Thursday, February 25, 2016

Day 4 : Main salji di Gala Yuzawa

As salam.

Dah masuk hari ke empat.kejap jer tup-tup kang dah balik mesia.isk,kalau ada bajet lebih,we should have extend our holiday to at least 10 days.sobs sobs. 
Anyway,plan main salji macam datang tiba-tiba jugak.kalau ikutkan takder dalam itinerary pun.Yang ada dalam itinerary masa book tiket tu ,osaka,tokyo ,disney and mount fuji.kira nya kyoto and gala yuzawa only came after several discussion and suggestion.

Alang-alang bercuti di kala winter,dan tokyo pulak confirm tak bersalji,maka wajib la main salji betul-betul.so,the nearest place to experience snow is Gala Yuzawa.ni pun atas cadangan adik hasben yang p jepun last year.masa tu baru la kita start goggle macam mana nak ke sana and how much will be the rent or fees.

Ni amik dari website Gala Yuzawa ,boleh read further kat sini :

GALA Yuzawa is in the town of Echigo Yuzawa in Niigata Prefecture. Located about 200kms to the north of Tokyo, the area is famous for its impressive snowfall, and with skiing from 1,181m down to 358m, GALA Yuzawa resort is the perfect place to enjoy the excellent snow conditions.




We are so lucky sebab train untuk ke Gala Yuzawa from tokyo station ni cover untuk JR pass.so,erti kata free la.kalau yang takder JR pass,harga tiket untuk ke sini rasa nya around 7,000 Y = RM210 return untuk sorang .giler mahal kan.mujur ada JR pass,kalau tidak mungkin tak p dah... 
Untuk shikansen kena g platform 23-34.dalam pic nampak cam lengang kan.pandai snap pic,padahal penuh jer manusia.





Hensem kan shikansen ni.nama dia Max-Tanigawa.kali ni dapat naik train 2 tingkat.masa p tak dapat dok atas,tapi masa balik dapat dok tingkat atas.view sangat la awesome :).

Perjalanan dalam 75 mins jer.laju tak laju.200 km macam nak g melaka ke perak dah tu.naik shikansen kejap jer sampai.
Shikansen ni route dia rupanya tak sebanyak other train.kami sampai kat shinjuku station pukul 830 pagi,ingatkan ada la shikansen awal,rupa nya the earliest masa tu adalah 945 pagi.so,nak dekat sejam la kami melepak kat Tokyo station.rugi jugak masa,sebab kami dah terlepas shikansen pukul 815 huhuhu..sebab nya gala yuzawa ni open sampai kui 5 pm jer kot.and rental baju and skii item semua ikut half day am atau half day pm.plan tu nak g half day am so that by 2 pm dah sampai tokyo and boleh jalan-jalan banyak tempat.ni macam dah takder harapan nak balik awal la.




Muka ceria awal pagi,tu pun jenuh umpan macam-macam,kalau tidak,susah jugak moody dia tu.mujur la eryna jenis ok duduk dalam stroller.yang penting ada makanan and susu.kalau tadek susu,beli jer la air apa-apa ,done.




Le familia.masa ni orang tak ramai sangat.rasa nya sebab depa dah naik yang trip awal kot.tempat kami booked siap-siap kat kaunter JR.tapi,banyak lak tempat kosong.oh ya,dalam shikansen atau express train selalu nya boleh makan.dalam train biasa tu jangan la makan.
Nak tau boleh makan ke dak,tengok seat tu ada tray ke tak.kalau ada,sila kan makan jangan malu-malu yer.

Untuk perjalanan jauh macam ni,biasa nya ada jual makanan.nanti datang la waiter atau waitress tolak troli ala-ala pramugari.cuma,harga a bit pricey.so,beli la siap-siap kat station.macam-macam kedai jual segala macam makanan.mujur la pekerja  boleh paham english a bit.so,tadek la masalah kot termakan yang tak halal khen...amik vege jer.




Awal pagi dah makan sushi oiii.vege sushi beli kat station tadi.harga dalam 300 Y kot.ok la,banyak jugak kami bertiga makan.eryna pulak,dia sukaaaa sangat sushi.so,no hal at all.makan kenyang siap-siap kang takder la kelaparan.tau ler,cuaca sejuk memang cepat lapar.



Selingan : nak tunjuk toilet dalam bullet train atau express train ni bersih and boleh tahan luas.nak masuk guna sensor jer tau.canggih canggih.mana tau nanti malaysia pun buat camni.ETS train dari kl ke perlis pun dah ada.mungkin kena tambah speed.2 jam jer dah sampai.hehehehe.




Salji memutih sebaik saja train menghampiri kawasan perkampungan Echigo Yuzawa.jangan confuse ya,sila turun di station Gala Yuzawa.kalau tersilap turun,kena tunggu next train.kalau jalan jauh la jugak.mungkin ada bus around,i am not sure.




Dah sampai Gala Yuzawa.ikut jadual ,pukul 1115 dah sampai.keluar station,naik escalator,terus ke information counter.nanti ada ramai staff yang boleh assist.they can speak english,don't worry.
Untuk JR pass,ada discount 1100 Y untuk return cable car and rental sled set.so,dua orang 2200 Y.eryna free.untuk wear set and boots harga lain pulak.boleh tengok sini.

We spent around 7000 Y untuk sewa baju,locker,cable car,boots semua.mahal nyer....untung la sapa punya bisnes ni.boleh kalau tak nak sewa baju,tapi merasa la kesejukan macam apa kat atas tu.

Brader baju merah kat dalam pic tu kan,dia tegur hasben dulu.bagi salam,rupa nya orang perak.wife dia orang jepun ok.cun giller.ada anak umur 3 tahun.ramah brader ni.kat sini ramai gak jumpa malaysian.





Sebab sampai 1115 am, so kami tunggu dalam 30 mins sebab 1145 am start untuk half day pm rental.kalau beli time tu,rugi la nanti by 12 pm dah kena return.banyak la jugak habis masa gitu.sambil-sambil tu,usya kedai souvenir beli fridge magnet dulu.kat sini,ada mamat and minah omputih yang handle.




Simpan barang kat locker,pakai baju rental and terus nak g naik cable car.naik jer escalator ke tingkat 2.banyak cable car tak payah tunggu lama.tak zabarrrrrr..




View from cable car.speechless.tengok salji memutih.alhamdulillah,rezeki eryna la kecik-kecik dah merasa salji yer.mama dah tua baru dapat nak pegang real snow.hehe.eryna tak habis dengan olaf dier.siap bawak carrot mainan dia sebab nak buat hidung olaf.hehe.




Eryna yang tak gayat.excited naik cable car tengok salji.




Belanja la satu gambaq saya.punya la excited amik pic,tak rasa dah nak gayat ke apa.haha.kampung.com sangat masing-masing.




Hooray...gala yuzawa akhir nya.menyampah la baju tu,dah la kaler biru,pastu terserlah gemok.haha.jacket tu memang bagus sebab tahan sejuk.dalam tu pakai la sweater,cuma tak pakai winter coat jer.boots tu pun better sewa depa punya sebab salji tebal.




Dalam quran ada disebut,supaya kita mengembara,untuk kita lebih luas minda,luas pengetahuan dan belajar dari setiap tempat yang kita lawati.pengalaman pegang salji mesti la sangat best :).




Eryna yang sempoi,topi dah jatuh habis basah.selamba jer dia ni.pipi dah start merah tapi syok punya pasal,apa ada hal kan.




Ni bapak orang yang hover,kalah budak kecik.syok jugak baring gini.hehe.



Tu lah sled,yang eryna bubuh salji dalam tu.tak yah nak verangan la nak skii ke snow board ke apa.itu untuk yang terror jer.yang tak tau main,dok bawah jer yer.orang yang nak main snow ni,depa akan naik lagi sampai atas.






Us,sebab eryna takmo bergambar.dia teruja main salji.siap di makan nya.iskkkkk.





Ada la dalam sejam kot kat luar tu,eryna dah kesejukan.so kami masuk dalam ni kejap.ada cafe and yang penting ada heater la.hehe.siap ada tempat untuk budak-budak.tapi,saja je distract eryna takmau la satgi dia tetiba nak masuk bilik tu,kang sampai ke sudah takmo keluar.rugi la dah bayar tetiba lepak dalam ni jer.




Lepas minum,makan and panaskan badan, keluar semula.eryna nampak playground ni,so dia nak keluar balik.kalau tidak tadi dia dah tak nak main dah.mujur la.




Time ni salji turun lebat..best sangat .apa lagi terus amik pic banyak-banyak.sukaaaa.





Budak buat hal takmau balik pulak.saja dia guling-guling atas salji.time ni dah nak dekat pukul 3 pm.next train ada 345 pm,so nak catch up takut kalau terlepas,kena tunggu pukul 5 lebih..rugi masa pulak.lagipun memang dah bajet,nak lepak main salji at least sejam.merasa la main dalam sejam lebih.tu pun dah terketaq-ketaq sejuk.




Hahaha,ni la rupa seluar sewa tu.budak-budak nampak cute la pakai.cer kalau orang tua,buruk oii,dah serupa clown.tapi,bagus la seluar camni,sebab takkan jatuh punyer.ala-ala pinafore gitu.pakai dengan winter jacket ,tak nampak pun ler.



Dah nak balik.ramai dah start queue.guna JR pass,dapat special lane.yang beli normal ticket.panjang gak queue depa.untung beli JR pass ni :).




Gala Yuzawa ni last station.masa stop kat Echigo Yuzawa,tu dia punya la ramai manusia.time balik,kami tak reserved seat,so kena duduk jer kat mana-mana asalkan di koc non-reserved.mujur dapat tempat gak sebab ramaiiii yang nak naik time ni.view dari second floor max-tanigawa.

Sampai tokyo,still awal,around 5 pm.oh ya,solat,sila la settlekan dekat sana jer.boleh solat kat locker room atau mana-mana tempat yang nampak kosong.tak yah pakai telekung,pakai jer stokin and make sure pakaian bersih.

Since masih awal,elok la jalan-jalan lagi.rugiii la dok melepak dalam bilik.dah la bilik sekangkang kera jer.kepam lah dok dalam bilik.so,let's go to Odaiba.kat sini la yang ada rainbow bridge,statue of liberty and boleh gak naik cruise.orang kata waktu sunset sangat cantik.

Dari tokyo station ,kena tukar train nak ke odaiba.means kena beli tiket,rasa nya 280 Y kot per person.turun di odaiba station.jauh gak jalan.tempat pertama nak g Aqua Diver City Mall.time masa ni dah almost 6 pm ( tersesat kejap masa cari train nak transfer tu ) ,dah gelap,so kansel naik cruise.





Singgah makan restoren jepun di tingkap 6F.kedai ni dekat dengan daiso.ramai gak la orang beratur masa ni.nak makan soba.sebab kedai ni takder nasi.



Masa tengah queue ,tetiba eryna kata dia nak kencing.adoi,panik la kejap sebab dia ni kalau dah nak terkeluar baru nak cakap.sejak diapers free dari haritu,dia taknak langsung pampers.malam nak tido jer.so,sepanjang kat jepun ni pun dia tak nak pampers.

Nampak la toilet tak jauh jer dari situ,berlari-lari ,dia dah tak leh tahan agaknya.elok sampai depan pintu,dah bukak seluar kot,boleh dia kencing.huwaaa.mujur la takdak orang kat situ.laju-laju ku tolak dia masuk toilet.maklum la,seluar pulak pakai 2 lapis,belum lagi stokin,boots.hadoiyai..terpaksa la keluar toilet tak pakai seluar.ni kali kedua dia kencing depan toilet.haritu masa pas balik disney kot.kes sama la,tak tahan dah.sabaq jer la.

Tengok2 kedai nak cari seluar.stokin p beli kat daiso jer.pants dia g beli kat uniqlo.takder la murah sangat,bila convert dalam RM50 standard harga kt msia jer.



Penat berlari sana sini,tengok dah dapat seat.amik gambar la dulu.hehe.eryna tu ada jer benda dia nak explore tu.tak leh blah betui budak ni +_+.




Kami order set ni.actually ada lagi yang lain,tapi dia tunjuk yang ni jer.sebab hasben tanya english menu.yang dalam eng menu cuma ada 3 set jer.bila tengok japan menu banyak jer.tapi sebab dah order,makan jer la.sedap and tempura tu thorbaik sangat.soba tu makan waktu sejuk,best...



Sedap sedap.kalau kat malaysia memang tak berapa nak makan soba ni.tapi kat jepun,we do what japanese do la kan :).




Eryna punya.cold soba.setengah tu habis dia makan.ni set for kids.tu amik gambar dia kata versi marah.sabor jer la mak kau ni nak.pants tadi pun pakai dalam kedai jer.

Tengah makan tu,tiba-tiba rasa cam gegar sikit.ingatkan apa.dalam 5 second macam tu.pastu nampak auntie meja sebelah dah muka panik and tunjuk dinding.kat situ ada frame gambar ,nampak bergoyang.alamakkkk.gempa la ni.nervesssss oii.cepat-cepat makan sambil doa,jangan la jadi apa-apa.at least until we go back .huhuhu.lepas tu dah ok ,semua orang pun rileks jer.




Antara sebab lain,nak jumpa si hensem ni la.si gundam ni.time ni dia tukar-tukar lampu.siap bercakap apa tak tau la dalam bahasa dia.angin boleh tahan kuat masa ni.eryna dah bising nak balik bilik.sejuk kata nya.yer la,seluar dia pakai satu lapis jer.sapa suruh kencing.

Dekat odaiba ni ada macam park gitu,kalau siang boleh la amik gambar dengan statue.dah malam tengok lampu jer la.ada big wheels kat sebelah sana.time naik train nampak clear dari atas.memang cantik sangat.tak amik pic pun ,tapi kekal dalam ingatan.gitew....

Sampai bilik around 930 pm macam tu.paksa eryna tido sebab esok nak p mount fuji pulak.takut lambat sangat ,tak nampak mount fuji..

End of day 4.
xoxo.

Day 1
Day 2
Day 3


1 comment:

Zie Azi said...

waaa speechless ye tgok salji,dpt rasa salji kat i-city je
hahhaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...