Tuesday, February 23, 2016

Hari ketiga : Tokyo Disneyland

As salam.


Yang ni paling ditunggu sekali oleh cik eryna.
Dari start book tiket dulu,hari-hari sebelum tidur,nanti dia akan cakap, "kita nak g jumpa mickey kan mama.".pastu bukan main lagi dia makan vitamin hari-hari.alasan dia "eryna kena sihat,kan mama".
Masa sampai tokyo tu,dia tanya jugak,bila nak g jumpa mickey.tak sabaq lettew.mama pun sama la tak menyabaq.
Dulu,mama planned disneyland HK jer,tak sangka dapat rezeki bawak eryna sampai tokyo disneyland.

Ada kawan kata,rugi bawak budak kecik ni,sebab nanti depa tak ingat.
Bagi aku pulak,tak rugi sebab budak-budak kan free.haha.
So far,ok jer,kan boleh print gambar,nanti pasang la besar-besar kat rumah tu,confirm depa ingat.
Eryna pulak,ingat jer.even last 2 years kami p hello kitty and legoland tu,dia still ingat.
Yang dia tak ingat time p kuching and kota kinabalu ,sebab kecik sangat baru setahun.




So,seperti dijangka,punya la payah dia nak bangun.puas la aku kejut.
Aku pulak,lepas subuh,sama la sambung tidur sebab still awal ,baru pukul 5 pagi.
Tapi,pukul 7 aku dah bangun sebab nak g buat laundry.lupa pulak,laundry cuma boleh buat start pukul 9 pagi.grrrrr.leceh sikit la sebab orang dah nak keluar jenjalan kot.

Pukul 9,aku naik atas nak laundry,suruh asben kejutkan eryna.umpan mandi bath tub la.
So,dia bangun and lamaaa pulak berendam.
Since harini memang nak p disneyland semata,so tak kisah sangat la sebab nak stay sana sampai malam.kena ikut mood budak jugak.so far,eryna tak susah nak handle pun.




As expected,pukul 11 lebih baru nak keluar hotel.tu pun sempat amik pic dulu.hehe.
Hari-hari aku pakai winter jacket yang sama,tudung and sweater jer tukar.padahal ada jer bawak lagi satu winter jacket,malas pulak nak tukar.selesa yang ni.

Dari sakura hotel-hatagaya kami naik train,amik 'keio new line' ke shinjuku station.harga tiket 180 Y per adult.beli dulu kat mesin,sebab JR tak cover untuk keio line.

Tak sampai 10 mins dah sampai shinjuku,terus g kaunter JR.tanya macam mana nak ke disneyland.
Actually,kami ada jer download "hyperdia" apps kat phone,tapi saja la tanya lagi.hehe.
Hyperdia ni sangat membantu untuk panduan jadual train and sangat accurate.itu tips later ya.

Dari shinjuku ,amik 'chou line' ( ini pun cover by JR ) , turun di tokyo station.dari tokyo station amik express train ke maihama station.since JR tu cover everything,so,i am not sure how much ticket untuk ke disneyland kalau korang nak beli.mungkin tak sampai 500 Y untuk one way.

Sampai disneyland dalam pukul 12 lebih macam tu.tak la jauh sangat,dalam 20 mins jer dari tokyo station tu.yang jauh tu nak jalan dari train kat tokyo tu nak ke line train disneyland.masa tu,tak tau kat mana lift,naik turun escalator ada la dalam 3 tingkat.belum lagi kena jalan jauh giller.uiii,kurus woi dok jepun :).mujur ada stroller,umpan i-pad,dok diam-diam dalam tu.

Seronok sangat dah kat disneyland.tokyo disneysea tu kat sebelah tu jer.
Kami masuk disneyland sebab eryna.kalau ikut orang tua,masuk disneysea jer.
Harga tiket sama jer untuk both parks.kalau beli 2 day pass rasa nya lagi murah.
Boleh refer kat website tokyo disneyland ni.

Kami beli tiket kat JBT malaysia.harga dewasa RM 270 sorang.kalau beli online atau di kaunter sana,lagi murah kot ikut currency.agent pun amik la komisen sikit.
Harga di website 6,990 Y dewasa dalam RM260.ni ikut tukaran semasa 100 Y = 36.50.\

Reason kami beli kat malaysia,sebab susah nak beli online.
Kalau nak beli online,kena letak date yang nak p.let's say la tak jadi p,burn la.
Macam tiket yang beli kat JBT ni,open ticket,boleh masuk anytime.
And takut queue panjang kat kaunter.sia-sia jer mai jauh-jauh tak dapat masuk kan.
Kalau beli tiket dari JBT ni,kalau park tengah sesak pun boleh masuk.sebab kalau peak hours,depa akan tutup kejap.






Hari kami sampai tu,so to happened,orang tak ramai.kira rugi la sikit.tapi takper la,better be prepared.
Jangan lupa naik train mickey yang cute tu.nanti dia bawak la pusing ke disneysea tu.harga 200 Y untuk adult.kejap jer pun train tu pusing.tiba-tiba dah sampai.hehe.
Cuaca sejuk best jer.





Hello disneyland.sapa yang excited lebih ni.hehehehe.
Syok kot disney.character semua cute mute.





Nampak mickey mouse belah sana.,tapi malas nak queue.ramai jugak orang.
So,kita amik gambar kat mana-mana yang kosong jer.




Dah lama aim cekak minnie tu.beli kat eryna satu.mahai la jugak,untuk orang dewasa 1200 Y ( RM40 ) .untuk budak 1000 Y.pastu eryna tak mau pakai sebab lagi excited nak olaf.cisss,kalau tau,tak der la nak belikan.bazir jer.huhu.






Ada gerai kecik-kecik ni jual pop corn.bekas pop corn tu pun cute ,ada bentuk olaf,mickey,minnie and macam-macam lagi la.mahal la,2000 Y,so tak beli.makan pop corn jer.
Gerai churros pun ada kat merata-rata.harga 300 Y seketul.sedap makan panas-panas.





Tengok jadual,pukul 330 pm ada parade.orang dah start duduk tepi jalan tu book tempat.
So,kami pun sama la.duduk siap-siap.dalam 30 mins la jugak tunggu parade.nak dapat seat depan punya pasal.
Cute dak kami pakai cekak minnie tu.hihihihi.,kejap ja eryna pakai tu,pastu takmau dah.uhuk uhuk.
Tema sempena winter tu,harus lah frozen.ni tengah tunggu frozen parade.






Mai dah frozen versi jepun.so cute kami nyanyi sama-sama.walaupun tak paham bahasa jepun,tapi semua orang pun tau lagu frozen kan.layan kan jer la.happening.best dapat duduk barisan depan.hehe.




Si minnie mouse yang terlepas dari istana nya.hehe.nun jauh di sana,disney castle.wajib la amik pic kat sana nanti.
Actually,masa kami banyak wasted macam tu ja.takdak main apa-apa games pun.lebih kepada menikmati suasana.




Habis parade,dah pukul 430 pm.nak solat,boleh ke information counter kat main entrance .nanti bagitau dengan reception nak solat.depa akan bagi bilik,bolehla solat.

Kat sini,baru la jumpa orang malaysia.ramah la kami bersembang.depa baru sudah sembahyang.kat sini ,wuduk kena la amik kat toilet.tak jauh mana pun toilet,jalan jer kat sebelah tu.
Lega dapat solat tempat proper.kudos to disney yang berusaha untuk cater muslim needs.




Tiba-tiba dah malam.haha.banyak jer gambar amik,tapi tak larat nak upload semua.eryna masa ni tengah minum susu.so,kami laju-laju mintak pekerja disney amikkan.,hehehe.ni orang tengah tunggu parade.yang ni ada mickey and friends.





Parade yang ni best.cinderella tukar-tukar baju kau.eryna siap jerit-jerit nampak mickey.hihihi.puas hati bawak dia masuk sini,walaupun satu games pun kami tak main.




Lepas habis parade,sementara tunggu final one dari disney castle,makan waffle mickey ni.,yang ni seketui 1000 Y.beli dua,share .tu pun tak habis sebab besar.makan panas waktu sejuk sangat best.
Budak comot makan waffles.mula-mula takmau,last-last dia yang habiskan.




Lepas tu,kami tengok fireworks.best giller.itu rekod kat video tak dapat la share sini.memang superb la,terbaikkkkk.pukul 830 pm,habis la semua show.





Kami singgah kedai disney cari souvenir.
Tak beli sangat pun sebab mahal.just beli baju untuk eryna,and cookies frozen.
Comel-comel souvenir disney ni.tapi,dok cari fridge magnet sampai ke sudah takder.ada macam-macam la tapi harga mak aih,menangis oiii.mahal nyer la.




Kat entrance disney hotel kot rasa nya.tak sure.haha.kuar dari disneyland jumpa ni,amik gambar jap.suhu masa ni negatif kot,sejuk semacam.eryna sebab tidoq.

Kami sempat catch up train and orang pun tak berapa ramai.eryna tidur dari train disney sampai ke tokyo.dari tokyo tukar lagi ke shinjuku and ke hatagaya,sikit pun dia tak sedar.padahal itu pun amik masa dalam sejam.mujur jumpa lift,tak payah susah nak escalator.sebab tu dia tak sedar kot.

Tiba-tiba masuk bilik sedar pulak,terus nak mandi kolam.sabar jer la.
Tapi,sebab letih,habis berendam,minum susu terus tidur.

Esok nak p main salji kat Gala Yuzawa.yeay :)

End of day 3.
xoxo.

Japan - Day 1.
Japan - Day 2.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...