LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Wednesday, February 24, 2016

Ikea Rules.

As salam.

Weekend haritu,melawat kawasan.dah lamaaa la jugak tak makan kat ikea.tahun ni,baru first time la nak singgah >_<.selalu tu,balik opis ja kami p sana.sebab kalau weekend tau la hazab nak dapat parking kat sana.

Then,terbaca ada sapa post kat Fb entah, cakap sejak Ikea cheras dah buka,ikea damansara dah tak berapa busy.hoorayyyy .suka sangat.please please go to ikea cheras k.dengar cerita kat sana lagi best.biar i olls ja yang melawat ikea damansara ,nanti kesian dia sunyi sepi :D.
So,tak tau nak lunch apa,makan meatballs jer la harini.actually nak tengok deco kat sana.hajat di hati nak revamp la sikit rumah ni.bosan la,nak 3 tahun dah move in,dok macam tu jer.




Dari duluuuu lagi,nak letak para atas rak tv tu.tapi memang kena reject jer la sebab le hasben tak suka.dia kata kacau pandangan nak tengok tv.eh,pulak..ok jer.dalam rancangan tu,nak letak segala gambar la.abis tu,entah zaman bila nak siap gantung.kalau buat para macam ni,takyah gantung dah ,terus letak jer.




Eryna main henfon.padan muka,upload pic dia mulut herot gitu.tu nama nya kepoh,sambil nak bergambar sambil nak selfie.gitu la jadi nya.penuh gallery dengan selfie dia saja.




Cute jer gini.ni pun sama....lamaaaa dah dok aim nak beli kufi art ,nak letak kat dinding next to dining table tu.pun sama,nan hado.entah bila nak buat dah.
Anyone tau kat mana nak beli kufi yang cantik lagi murah.hehehe.




Nak simple macam gini.cantik kan.very nice.color pun soft jer.konon nak la beli cat and buat double cat, tapi ada orang takmau buat.huhu.kalau harapkan cheq,memang tak jadi la.macam cantik jer tengok orang main warna kat rumah.nak wat camne,tak berapa kreatif,tangan lak keras,kalau dak boleh ja nak kaler sendiri.




Suka karpet ni.yang ni dah aim and dah include in bajet.rugs yang lama nak letak tempat lain.saja la kasik kelainan.dah takmau cat.so,tukar yang lain la.pastu berangan nak beli sofa/kerusi kaler terang sikit.geram tengok rumah nani idayu tu.lawaaaa ok dia deco.dah sebijik macam ikea showroom.nak tengok deco dia,g follow FB dia.cantik ok.

Ingatkan weekend macam ramai la queue,so tak beli apa-apa.sekali,turun bawah,tengok la,tak panjang pun queue.nak patah balik amik barang macam malas pulak.so,solutions nya,balik,kemas dulu barang apa yang nak and tak nak.kosongkan ruang and decide balik nak beli apa.
Kalau tak,semua barang pun aku rasa nak hangkut.last-last penuhkan stor jer.



Ni queue kat bawah,untuk aiskrim.eryna dah tau ,kalau mai sini,baru masuk parking jer pun,dah demand nak aiskrim.
Ha,satu la nak tegur,sayang nyer la ikea ni cantik-cantik tapi kita ni tak pandai jaga.contoh nya masa kat cafe.bersepah main longgok jer pinggan atas meja,apa la salah nya,angkat and kemas.letak kat tempat yang disediakan,nak harap pekerja kat situ,berapa ramai jer pun.ada tu,sanggup tunggu ok.duduk dengan meja bersepah tunggu pekerja datang kemas.pastu nak marah kalau lambat.

Ish,tu la dia kalau mentaliti,dia pekerja ,orang bagi gaji,so dia buat.ada couple meja tepi ni,brader tu makan dah la sepah,pastu dok mengadap phone jer.anak ramai-ramai bini yang jaga.bahagia nyer hidup.last-last i la jugak dengan le hasben amik pinggan dia,angkat dalam tray and letak kat tempat tu.bini dia pandang cuit-cuit dia buat bodo jer.iskkkkk.




Tengok tempat deco ni pun orang buang sampah.irresponsible punya worang.maklum la,mat bangla kan ada nak tolong kemas +_+.




Budak comot makan aiskrim.suka la tu.padahal tengah batuk.ubat kepada batuk la tu.tapi,elok pulak pastu takder batuk.haha.i as usual makan karipap ikea jer.le hasben makan hot dog.dulu ada bawang,sekarang roti and hot dog semata.




Ada orang dapat beg baru.mujur dapat yang murah.beli kat Toy s R us. RM 29 jer,murah la kan,dah la original barney.saja jer masuk toys r us usya-usya.selalu tu jarangggg la nak beli sebab mahal.nampak jer ada beg murah and cantik,terus la offer.dok cari beg baru sebab yang lama dah koyak.g one utama,beg kat jasko tu pun mahal oii. RM70 kot,mak aih..budak sekarang ni cost tinggi uuuuu..

Mujur la eryna jenis tak banyak kerenah.i know she's been eyeing for frozen or mickey.tapi harga RM 100 macam tu and she know,i will not buy.mahal kot.haha.tunggu la masuk sekolah betul-betul.ni baru kindy jer kot.beg tu pun dah kali ketiga beli.
And now,she is one happy kiddo,hari-hari sebut beg barney dia cantik.hehehe.pandai amik hati mak kan :)

xoxo.



3 comments:

Zie Azi said...

kan,sakit hati kalu org tak jg kebersihan

Saniah Ahmad said...

assalam,, cantik kan deco kat ikea tu,, ada satu deco katil yang anie suka,, insha Allah kalau ada rumah sendiri nak deco seperti Ikea huhuhu,,, varangannnn!!

FadMN said...

Zie Azi : tu la ,pengotor.huhu.

Saniah Ahmad : tu la,design ikea ni memang sesuai untuk semua orang kan.simple and tak serabut.insya allah,nanti mesti syok nak deko-deko :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...