Monday, December 21, 2015

Mood Republic

As salam.

Finally,buat pertama kali i mencemar duli singgah Mood Republic kat pwtc.itu pun last minute plan sebab ada wedding member kat masjid wilayah ,so singgah kejap.memula tu,cuak gak kot la hasben takmau lalu sana sebab jem.selalu kalau sale cenggitu ,tau la macam mana susah nak masuk pwtc tu.

Btw,since dah ke masjid wilayah tu,kita try la pusing ke sana.kira nya,kalau ada spot parking,dapat la masuk dalam tengok.tapi,kalau susah nak park,maka bye-bye jer la.




Oh ya,first time i attend wedding kat masjid wilayah.ada hall kecik kena bukak kasut sebab dorang pakai karpet.boleh muat 500 pax rasa nya.berdasarkan sususan meja la.
Masa sampai tu,kawan-kawan semua dah sampai,siap dah sudah makan.mula-mula tu memang nak p awal,dah siap by 12 settle.tapi,sebab weekend kan asben ada kelas,so,dia balik rumah nak take nap pulak.last-last dari 1230 jadi 130 sebab alang-alang baik la i zohor terus jer.tak yah leceh-leceh nak kena bukak tudung segala :).

Wedding ni,kawan satu opis lama dulu.ada la dalam 8 tahun tak jumpa.kira nya,ni lah first time depa nampak eryna.dah besaq anak aku weh.mujur la tak jumpa time eryna kawen jer.
Yer la i ni bukan jenis hang out sangat dengan ex-opis ni.setakat sembang tegur kat FB gitu jer la.so far,orang i selalu i kuar pun,as always my bff la.tu pun 2,3 bulan sekali baru jumpa.sekali jumpa memang berejam-jam la.

So,habis majlis,maka ke pwtc.jalan nampak jem,tapi moving,rupanya pakat parking tepi bukit,chisss patut la slow moving jer.lega jugak la sebab kalau susah nak park,maka takder chance la nak masuk.huhu.memang aim nak beli tudung sugarscarf jer.itu jer pun.
Jangan tetiba terpengaruh dengan benda lain pulak,bahaya oooo.




Masuk jer dalam dah nak pitam.sebab gerai penuh,.rapat-rapat pulak tu.dah save awal-awal booth ss,tu pun lost gak dok cari number.tahap,ni kalau tak jumpa habis la.hasben dah warning,jangan tak beli sudah.penat datang.hahaha.
Dia dapat spot kat luar tu.lepak dalam keta jer ngan eryna.better la sebab kalau bawak budak tu,silap-silap tak leh beli apa.risau kot ilang jer di celah-celah baju jer.mau haru biru kat situ.


Lama jugak cari,jumpa jugak.rasa nak lompat bintang jap.nak beli selai jer pun,tapi sebab tengok promo,kalau beli satu RM90 ,beli 3 helai RM250 ,maka terpengaruh la jugak.tu takder dalam agenda pun,.tetiba kan,mudah cair sangat la.huhuhu.
Dalam wallet ada ngam-ngam duit RM50 lima keping.kira cukup-cukup la.terima kasih la kad kredit atau debit tak leh guna,kalau tak mesti habis ranap dek mood republik.hihihihi.




Habis beli,tengok asben wasap eryna nak kencing.huwaaa lari mak siap sesat.risau kot terkencing dalam keta.eryna sekarang dah fully diapers free.waktu tidor jer la belum diapers free.sebab dia suka minum susu waktu malam,payah sikit nak train suruh bangun kencing.ni pun dah ok sangat sebab tak payah susah payah ajar pun.dia pun pandai cakap "eryna dah big girl,mana boleh pakai pampers".good girl sangat.walaupun ada orang dah diapers free umur setahun,dua tahun.tak per lah.tak la susah pun.kira nya umur 3 tahun la eryna diapers free.saja kena tulis,supaya nanti dah tua boleh recall balik.+_+.

Dalam wallet masa tu ada RM10, ngam -ngam dapat beli air cafe latte jenama farm fresh tu.sedap wooo.rugi tak beli lebih sebab susah nak dapat la cafe latte tu.selalu jumpa yang susu biasa.memang jenama farm fresh tu sedap.cuma expiry date dia cepat.tu pun dapat korek-korek jumpa duit singgit-singgit,cukup la nak beli sebotol tu.sadis betul.nak g atm entah kat mana.

Masuk keta,tengok eryna dah siap ber pampers.hahaha.mujur ada spare dalam keta.tu pun dia tak kencing dalam tu pun.dramatik betul.shopping laju-laju kekdahnya.
Masa i pegi semalam tu,dah pukul 3 pm macam tu,orang tak ramai pun.rasa nya penjual lagi ramai dari pembeli jer.mungkin sebab start jumaat kot,and ada yang tunggu last minit ahad tu waktu malam.mana tau ada jualan murah lagi.

After mood republik singgah sogo.lama sangat orang tu berzikir nak p sogo.dah pukul 4 pm pun ramai lagi orang masuk sogo.rezeki betul,tak lama tunggu parking,in 5 mins,dapat parking dekat entrance.sempat la beli baju and seluar eryna 2 pasang.nak cari kasut dia takmau tunggu dah.sebab sebelum tu,bawak dia g main.dua jam pun tak jemu-jemu.bila ajak keluar nak cari baju dia,mula la buat perangai.malam jugak la baru sampai rumah.

Very hectic weeekend tapi meaningful.sebab mission nak beli tudung ss accomplished.hahaha.
Xoxo.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...