LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Friday, January 15, 2016

dah lama tak masak

As salam.


Jemu tengok background blog ,maka godek sana sini sikit, maka dapat lah tukar ke wajah baru.dah bertahun gak dok maintain wajah lama tu.nampak la ceria sikit.bukan untuk sapa pun, untuk diri sendiri jugak.
Aku buat blog ni,untuk sendiri nak baca.manusia kan mudah lupa.so,dengan ada nya blog,dapat la belek semula kenangan lama semua.yang personal & private ,banyak save kat draft untuk bacaan sendiri.
Blog ni pun bukan ramai followers pun,sapa yang nak baca dipersilakan.

Btw, dah lama kot tak masak.tahun ni dah azam takmau dah makan nasik malam.berat masing-masing naik mencanak-canak hasil makan nasik malam.yer la,tak sempat nak hadam habis,masuk tidur pulak.mana tak di pam-pam.

Sebab nak kena makan jugak dinner,so,kita tukaq la makan roti ka,apa ka.janji no nasik.kalau masak pun,untuk eryna.tu pun dia bukan nya makan banyak pun.dah la sekarang ni makan nasi putih ja.yang lain semua taknak.kat taska ja makan sup,sayur,ayam & lain-lain.kat rumah nasi kosong jer.

Hari apa entah ,buat wrap lagi.suka pulak wrap ni sebab senang giler nak buat nya.hehe.lepas layan slot drama kat tv3 tu, sempat lagi nak buat wrap ni.





Pilih jenama ni.so far dah cuba jenis plain and apa ntah.yang ni garlic wrap.wangi jer bila heat up nanti.wrap ni elok nya kita panaskan kejap.kalau nak makan macam tu pun boleh,takdak sapa marah pun.lembut elok jer wrap tu.brand ni boleh jumpa kat mana-mana kedai.sebungkus tu dalam RM 7 ada 8 keping.boleh la buat dua kali makan untuk keluarga kecik macam kami ni.




Untuk inti wrap ni,boleh la pilih cold meat atau cold chicken.pun senang nak jumpa kat giant atau tesco.haritu dah try cold turkey.harga untuk brand ni dalam RM8 .pun boleh buat dua kali.kalau tak mau yang ni,boleh ja buat scramble egg,lagi senang sap sap soi.
Cold meat ni,pun sama kita panaskan kejap.aku selalu grill dengan olive oil.letak pepper sikit.kejap jer dah masak.





Lagi untuk tambahan,boleh la potong kubis tu.ni pun sempoi jer.tumis bawang besar,masuk kobis,letak tu season dengan minyak ikan.dah lama tak guna garam.sos ikan ni dah masin,so dah tak perlu garam.sedap tau masakan kita kalau guna sos ikan ni.kat giant ada ni jual.haritu balik perlis,beli kat padang besaq,akak tu jual dalam RM3.so,lebih kurang pasaraya kat sini ja.

So,dah cukup semua bahan,lepas wrap tu dah dipanaskan,letak ler bahan-bahan cam beef stripes and chicken cut tu.lepas tu layer dengan vege.oh,kalau nak spread dengan mayonis pun ok,lagi sedap.pastu letak sos and balut la ikut nak macam mana pun.janji boleh di makan.jangan letak banyak sangat,nanti terkeluar nampak comot.






Yang ni untuk chicken.nampak macam peperoni versi besar.






Versi beef stripes.pun sama jer kekdah nya.senang kan ?tak sampai 10 mins dah settle wrap ni.cuma lepas tu,bab basuh pinggan tu malas.haha.cepat la eryna besar,nanti mama nak mintak tolong basuh pinggan.sekarang ni kalau bagi,habis main buih sabun.

Sekarang ni manja tu tak menahan.geram kadang-kadang.tapi,yer la,marah pun,itu la buah hati pengarang jantung mama & abah.semalam saja carik pasal dengan mama.nak apa-apa,tak reti nak cakap "tolong".dulu,boleh ja cakap.saja ler tu.so,kena la marah.pastu lamaaaa baru nak cakap "mama,tolong buat susu".eiiii geram tau +_+.






Eh,terlalut pulak,so wrap dah siap.ni la rupa bentuk nyer.senang jer.buat 5 keping,potong dua supaya senang nak makan.sedap tau,walaupun rupa ala kadar.tak pasti berapa kalori ni.makan jer la,jangan nak mengada kira berapa kalorti tu.huhuhu....
Ada lebih sekeping,bawak p opis.so,save duit breakfast.sekarang ni kan konsep nya kena bawak bekal,kena masak kat opis.ngok betul ,cadangan sapa la tu >_<.

Selamat berhujung minggu.
xoxo.



1 comment:

Azian Elias said...

salam kenal..

simple food pun kena ada drive nak buat kan.. kalau akak mmg jenis sanagt pemalas memasak.. sib baik ada ada yg mmg suka masak. so tinggal makan je lah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...