LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Monday, February 15, 2016

Japan Day 1 : From Kansai to Kyoto to Osaka.

As salam.

Hai blog,bersawang sudah.maklum lah,beraya kata nyer.
Alhamdulillah,dah selamat kembali dari bumi matahari terbit,"konichiwa".
Sebelum terlupa,kena laju-laju tulis.maklum la,banyak urat dah putus >_<.

So,percutian kami ke Japan ni selama 7 hari meliputi Osaka-Kyoto-Tokyo-Disneyland-Gala Yuzawa-Mount Fuji-Osaka.
Kira nya selama 6 hari ( hari ke 7 dah flight balik,jadi tak dikira ),ini lah route kami kat sana.
Best ? tersangat lah seronok.

Actually,kami booked tiket ke Kansai pun sebab AA ada promotion masa tu.
Kalau turun kat tokyo,mahal,so saja la godek-godek website AA,and tengok harga quite reasonable.
Memang takdak planned nak bercuti overseas pun,lagipun passport expired 2015.
Tapi,dah aim jugak masa tu,apa jadi pun,2016 kena la p bercuti oversea.

Memula nak p korea,sebab i kan dah tau selok belok sana.kira nya sap-sap-soi jer la.
Tapi,to be fair,hasben kata,kita p tempat yang tak pernah p lagi.
And Japan it is.sebab nak g time winter,nak main salji and currency kira ok compared to europe.
Untuk cost semua,nanti kita story di entry lain la.yang ni nak cerita hari first kat sana.

Flight kami, AA turun ke kansai.kyoto sebenarnya takdak dalam itinerary.patut nya,first day kat osaka,nak jalan-jalan sekitar osaka.
Tapi,sebab kami beli JR pass,yang mana pass tu valid selama 7 hari dan boleh ke mana-mana destinasi naik JR train unlimited,so,why not singgah kyoto.

Kyoto dari kansai airport dalam 90 mins.kira nya nanti balik dari kyoto akan stop kat osaka semula and cuma amik masa 15 mins jer.sebab dengan JR pass ni ,kami naik express train,so jimat masa.
Nanti i cerita apa itu JR pass.
Route nya macam ni, Kansai-ShinOsaka-Kyoto.hotel kami booked di area shin-osaka.

Shin-osaka and osaka station ni adalah dua station yang berbeza.untuk pemegang JR pass,advisable untuk sewa hotel area shin-osaka jer sebab senang sangat.train and subway sangat easy.

Flight kami on time,takder delay.naik pukul 1.00 pagi waktu malaysia,sampai pukul 8 pagi waktu Japan.depa beza sejam dari malaysia.untung naik flight awal pagi sebab tak rugi perjalanan.
Imigresen pun ok,tak lama dalam 30 mins dah settle amik luggage segala.
Dari terminal arrival tu,naik ke tingkat 2 untuk naik express train ke kyoto.

Waktu kami sampai,suhu 4'c. train pun on time,masa tu bergelut jugak sebab eryna dengan nak kencing,pastu luggage yang kami wrap masa kat epot tu nak kena bukak,senang nak bawak,takut terlepas train punya pasal.
Jepun ni,kalau depa kata pukul 6:48 gerak,memang 6:48 la,bukan 6:50 atau so on.




Sepanjang perjalanan,rasa teruja tengok pemandangan kat sana.
Tak sangka dapat chance travel lagi. :)




Tengok sistem train depa pun sangat teruja.90 mins tak terasa.
Eryna pulak,dia excited naik train.First time la katakan.




Sampai kat kyoto around 10:30 am.kami simpan luggage dalam locker.
Kat sana takyah risau pasal locker,berlambak.locker yang besar tu boleh muat 2 beg besar.
Rental seharian 700 Y = RM 25.kira ok la tu.

Lama jugak la kami dok melilau simpan luggage,p toilet,beli kopi segala baru nak melawat kyoto.
Masa tu,time dah 12 tengah hari.ambik masa sikit la bawak budak kecik kan.




So,kami beli jer one day pass tiket yang mana bas ni akan bawak ke 5 main attractions in kyoto.
Harga 500 Y untuk dewasa.eryna free jer.tak sure umur berapa depa kira child.
Boleh beli dekat sini.luar jer dari kyoto station tu.staff dia boleh speaking.





Tunggu jer bas kat sini.mula-mula confuse la,mana satu bas nak p golden temple tu ( kinkaku-ji temple).
Tanya guard,dia tunjuk sebelah sana.berlari-lari la kami.
Bus depa banyak,so don't worry.
Dekat sana,naik bus dari pintu tengah,nak turun pintu depan.

Tak susah pun sebab bus ni dia buat dalam pusingan membulat.
Cuma kena decide mana satu nak p dulu.
Hajat tu nak p arayashima ( tempat buluh tu ) ,tapi kawan kata agak jauh,so pergi kinkaku-ji temple and gion sudah lah.

Jangan risau takut sesat,sebab ada map dalam English.boleh amik kat information center.
Bus pun akan bagitau next destination in English.so easy.




Dah sampai kinkaku-ji temple ni,jalan ke depan sikit.temple tu kat atas sana.
Entrance fee 400 Y sorang.eryna free lagi.




Jauh gak jalan nak keluar dalam temple ni.takder mende pun,temple jer.dah la history tak minat,so,tak baca apa la berkenaan dengan temple ni,yang tau,nak p sini sebab glemer.haha.





And paling banyak orang bergambar kat golden temple ni,termasuk la kami :).




Lepas dah habis visit,tengok jam dah pukul 2 p.m.
Kami naik bus lagi ke kyoto muslim association untuk solat jamak zohor-asar.
Jumpa student indonesia yang jaga kat situ.masa tu,cun la masuk asar.



Pastu,lapaq,ada la restoren Rose-cafe kat situ.tapi kata nya mahal and portion kecik.
So,kami decide makan nasik kepal je.and beli kopi kat family mart jer.
Kopi ni la yang dirindu.kat malaysia pun patut bawak masuk camni.senang and tak la mahai.




Nasi kepal tu harga around 100 Y- 198 Y,and air tu pun sama lebih kurang.
Kami jalan kaki sampai nak dekat kyoto university.konon nak cari kedai mamak dekat situ,recommended oleh guy yang kami jumpa kat tempat solat tadi,tapi tak jumpa.
So,kami stop makan kat tasik tu jer.best jugak angin sepoi-sepoi.




Pastu,decide ke Gion.naik jer bus kat mana-mana bus stand,janji laluan yang betul.
Kalau tak,kena pusing jauh jugak.
Kat gion ni pun ada temple gak,yang ni free tak payah bayar.
Boleh jumpa awek jepun pakai kimono waktu sejuk.
Ada jugak stall jual grill tapi tak beli la ,macam was-was jer.




Time ni dah gelap,so kami decide balik semula ke kyoto station.
Tunggu jer bus kat bus stand Gion tu.banyak jer bus yang lalu nak ke kyoto station semula.
Ada budak tu sampai terlentok dalam bus,letih punya pasal :)



Kat sana,pukul 530 pm dah gelap.
Rasa macam rugi pulak ,spend 1000 Y = RM 38 ( untuk dua orang) tapi sempat singgah dua tempat jer.pass tu ada jual untuk one day or two day pass.unlimited rides.
Sebab tak buat research betul-betul,rasa nya kalau beli kad macam touch and go tu mungkin kami tak perlu bayar banyak tu.mungkin 500 Y for 2 person.tapi,takper la sebab kami pun agak rushing.

Kat stesen kyoto,amik luggage,pastu naik express train ,turun ke shin-osaka.
Sebab naik express train,15 mins jer dah sampai.
Kalau naik train biasa,ada yang cakap amik masa 45 mins kot.tak sure.

First time sampai shin-osaka ternganga la kejap sebab besar & luas & ramaiii orang.
Tapi takpe,i dah research siap-siap camne nak keluar dari stesen ni untuk amik shuttle ke hotel
Oh ya,untuk hotel,i yang carik.so,i booked dekat Osaka Garden Palace.
Hotel ni ada free shuttle bus dari shin-osaka kat hotel.
Walaupun kebanyakan hotel akan kata,hotel depa hanya lah 5 mins walk,jangan la terpedaya sebab 5 mins walk tu gaya orang jepun.orang malaysia mungkin 15 mins atau 30 mins.


Image : goggle

Since hotel ni ada free shuttle ( bus sebijik macam pic kat atas ) ,jadi kita book terus.nanti i review next entry.
Untuk keluar dari station ni,free shuttle tu ada kat luar, di subway misoduji line,south.
Tips : kalau naik express train,korang akan turun di level 2.so,korang kena turun level 1.cari arah misoduji line.don't worry,sign board in english.

Jumpa je line tu,korang turun la ke bawah and tadaaa,dah jumpa tempat shuttle.
Bus tu pulak on time.dekat situ tulis,bus akan sampai in 5,15,25,55. memang tepat-tepat oo sampai.
Kami check in dah pukul 830 pm macam tu.





Bilik ok,just nice la untuk kami bertiga.pun sama sebijik cam gambar goggle kat atas.
Toilet kecik tapi ada bath tub.eryna apa lagi,malam-malam berendam oii.air pulak laju.

Ingat kan nak keluar lagi,tapi penat la jugak.esok nak kena check out awal pagi sebab nak catch up early train ke tokyo.kami dah reserved siap-siap seat nak ke tokyo.
Mamat dekat kaunter JR tu reserved kami pukul 725 pagi.shuttle pukul 7 pagi,kira kena cepat la.
Shuttle tu kejap jer,5 mins dah sampai.cuma,harap nya esok tu kami tak sesat la nak carik train.

End of day 1.best and teruja semua cukup.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...