Monday, February 22, 2016

Hari kedua : Konichiwa tokyo ( Nippori textile, Asakusa, Akihabara & Shibuya )

As salam.

Amboi,tajuk tu,nak jugak konichiwa bagai.
Satu la orang kat sini,kau naik turun bus ke,kau beli makanan ke apa ke ,muka depa walau tengah serius pun,tetap juga mesti nak cakap "arito gozaimas"..pastu apa entah dia cakap panjang-panjang dalam bahasa dier..nak jer ku record sebab mukadimah punya la panjang.hasben kata,itu la yang betulnya akad jual beli dalam islam.syok pulak dengar,bagai kan berlagu :).

Hari kedua,awal pagi dah bangun.eryna excited mangkit awai sebab nak berendam dalam bath tub.
Cawan dalam toilet tu pun jadi buat mainan.sabaq jer la.
Lama la jugak tunggu dia berendam dari pukul 615 pagi.
Pukui 615 pagi dah bangun oii berendam.jam mesia ,515 pagi.sini kan subuh awal,tu pun rasa macam dah terlambat pukul 5 pagi baru hegeh bangun.

645 pagi kami dah turun bawah.maklum la second day,masih bertenaga.tunggu la esok camno cik mek ni boleh ke dak dia bangun awal.
Urusan check out pun sangat cepat,bagi kunci dah settle.
Laju-laju g naik shuttle yang dah tunggu.
Tepat pukul 7 am,as in schedule bus pun jalan.tak sempat nak panas bontot,eh,dah sampai shin-osaka.kalau jalan tu mau 15-30 mins jugak tu.dengan bus 5 mins jer.

Kami cepat-cepat naik atas,kali ni dah bijak tau ada lift.japan agak senang dari seoul.kat seoul susah jugak nak jumpa lift.semalam kami turun naik tangga sambil bawak luggage ,dengan stroller lagi.so,pagi ni dah jumpa lift,terus zass sampai atas.





Sebab nak ke tokyo,jadi kami akan naik shikansen.terus ke line shikansen.hensem betul shikansen ni.
Jangan risau,banyak jer signboard tunjuk arah shikansen.
Untuk JR pass,kalau confuse sangat,masuk jer JR office,and tanya depa.they will show the right way.

Ngam-ngam jugak,shikansen dah sampai.masa tu depa tengah cuci dalam train.sebijik macam tengok kat youtube ada orang tunjuk macam mana pekerja jepun cuci train dalam masa 7 mins kot.macam tu la depa buat.tak sempat nak amik video sebab laju sangat depa cuci.




Lepas tu,tepat 725 pagi train gerak.train ni panjang koc dia.untuk koc 1-4 adalah untuk reserved seat.koc 5-10 non-reserved seat.masa first time cari,punya la jauh kena jalan nak cari koc sampai lari-lari takut kena tinggal.padahal,masuk jer la dalam mana-mana koc dulu,pastu jalan jer la dari satu koc ke koc lain cari tempat duduk.semput oooo.





Masa dalam train,tak teringat pulak ada satu blog tu kata,ada seat yang akan nampak mount fuji.kami main duduk jer la ikut seat yang di reserved,without knowing that, our view will be mount fuji view ....selepas sejam macam tu,tetiba hasben bagitau "mount fuji,mount fuji"..subhanallah,cantik sangat.clear.rezeki nampak mount fuji awal pagi.ni lah antara sebab nak p jepun.nak tengok mount fuji.laju-laju amik video and gambar.tak nak terlepas.puas sangatttt :)

Dari osaka ke tokyo amik masa 3 jam.expected to arrive 10:30 pagi.jarak 550 km.laju tak laju kan,sekejap je sampai.pengalaman naik shikansen ? priceless :).
Tak sanggup nak tidur,sebab rasa sayang kot-kot ada terlepas view yang cantik.memang awesome.




Tepat 10:30 pagi,sampai di station tokyo.excited weh,dah sampai tokyo dah kami :).
Tokyo station pun besar dan busy.yer la,station depa ni,ada segala macam train,dari subway,metro,shikansen,express train.belum lagi line yang berselirat.pening tak pening,tapi,don't worry,kalau tengok betul-betul,insya allah ok jer,takdak masalah.
Stesen pun bertingkat-tingkat.mujur ada banyak lift untuk access.




Kami simpan dulu luggage yang berat kat locker.harini kan nak check in kat hotel tokyo.4 malam akan berada di tokyo.kami stay area shinjuku.tapi,stop di tokyo station sebab nak terus p visit.kalau nak ke hotel dulu,pastu nak keluar semula takut ambil masa.




Ni pusingan membulat tokyo untuk yamanote line.yang mana takder dalam ni,maksud nya kena ikut line lain,contoh : Asakusa takder dalam line ni..Asakusa tu sebelah Ueno.so,nak ke Asakusa kena naik subway atau line lain..
Tak susah mana pun.semua tempat wajib visit di tokyo ada dalam kedudukan membulat.train ni akan berpusing gitu,cuma jangan silap naik train jer.kalau silap,turun g la naik train lain.hehe.maksud nya train tu memang akan sampai ke destinasi,tinggal lagi,samada train tu yang akan singgah banyak tempat atau train tu akan cepat sampai.
Sebab tu penting ada apps hyperdia ( boleh download di android ) untuk jadual train.hyperdia ni akan bagi few options untuk perjalanan train.very easy.

Untuk JR pass,kami tak payah beli suica card atau passmo ( macam touch & go ) sebab selagi kami naik train " Yamanote Line" ,dah termasuk dalam JR.just show pass to security and naik jer train.save jugak di situ.kalau yang takder JR pass,digalakkan beli card tu.kalau ada balance,nanti kaunter akan refund.fungsi macam touch and go.



Itinerary hari ni, pergi Nippori textile , Ueno ,Asakusa, Akihabara and Shibuya crossing.

Nak pegi Nippori textile,amik yamanote line dari tokyo station ,turun di Nippori station.apa ada kat sini? ha,kat sini la dia jual japanese cotton and segala mala kain.i nak cari kain ala-ala design kimono tu.
Kalau ikut kan,kebetulan jer jumpa stesen ni.baca kat blog,ada yang kata turun di ikebukuro,pastu jalan ke Nippori station.masa dalam train,tetiba ada dengar announcement, next station, Nippori.so,ajak hasben turun,tak payah la nak p sampai Ikebukuro.maybe sebab kami naik yamanote line which is different kalau guna line lain.




Keluar dari Nippori station,ada signboard,Nippori textile town.jalan sikit jer,depan sana tu,ada macam-macam kedai kain.cari la situ.ada yang review,kedai "tomato" murah.tapi for me,biasa2 je,tak murah mana pun.and design pun tak meletops.




Singgah family mart beli air dulu.as always,latte la.murah noks,100 Y pun dah boleh minum latte sedap.pastu beli la jugak nasik kepal lagi.in case lapar.eryna pun dapat upah beli la cekelat apa-apa,kang satgi tak duk diam.bawak jugak segala koko krunch,mamee nak bagi dia ralit.
I-pad tu dikecualikan time cuti.terpaksa bagi,kalau tak,dia boring ,mula la nak wat perangai.bawak budak macam tu la kan.




Jalan sampai give up.haha.time allocate cuma 2 jam jer.tak jumpa yang berkenan.pastu eryna nak terkencing.terpaksa patah balik ke stesen tadi sebab tak jumpa toilet.even petrol pump depa pun tak der toilet.tak la macam msia,senang nak jumpa toilet.mujur la dia tak terkencing.
Maklum la,sejak dah dypers free ni,p jalan-jalan pun,tetap jugak takmau pampers.nerves jer ,setiap saat tanya nak kencing ke tak.mujur sempat sampai toilet.tu pun bersilat nak bukak seluar sebab pakai 2 lapis kan.huhu.

Pastu,hasben kata,last chance,kalau tak jumpa jugak,kena gerak p Ueno.eleh,dia tu tau la nak beli HRC dia tu.sabaq jer la.memula merajuk la jugak i olls sebab tak jumpa kain.hasben kata,p la cari,jom pusing balik.





Mujur la,pusing tu jumpa satu kedai pakcik ni.cantik kain dia.and ini lah yang dicari.design semua jenis kimono.suka suka suka.terus beli untuk diri sendiri 2 helai,eryna satu,mak satu and mak mentua satu.kat sini,kain dah potong siap-siap 2m.kalau nak buat baju kurung,kena la amik 2 paket.satu paket tu,dalam 900 Y.kira nya kalau 4m dalam 1800 Y = RM 63.ok la kan.kain pun cantik.
Total beli kain tu dalam 7400 Y = RM 280 . Bajet kalau dapat murah,nak la beli kat adik beradik and biras,tapi,tak dapek la.banyak tu saja dah habis fulus.huhu.


Dah settle puas hati,naik train ke Ueno station.Ueno ni nak cari HRC semata-mata.kalau sempat,nak singgah Ueno park yang femes tu.tapi,waktu winter sejuk gedi la nak p taman.depa kata,kalau musim sakura cantik.ber'hanami' kat situ.




Sampai stesen Ueno,tetiba nampak HRC depan mata.apa lagi,amik gambar la.HRC ni kat dalam stesen Ueno tu jugak.ada yang kata,susah nak jumpa.
Beli fridge magnet and hasben beli baju as usual.i tak berapa minat sangat pun.so far,baru ada 2 jer koleksi HRC.satu,beli kat Niagara Falls,satu lagi HRC seoul.tu pun jarang pakai.
Hasben punya collection HRC dia ,rasa nya more than 10 dah.masa kat usa saja,dia beli 3 ,HRC niagara falls,HRC washington and HRC nyc.




Jam dah 3 lebih,nak kena solat jamak.tempat terdekat nak solat,kat Asakusa.so,kami decide p sana teruih.time ni ala-ala bengong pun ada gak kami.ada jer train from ueno ke asakusa,tapi kena tukar ke subway.maksud nya,kena beli tiket.kami punya ikut waze,konon 10 mins jalan dah sampai asakusa.
Maka,berjalan la kami.jalan-jalan-jalan..tak jugak sampai.lebih 30mins dah ni.buang masa la pulak,sebab kami nak p nakamise street.takut depa tutup.sana pukul 530 pm dah gelap,masuk maghrib.





Tapi,kami tetap enjoy jalan-jalan kat sana.eryna siap tidoq dalam stroller.cuaca sejuk la katakan.
Along the way,usha-usha town,feeling tourist sangat.rasa safe jer sebab nampak muka jepun jer.
Cari dekat waze,nak g lunch jugak dekat ngan sennoji temple tu.nama restoren tu," Naritaya".restoren ni ada tempat solat sekali.tu yang nak makan situ.




Dah sampai depan sennoji temple,tak jugak jumpa.so,amik gambar dulu la kat sennoji temple tu.ada tokyo skytree dari kejauhan,tu pun tak sempat sampai.
Give up gak masa tu,tengok dah 430 pm.kalau tak jumpa,terpaksa la qadak jer.habis tu,dah pusing tak jumpa.
Goggle jugak from blogger kot ada yang alami benda yang sama,tak jumpa restoren ni.rupanya ada .haha.so,sama sesat la.

Pastu,cemana ntah,lepas amik gambar kat situ,kami jalan la turun ke bawah tu,tetiba hasben kata,rasa nya kedai ni kat street ni la.so,kami pun jalan menuju ke street tu ala-ala lorong yang panjang...and betul la,jumpa jugak akhir nya.lega....lapar pun sama la,tak sabar nak makan ni.mujur buka ,sebab ada yang kata,depa tutup awal.niat nak solat kot sama,maka Dia permudahkan :).





Eryna tidur tak sedap apa.tapi,bagus gak,senang nak makan.hehe.
Kami order set nasi ,set soba and set wagyu beef.tamak nyer hai.hehehe.yer la,kang bila lagi nak jumpa ayam goreng kat jepun ni.
Hasben p solat kat atas,and i pun tengok la dia masak.hehe.




Kedai ni kecik jer.most of kedai kat jepun ni,gini la.comel.masa tu takder kastemer pun.
Kalau set gini,start from 1,000 Y.




Alhamdulillah,semua sedap.total makan haritu dalam 3,400 Y.jangan di convert,nanti kecewa.hehe.yang penting,makan sampai licin.malam kang tak yah makan dah.
Sedap.semua habis.sila la singgah makan kalau mai belah sini ok.ni rupa bentuk kedai dari arah depan.kecik jer,tak perasan pun,kena belek satu persatu.

Tanya dengan staff kedai,brader tu dari sri lanka kot kalau tak silap.pandai cakap jepun dah.dia student kat sana.so,dia la bagitau nakamise street tu tutup pukul 6 pm.masa tu,jam dah almost 6 pm.
So,plan B,ke akihabara ,and pastu nak ke shibuya crossing and nak tengok statue hachiko.




Dari asakusa station,kami turun di akihabara station.tak jauh pun.dalam 10 mins dah sampai.
Akihabara ni gadget station.sapa pencinta gadget ke barang elektronik tu boleh la singgah.
Ramai dengan manusia weii.just singgah tengok apa ada.jalan-jalan kejap,pastu kami decide nak p shibuya crossing ja.mujur la dari satu tempat ke satu tempat ni easy access.
Ibarat,turun station,keluar jer dah jumpa town.tak payah la nak jalan jauh-jauh.yang jalan jauh rasa nya jalan dalam station tu nak cari jalan keluar yang jauh.





Dari akihabara station,terus naik yamanote line ke shibuya crossing.
Pun ramai gak orang dekat sini.nampak la foreigner kan.budak-budak muda syok melepak.
Seperti disarankan,kami stop minum starbucks and tengok view dari atas sana.
Apa itu shibuya crossing ? shibuya crossing ni jalan lintasan 4 penjuru gitu.traffic light akan hijau serentak di 4 simpang ni,and dapat la tengok orang crossing ramai-ramai.
Time ni la pakat selfie nak amik feel.kami pun sama la amik video jugak.hehe.




Cross jalan,merasa la berjalan kat shibuya crossing...lepas tu, cari dog statue,si hachiko.legend betul patung ni, siap ada filem.ramai yang kata sedih filem tu...cerita sedih ni yang malas nak tengok .huhu.
Cut it short, Hachiko ni adalah anjing yang sangat setia dengan tuan dia.

Masa ni,dah penat giller la.mau ke tidak,dari pagi keluar tak balik lagi,dah la jalan kaki turun naik train.macam habis segala tenaga.
So,dari shibuya ,kami naik train ke tokyo.nak p amik luggage.

Dari tokyo station,kami naik yamanote line ke shinjuku.
Hotel tu dekat hatagaya,kena naik metro train dari shinjuku,dalam 2 stop saja.

Dari shinjuku,beli metro train pass,amik new keio line,ke hatagaya.harga 180 Y untuk dewasa.eryna free as always.boleh tahan penat la heret luggage segala.dengan eryna yang melepak dalam stroller tu.mujur la hotel tu,keluar jer dari hatagaya station,tak sampai 5 mins dah sampai.

Hotel ni nama dia,sakura hotel-hatagaya.sakura hotel ni ada few lagi kat tokyo and ikebukuro.
Nanti review further pasal hotel ni.

Sampai bilik dah pukul 9 pm,eryna tak sabar nak berendam dalam bath tub.
Lepas tu,paksa dia tidur sebab esok nak bangun awal ,nak g disneyland.yeay :).

End of Day 2.
xoxo.

Boleh baca Japan- Day 1 kat sini.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...