Wednesday, February 17, 2016

Tengok Ola Bola.

As salam.

Stop sat entry japan.dah save dalam draft,tapi tak sempat upload gambar.
Penting untuk kenangan diri sendiri.
Mujur lah waktu p travel dulu-dulu ada buat blog,senang nak refer balik.
Kalau la dulu takdak tulis,agaknya dah terlupa apa yang berlaku.
Memang gambar ada boleh ingat,tapi,pengalaman tu kadang-kadang buat kita terlupa.

Well,balik haritu,saja amik cuti extra khamis & jumaat.
Dah dapat agak la,lepas holiday selalu nya lemau.
So,khamis tu,ajak hasben p tengok wayang.
Dia dah tengok,so i la nak tengok "Ola Bola".tapi,dia kena la jaga eryna.
Budak tu,taska pun ponteng sebab dia tengok mak pak dia tak p kerja.

Hasben kata dia nak ikut tengok.ok lah,jom semua tengok.
Seriau gak sebab tengok waktu petang,kot dia takmau.
Haritu masa tengok dilwale,time malam,dia sedap ja tidoq.

Bagitau eryna,nak tengok wayang.rupanya dia confuse.amboi,baru seminggu p japan dah terlupa ka.dia ingat nak tengok "layang-layang".aduiii.
Kemain lagi beli pop-corn segala.sekali,half way,dia dah bosan.
Cakap kuat-kuat pulak tu "eryna nak tengok layang-layang".sabaq jer la mak hang ni.
Takut ganggu orang sebelah.

Bagi henfon,dia p bukak volume kuat.huhu.silap tak bawak ear phone.
Last,terpaksa la jugak bawak dia keluar dari situ.
Menangis pulak sebab abah dia kat dalam.so,i call suruh hasben keluar jaga eryna.sebab nya dia dah tengok.biar la i pulak layan.

Terlepas movie dalam 15 mins,tapi still boleh catch up pun.
Boleh tahan best citer ni.pelakon dia semua muka ala-ala zaman dulu kan.hensem-hensem pulak tu.hahahaha.suka tengok pelakon baru.biar fresh lagi best nak tengok.
And bront is always the best.menjadik :)

Cuma,kalau diteliti balik,cerita ni,takdak kisah pasal Abu.kisah si penjaga gol tu ada,kisah si tauke pun ada.tapi,abu takder kisah dia.kalau masukkan kisah abu sekali kan best.baru betul-betul harmoni.ke sebab depa fokus kisah si brontz tu yang lebih.

Yang belum tengok,sila la pergi.i bagi 3.5 over 5.ada time memang sedih jugak sikit.semoga team football kita akan terus cemerlang :).
Habis movie, keluar la carik dua beranak tu.eryna siap tidur lagi ha.sabar jer la.ngantuk sangat la tadi tu yang buat perangai.lepas ni,no more bawak tengok wayang k.unless midnite movie.>_<.

xoxo.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...