ,salin semua.mujur la seluar semua senang nak p amik.sebab bagasi kami letak kat belakang.sabaq jer la kan.ni kali ketiga dia terkencing.suruh pakai pampers takmau.eskyen sangat,nak marah pun no use gak.

Sebab haritu dah teruja naik train ,kalini balik tak berapa nak heran la dengan pemandangan kat luaq.lagipun seating kali ni tak best,tak nampak sangat pun.





Sampai Shin-Osaka ikut as per schedule.kami book the same hotel yang kami duduk masa first day.malas nak cari hotel lain.yang bagus tu sebab ada shuttle,senang nak gerak g station.
Sebab kali ni dah terror, so kami straight jer la,keluar dari laluan JR, terus ke bawah,cari subway midosue line,turun lift and tunggu shuttle.taken time tak sampai 10 mins.teror la tu compared to first day makan masa nak dekat 2 jam cari jalan keluar.haha.





Time ni,kaki laki aku dah start sakit.nak jalan pun lambat.pastu kami ingat sampai hotel boleh la check in awai.no way ok.pukul 3 means 3.jadi,dok la tunggu kat situ.so,kami decide p makan dulu.tetiba laki aku kata takleh nak jalan.pulak dah.mintak depa call taxi.dua,tiga kali la dia tnya,are u sure nak taxi bla bla.kami kata la,nak taxi la,kaki sakit.dalam brp minit jer taxi smpi.cepat ooo.





Pakcik ni lemah lembut jer.pakai complete uniform.baru masuk taxi pastu dh smpi.haha,patut la depa tnya betul ke nak taxi.kena 600 Y = RM 18.pitammmmm.hahhaa.ada la tak smpi 5 mins duk dalam taxi.





Sampai spital ( macam lebih kurang klinik kesihatan ) ,dah jadi ayam itik pulak.doc takder,nurse tak pandai english.goggle la gambar gout tu ,pastu tunjuk kat depa.kena tunggu doc which doc cuti pulak.tnaya ada farmasi tak.mujur sebelah tu jer.p farmasi,ada sorang tu leh speaking sikit-sikit.dia bagi pain killer.setiap 2 jam kena makan.tp laki aku kata,pain killer depa macam takdak effect.kalau kita punya,terus function.sebab japan kontrol la benda-benda gini.doc bertauliah jer boleh bagi.



Dah tu,lapar ,cari makanan jumpa kedai india.tulis halal,so masuk jer la.sekali tengok ,macam sangsi jer.betul ke halal.to be safe,kami order vege jer la.lepas habis makan,p family mart beli kopok kt eryna and susu.dia punya susu dah habis and tak jumpa pulak susu powder macam kita ni.susah betul entah kat mana la depa jual.so,aku beli susu choc van houten dalam tin tu.mahal dan sedap.




Stroller eryna tu actually jadi tempat dia balance kan badan.sepanjang jalan, tolak jer la stroller tu.kalau takdek susah jugak la since nak p beli tongkat pun tak tau kat mana nak beli.





Sekitar hotel.sunyiiii yang amat.entah mana semua orang p.mungkin masih tekun bekerja kot.macam bandar mati tapi tenang dan mendamaikan.cuaca pun windy jer.

So, since laki aku sakit kaki,aku nekad kuar g bandar Osaka sorang.haha.eryna tinggal kat bilik jugak.dia kata nak mandi kolam ( bath tub kecik tu ).senang hati sebab kalau bwk dia,memang takder la nak berjalan.laki aku tak konfiden aku leh jalan sorang.see the leg la.wifi ada,phone ada,insya allah tak sesat punya.apa-apa semua nanti goggle jer.zaman dah berubah.sign board pun in english.senang.cuma tang nak cari subway tu mungkin confuse,but insya allah survive jer.

So,pukul 3 pm,naik bilik pastu aku terus kuar.nanti kang malam.tempat pertama nak p cari takoyaki kat dotonburi and nak p shinbaishi.kata nya happening.lepas tu kalau sempat nak p universal studio osaka ( USO ).nak beli hard rock cafe nyer t-shirt jer pun.



Naik shuttle bus dari hotel ke shin-osaka station.lepas tu cari subway.sebab metro ni train yang bawah tanah,kena la turun tangga ke bawah.dari shin-osaka midosuji line,terus ke station shinbaishi.line nyer sehala jer pun.yang ni kena bayar, JR dah takleh guna.dalam 120 Yen.




Mula-mula p shinbaishi dulu.besar tempat ni.jalan-jalan tengok la orang dress up kiri kanan.macam nak tersesat la jugak sebab luas.ada gerbang east,west ,south.nampak sama jer tapi bila jalan tau la makin ke mana-mana ntah...jumpa daiso besar kat sini.sempat masuk nak beli beg bubuh baju busuk.bag macam dah tak muat sebab ada beli barang kan.





Dah habis kat sini,nak p dotonburi beli takoyaki and cari glico man.kalau baca kat internet,kata nya boleh jalan kaki.sekali aku jalan sejam pun tak sampai.hahahhaha.macam dah tersesat pun ada.so,kalau la korang jadi macam aku,jangan panik,cuba cari subway atau metro.insya allah ada berdekatan.sambil goggle jalan.nak tanya orang pun payah sebab semua buat hal sendiri.




Jumpa subway, beli tiket lagi sekali turun dekat namba.sebab aku baca,kata nya nak p dotonburi kena turun dekat namba station...tapii...namba ni besaq giler weh...aku tersilap exit, tetiba keluar kat namba park pulak.hahahahhaa..jalan la lagi menapak dari exit tadi nak cari west exit pulak.

Lama gilllerrrr cari glico man tu.sampai nak give up.tengok jam dah 630 pm.makin gelap dah serupa pukul 10 malam.tapi happening woo.memang confuse.tiba-tiba nampak dua budak pompuan ni.aku agak depa pun macam aku la tourist.tunjuk gambar glico man tu,rupanya depa pun sesat.hahaha.dah kenapa lolsss.





Aku g beli takoyaki dulu ( wajib beli kalau sampai dotonbori ni ).then tanya kat budak stall tu since dia pandai speaking.dia kata jalan belakang tu straight.aku macam,hmmm tadi dah lalu tak der pun.oh ya,takoyaki ni,aku baca kena careful dengan sos hitam tu sebab itu yang ada pork.so,aku beli takder sos la.rasa pun hmmm tak mengancam la.dah la tu,terbeli banyak.lupa laki aku gout takleh makan squid.

Since tak nak give up,aku pusing lagi sekali,kira last la.kalau jumpa,ada la.kalau tak,aku nak p USO jer terus.tiba-tiba,jalan punya jalan jumpa juga finally.yeay..nak tau ke glico man tu apa,yang orang kata wajib tengok tu...





Ni ha,mamat glico ni,itu jer.punya ramai orang kat sini.indon pun ramai weii..memang tempat tourist.dekat terusan bawah tu,orang naik cruise.punya la queue nak amik pic si glico ni.sabar jer la kan.ingat kan apa yang best sangat.btw, i been there,so boleh la eksyen cakap.at least kan :).




Ramai yang kata seafood kat sini sedap.tapi,sebab aku sorang macam tak fun jer nak makan.so,skip jer.insya allah ada rezeki plan nak datang Osaka lagi,target 2017.eh,tahun depan la tu.hehehe.


Masuk dalam dotonburi area tu,cari train nak ke USO pulak.dari Namba station kena turun kat Osaka station.dari osaka ni kena naik train lain untuk ke USO.yang ni boleh guna JR pass.dari osaka station ke USO ni tak sampai 5 mins.tiba-tiba dah sampai.orang lain nak balik,aku baru nak p.masa tu dah almost 7 pm.USO tutup pukul 830 pm kot.train dia comel,gambar-gambar kartun.kalau eryna ikut mesti dia suka.




Dah sampai USO.globe tu semua jauh kat sinun.aku rush masuk HRC dulu sebab laki aku sibuk nak baju HRC.lepas tu aku pau dia beli t-shirt and patung .hahah.sebab depa kata kalau spend 30000Y tak payah tax.kahkah.betulnya saja jer aku joli sebab alang-alang aku mai beli,apa salah nya kan....




Elok keluar dari HRC tengok entrance USO dah tutup.tapi kedai kat luar still open.aku masuk la saja tengok-tengok.pastu ingat nak beli nasi kat eryna,tapi queue panjang.aku beli coffee kat starbuck and balik jer.

Sampai Shin Osaka around 9 pm macam tu.beli kan mc d fish burger untuk laki aku.eryna beli nasi kepal tu kat train tadi.pastu beli susu van houten tu buat stok esok.tengok,bini p jalan pun,still ingat laki nak makan.tak payah tanya pun.balik bilik, tengok depa dok main fon.anti social betul.aku pulak,balik bilik jenuh kemas barang.sebab nak check out awal at 630 am macam tu.nak catch early train.flight pukul 10 pagi.

xoxo.


Wednesday, May 25, 2016

Melawat kucing kat Purradise Cafe TTDI

As salam.

Dasat kan sekarang ni.kucing cafe dah jadi satu trend.banyak dah cat cafe yang bukak kat area kl and selangor ni.tak tau la ikut trend dari luar ke camna.as far as i know,korean yang start dengan cat cafe and msian yang pernah p sana bawak balik the same concept to msian.kalau tak,agak nya susah kot msian nak terima cafe yang nak tengok kucing pun kena bayaq.hebat la kucing-kucing tu,duduk ber ekon kan.

Eryna suka kucing, but i am opposite.bukan la tak suka,kalau ada nampak kucing,boleh ja nak main belai-belai.tapi bukan untuk di bela.dulu rumah mentua ada kucing tapi pastu semua dah mati kena langgar .abis tu,rumah depan jalan raya,kucing pulak kerja merayap,tak sempat lintas jalan,dah mati kena langgaq.kalau balik kg,eryna suka la main.sampai lunyai kucing tu dibuatnya.

Weekend bila entah,ajak p main kucing.goggle tengok ada few places,tapi yang dekat tu dekat TTDi la.haritu ahad,ada pasar malam.jenuh pusing cari parking.mujur jumpa.kalau dak,balik jer la.boleh waze jer Purradise Cafe.located atas speedmart.





Welcome to cat cafe.suka la tu cik mek ni.tersengih-sengih nak main dengan cat.entrance fee RM15 per hour dapat free drink.boleh pilih ada coffee or juice or milkshake.budak below 3 is free.eryna kena charge la sebab dia dah 4 years.so,air kami pilih premium coffee and juice for eryna.




Kucing ni macam kekwat sikit la.kucing bandar la katakan.padahal stray cat jugak ni.bukan la kucing-kucing luar biasa.cuma dah dijaga elok,bulu pun sihat jer la.masa kami sampai ,semua kucing dok tidoq.pemalas sangat engko yer.





Tempat ni luas jugak.and of course bersih.boleh lepak-lepak santai.ada banyak bean bag buat duduk.buaian pun ada ha.kucing tu macam ambik masa sikit nak mesra.ajak main pun muka ala-ala jer.eh,jom la bangun,dah la bayar mahal ni.rugi jer tau :).

Eryna syok dia terjerit-jerit ligan kucing.masa kami sampai ada sorang customer ja.lepas tu makin lama makin ramai pulak orang.sambil main tengok jam satgi terlebih masa nak kena bayaq lagi.hehehe.



Bukan tau takut budak ni.makin dia galak kacau kucing tu ada la.nak-nak kucing tu jenis manja.dengaq suara dia saja kat dalam tu.lama sikit agaknya kucing tu stress asyik kena kacau,dia pun layan la eryna.haha.muka terpaksa kena paksa main ball.





Overall ok la,sekali mai tempat macam ni.kalau pencinta kucing suka la kot tapi tak banyak sangat pun kucing dia.ada dalam 10 ekoq or lebih sikit.tak sure,sebab tak berapa nampak kucing.especially bila orang tengah ramai.hahaha.

Abis time 430 pm,kami pun balik.yang penting eryna hepi.lepas ni,mau nak main kucing,balik kg jer la.bersepah-sepah kucing boleh jumpa.free pulak tu.hehehe.




Ni perangai paling elok dia.suka sangat kalau amik gambaq buat muka.ni salah satu.ha,biar dia tengok nanti muka dia gini.suka la dia bila tengok,terkekek gelak .ciss.


xoxo.

Tuesday, May 24, 2016

Weekend sushi

As salam.


Dah lama nak buat sushi sendiri.haritu p daiso nak beli roller buluh untuk gulung sushi tu.tapi dah habis.so,tergendala la kejap plan tu.beli sos untuk dip sushi tu kat daiso.
Pastu,bila entah,dah ada stok kat daiso,so semangat jepun kembali,beli la yang besar sikit.dulu masa kat uni pernah la buat sushi ni,tapi since masa tu student korea yang ajar,nama nya bukan sushi.korean panggil kim bap.bagi depa ada beza sushi dengan kim bap which kalau aku tengok macam sama jer pun.





Bahan semua ada,so weekend haritu nak bersushi night.nampak macam ringkas,tapi ambik masa la jugak nak settle kan semua bahan.nak kena tanak nasi dulu ,pastu siap kan bahan-bahan.haritu just goreng telor,potong timun jepun,masak tuna and sotong.


Untuk beras, beli la dekat mana-mana pun ada.janji beras sushi.kalau beras biasa mesti la nama lain jadinya,bukan sushi dah tu.ni beli dekat giant,peket kecik camni dah RM10.masak 2 pot dalam periuk nasi biasa.memang nak buat lebih so that boleh ulang makan.eryna kan pencinta sushi.




Susun la elok-elok sebelum nak roll.gigih la sebab nak amik gambar punya pasal susun lawa-lawa.yang hitam kat belah kiri sotong terayaki kata nya.nampak burnt tu sedap sos dah caramelised.rasa sedap woooo...






Susun macam ni.seaweed letak atas bamboo wrap tu.nasi tu lenyek-lenyek bagi ada space sikit.and make sure nipis jer sebab nanti susah nak roll.kang melimpah-limpah keluaq sushi tu jadik benyek.letak apa-apa kau suka.kalau ada telor ikan kecik-kecik tu lagi best.mana la nak jumpa kan.




Yang ni telur,timun and mayonnaise.roll nya dari hujung ke hujung.lepas tu potong dengan pisau tajam.baru la nampak cantik dan sekata.yang hujung-hujung tu lagi best makan sebab seaweed lebih :).



Ni sotong teriyaki grill yang nampak menakutkan tapi lazat ooo.sos teriyaki tu buat sendiri ( kicap + madu ) ,masak lepas tu grill la sotong tu.jangan lama nanti rasa pahit .




Taraaa..dah siap rolling.untuk 2 pot beras ,banyakkk la juga sushi ni dapat.eryna tak dan nak habis roll asyik ulang mai dapur nak makan sushi.ada la dalam 8 ketul dia makan.suka sungguh.sebab tu p jepun haritu senang.pagi sushi,petang sushi.sebab nasi kot.makan kosong pun dia ok.

Dah siap sushi ni,lagi best kalau ada miso soup and green tea.aku tak dak la miso soup.tak berapa rajin dah.nak buat sushi ni pun ambik masa berejam.lepas ni kalau roh rajin datang,boleh la ber sushi lagi.


Wednesday, May 18, 2016

Resipi puluit ayam

As salam.

Tiba-tiba pagi up pulut ayam kan.atau orang utagha panggei 'puluit ayam' sangat la exaggerate lolsss.actually,ada sesetengah daerah kat peghelih ni depa terlebih slang,tu yang jadik puluit.kalau umah kami, panggil glutinous rice +_+.

It's not really favourite sangat pun.kalau makan pulut ni,selalu makan dengan ikan masin atau ikan temenung ( kembong ).sedapppp..pastu letak nyoq kering tu.walaweii.pekena ujan-ujan memang terbaik sangat.


image from goggle


Ni rupa pulut ikan tu mau tak tau ( goggle) .kalau belah utagha ni tak sah la takdak pulut.macam-macam ada,pulut durian,pulut pelam ( mangga ), pulut sambal.terpengaruh dengan orang siam kan makan pulut.beras pun makan beras siam.kalau balik rumah my parents,rasa ongkaya sat la sebab hari-hari makan beras siam.tak main la beras-beras biasa ni.chewah.harga beras siam ni kalau kat key ell mahai.kat peghelih dapat la murah sikit ,10 kg dalam RM60 ( make sure amik Gred A tau ).tak la murah gak kan.tapi,best pasal  beras siam ni,wangi and cantik ja beras dia.rasa pun sedappp.makan begitu saja pun layan :).


Ok,back to puluit ayam,request by en hasbeng.haritu kami balik, p padang besaq,dengan semangat nya dia p cari bahan-bahan kat sana.konon nak bagi sama rasa dengan pulut ayam kat situ la.pulut tu sama ja rasa,ayam tu la beza sikit sebab bahan perapan dia lain.kat mana entah dia dapat resipi,sibuk nak ikut sebijik sama.

Bahan-bahan untuk perap ayam :






1- tepung beras
2- sos ikan atau nampla.
3- pewarna merah
4- sos megi
5- black pepper
6- bawang merah and putih.

Semua bahan kat atas,gaul sebati dengan ayam.untuk pewarna merah and sos megi tu tak sure la ada jual ke dak.yang itu kami beli kat padang besaq.halal yer.don't worry.pewarna merah tu letak sikittt ja dah cukup sebab kaler dia mak aih...merah bak hang.sangat-sangat merah.boleh gak guna untuk buat daging masak merah.kalau p kedai thai kan ada masakan daging merah tu kan.depa guna pewarna ni la.sos ikan tu boleh beli kat giant.






Ayam yang dah diperap.ni bawah lighting nampak macam kuning.real life merah kemain.so,sebab takut merah sangat ,cheq p basuh pastu buat semula.haha.seram la makan pewarna ni,tak elok la kot kan.sikit takpa la.kira halal +_+.





Beras pulut ni pilih jenis pulut susu ya.lagi sedap and lemak.ni pun mak mentua bagi dia beli kat padang besaq.kat key ell try la cari kot ada.memang rasa lagi best.kulit pun boleh cantik gebu kalau makan hari-hari hahahahaha.

Pulut ni kalau nak best,rendam dulu dalam sejam dua,pastu kukus.i kukus guna pengukus moden jah.pun sedap.tapi cik hasben kata terlembik.cehhh.padahal makan tengah panas memang la.bagi cool sikit baru la best.buat 2 pot.eryna ulang makan sampai esok.dia lagi pencinta pulut.makan tak stop.amboi,patut la pipi tegang mulus.hikhikhik.




Ayam yang diperap tu,goreng dalam minyak yang panas.kaler dia lagi cantik,nampak merah gitu.and rasa,memang sedap.jangan lupa tabur bawang goreng yang digoreng sendiri...sos megi pun memang bagi rasa kaw dan sedap.sos tu boleh buat perap untuk masakan lain jugak.nanti dah habis wajib beli lagi.macam susah nak jumpa kat sini.

Gambaq puluit ayam takdak sebab tak menyabaq nak rasa masakan sendiri.pulut ja pun.haha.
Selamat mencuba.

*sos untuk pulut ni macam nak buat sos nasi ayam.blend cabai kering dan cabai merah dengan bawang putih.kalau suka letak cuka.then masak.siappppp.boleh buat berniaga RM 6 sebungkus.laku tau :).

xoxo.


Saturday, May 14, 2016

Day 5 : Menjejak Mount Fuji

As salam.

Mood rajin kembali.dah tertunda almost 3 months....nak sambung cerita kat mount fuji pulak.
Antara agenda utama nak ke jepun adalah,nak tengok mount fuji.icon tu,rugi la dah mai jauh-jauh tak tengok.plan asal,tidur kat sana.tapi,bila tanya orang yang pernah pergi and googling,ada yang kata boleh jer balik hari.so,tak payah tidur sana.kang boring pulak nak wat apa jer kat sana.kami pun tak planned nak ke hakone ( boleh goggle la apa tu hakone ok ).

Malam tu,balik dari lepas main salji tu kan, masa kat reception hotel,jumpa chinese family dari malaysia.depa excited,kami pun.hehe.orang msia kalau jumpa time cuti kat luar msia mesti ramah kan,hehe.depa 4 orang,dari mana ntah,macam area kl gak ler.depa pun nak p mount fuji jugak esok nya.tapi ,depa nak kuaq awai pagi around 6 macam tu.tak dapek la,ada budak kecik ni susah sikit la.

Then,balik bilik,tetiba hasben kata kaki dia sakit.pulak dah,pastu dia saspek kena gout.what ??? of all places,why jepun why...kat msia tak pernah kena,elok jer kot.dia kata agaknya sebab banyak makan tuna in can,.and asal beli nasik kepal tu,mesti makan tuna.adoiyai,camne ni.i cakap kat dia,if u tak larat esok,i pegi dengan eryna ja.gitew.sungguh tak mithali wei,bini nak bersuka ria.hahaha.so,malam tu,dia makan panadol.punya la banyak ubat kami bawak,pain killer jer takder.sebab i tak biasa amik pain killer ni.and mana la nak tau benda macam ni happened.sebelum ni travel tak pernah pulak jadi.

Pagi esoknya, awal subuh pagi dia keluar konon nak cari pain killer.tapi takder pulak,kat sana tak la macam kita.ubat-ubat ni semua is controlled medicine.even kat family mart depa tu tak der lah minyak angin ke apa semua tu.
Masa dia keluar tu,balik bagitau nampak geng msia tu dah keluar.depa paham la kami keluar lambat sebab ada anak kecik.kaki hasben pun dah ok sikit kata nya,kejut eryna suruh bangun sebab takut lambat sangat nak sampai.jauh jugak mount fuji ni.

Singgah farmasi beli ubat sapu macam yoko-yoko tu.itu pun jenuh kena goggle tunjuk.boleh pulak yoko-yoko tu takder kat sana padahal produk japan kot.depa bagi lebih kurang macam yoko-yoko tu la.harga mahal tu , 1,200 Y = RM40. tu la,sapa suruh tak bawak dari msia haritu.huhuhuhu.





As usual,naik train dari hatagaya-shinjuku JR.time ni,ramai orang nak masuk opis,few time la kami terlepas train.tapi,train depa banyak,every 5 minutes ada lagi nanti.after 3 kali past,baru naik.
Di shinjuku ,kami ke tokyo station and turun di Otsuki station.perjalanan amik masa dalam 1 jam lebih dengan express train.kami beli makanan utk breakfast dlm train.sempat tertidur kejap time ni.badan dah mula rasa flat sikit.tiket tak kena bayar sebab laluan JR.

Sampai otsuki ,kami kena beli tiket untuk ke lake kawaguchiko station sebab tak cover dalam JR.harga 4550 Y = RM 144 untuk 2 adult.actually,boleh jugak naik bus dari tokyo ke mount fuji,tapi perjalanan dalam 3 jam lebih.harga tiket lebih murah la..

Perjalanan dalam 45 mins.train tak banyak,tapi kami dapat on time gak la.target pukul 345 petang akan balik semula ke otsuki station dari lake kawaguchiko.




Actually, dari dalam train dah nampak puncak mount fuji terserlah.rezeki betul sebab ada kata susah nak nampak kalau tengah hari sebab awan tutup.kami pulak,dapat tengok lama-lama :).cantik betul kan :) sini kawasan kampung,nampak macam sawah padi pun ada.,hehe.




1145 pagi naik train, 1230 sampai kat lake kawaguchiko.melilau sana sini,so kami decide tak yah naik bus hop on hop off tu..mula-mula nak gak beli bus pass tu,tapi tak cukup masa.kalau sampai awai pagi memang berbaloi sebab ada banyak tempat menarik depa akan stop.harga pass tu 1,200 Y..
So,kami jalan kaki ke tasik and plan naik cable car.





Mount fuji ni boleh nampak dari belakang lake kawaguchiko station ni jer.tapi,tak dapat nak selfie la sebab pic gelap.matahari dah tegak masa ni.salji masih ada and quite tebal.sejuk jangan cakap la.gigil jugak.






Kami jalan round-round kawasan.sunyi jer.agaknya orang keluar kot atau still tidur ??? keta ada la mostly bawak pelancong.sepanjang jalan tu kami bertiga jer la.jalan pulak tak leh laju sebab ada orang tu sakit kaki.hewhew.eryna pulak,dia terus lepak dalam stroller.

Stop kejap layan main salji beku,agaknya malam sebelum tu salji turun kot.nak tolak stroller pun susah sebab salji tebal.sebenarnya dekat jer dari station tu nak ke tasik,kami terikut laluan yang jauh,maka jadilah 30 mins ,tapi takpa la,dapat jalan-jalan amik angin.






Jumpa kereta kelisa.eh..macam familiar jer ,macam yours truly punyer jer.laku tau kelisa ni,tu yang i sayang nak jual tu.nampak salji mengeras tu.buat abc sedap ni :).

Dah sampai tasik,perut lapar,so singgah makan.ada restoran indonesia.tapi makanan india pulak depa jual..of course halal jangan risau :).kalau takder makanan tadi,ingat nak singgah family mart jer tapau nasik kepal and kopi.so,lepak makan sat.




Order dua set makanan.syer bertiga.nasi tu ciput,eryna ngan pak dia makan.i makan roti.portion besar,paksa habiskan sebab mahal.jangan membazir.haha.harga 2300 Y untuk lunch.ok,malam kang makan meggi yer +_+.




Dah pukul 2 pm ,kena cepat sebab takut terlepas train pulak.kalau terlepas pukul 345 tu ,nak kena tunggu pukul 5 pm pulak.kita g tasik and amik pic la dulu.cantik betul tasik dier.tenang jer.kalau ada masa,boleh naik boat.tenang dan mendamaikan.ada 5 tasik kat sini,yang kami singgah lake kawaguchiko.kalau beli tiket bus tu,depa akan bawak ke banyak stop.itu sesuai untuk yang datang awal pagi macam geng chinese tu la.

Jalan lagi,nak naik cable car .boleh tengok pemandangan dari atas.mesti lagi cantik.harga tiket 700 Y,tapi kami dapat diskaun ,so sorang 650 Y.eryna as usual free.untung bawak budak-budak,banyak free.ingat ke tak belakang kira.so far ,even until now,ingat jer dia.siap cakap, "nanti eryna nak pegi lagi la tokyo.nak naik train"..amboi,macam kan dekat and murah yer :)..insya allah kalau ada rezeki memang nak p jepun lagi,perhaps sapporo ke.

Cable car ni ada 2 jer ,tapi cepat turun naik.view dari atas,cantik giller kan.salji pun memutih jer.terima kasih atas kepada Dia atas rezeki ini.pengalaman indah.



View from cable car.cantik sangat.





Kat atas ni,dapat tengok fuji sangat clear.tapi tu la,amik gambar gelap sebab matahari kan.yang penting puncak fuji tu nampak.kami beli gak gambar dari depa,so ada la kenangan kami bertiga berlatar belakang mount fuji yang sangat gah.....






Ada kandang rabbit  kat atas tu gak.tapi tak sempat dah nak p.mata asik tengok jam jer.lepak dalam 30 mins kat atas tu,pastu kena turun dah.nak singgah beli mount fuji cookies pun tak sempat.jalan laju-laju nerves kot terlepas.dah la hasben jalan slow..






Kali ni sebab dah tau jalan,so kita amik short cut.15 mins dah nampak station.hehe.tu pun siap berlari-lari tu kot terlepas.haha.memang ngam-ngam train dah nak gerak.kali ni naik thomas train.suka la eryna dengan thomas dia.lepas tu dia tertidur.train ni amik masa sebab banyak station pulak dia stop.ada time tu, stop dekat area sekolah kot,tetiba banyak pulak budak sekolah naik.




Ada tu,budak2 lagi dah pandai couple.dok posing-posing pulak,ala-ala manja gitew.macam msia la jugak tapi versi tak la gedik.waktu sejuk pun rilek jer pakai skirt pendek kan.aku ni,berbungkus 3 layer lagi.cute jer uniform depa ,skirt corak belang-belang tu  :)

Pukul 430 pm sampai otsuki station and tunggu train nak balik tokyo.lepas ni nak singgah harajuku sebab nak beli souvenir kat daiso.hahaha.yer la,nak beli fridge magnet buat hadiah tak mampu noks.mahal kot.ada la jumpa dalam 200 Y tapi bukan fridge magnet yang ada tulis jepun ke tokyo ke apa tu.susah betul nak jumpa fridge magnet kat sini.

Dari tokyo nak ke harajuku kejap jer.in fact train kami naik tu,lalu harajuku,so tak payah tukar train dah.direct jer dari otsuki station turun di harajuku.awal lagi baru 530 pm dah nak maghrib.harajuku best,happening.dah ala-ala macam kat myeondeong kat seoul.pusing-pusing tak jumpa jugak daiso.tanya foreigner kat situ ( sebab kalau tanya japenese,kang lambat dapat jawapan ) ,rupanya daiso laluan lagi satu.stop beli latte dulu,cuaca sejuk kena la minum ayaq panas.eryna pulak nak eskrem.mula la cranky,so pusing la cari.tapi,tak jumpa la.crepe ada la.

Mujur nampak churros,so beli ja bagi.harga sebatang dah 300 Y.tapi nak bagi diam punya pasal,beli jer la.nak beli kebab ,tapi malas pulak nak kena naik ke food court atas.dengan nak bawak stroller lagi.telan ayaq liur jer la dulu .





Dah nampak daiso ,terus happy.daiso depa besaq,3 tingkat lagi.dari jauh dah nampak pink.and confirm la tak sama dengan msia.ada barang yang tak bawak masuk msia.ramai kot orang dalam ni.jumpa geng msia lagi dari melaka.hehe.sempat sembang kejap,depa dok tunggu kat luar jer.sedara depa ada kat dalam tengah membeli.





Nampak ada pouch beg kain ala-ala kimono,terus amik.pastu ada towel kecik design bunga sakura.pun beli.sebab takder kat msia.haha.ada la nampak gaya jepun sikit kan.
Then,beli biskut ,japanese tea and choc semua perisa green tea.borong tak sedaq ada la dalam satu plastik besar tu penuh.jenuh nak bawak balik nanti.

Kat harajuku ni depa tutup kedai awal jugak.and eryna pun dah letih.some more ada orang tu dah sakit kaki dia,so balik jer la hotel.esok dah nak gerak balik ke osaka sebab kami balik ikut kansai airport.kejap jer rupanya dah nak balik msia.sobs sobs.tak puas betulnya.ada few places tak sempat p,antara nya nakamise street ,rippongi hills and tokyo cami mosque.ada la alasan nak repeat japan ni.:).

End of day 5.

Day 1
Day 2
Day 3
Day 4


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...