Thursday, December 10, 2015

Lepas 40 minggu.

As salam.


Semalam, tiba-tiba dapat e-mail dari babycenter.com.
Memang la ada subscribe situ,so every month depa akan update baby's development and progress.
Kira nya,as mom tu,kita dapat la agak masa baby dalam perut sebulan,dua bulan sampai la dah bersalin.bagus ni,mommy semua elok subscribe jer kat situ,so that dapat la info.kadang-kadang ada jugak parenting tips yang berguna.









Selalu tu,kalau dapat pasal monthly development tu takder la kisah sangat walaupun 'baby' nyer dah takder.tapi,semalam dapat tu, untuk congratulate newborn.
Maknanya ,kalau la tak miscarriage haritu,kira nya dah ada new baby la sekarang ni.
Mungkin tengah sibuk berpantang kat kg atau pun pantang kat kl dulu ka.
Pastu,kena tengok-tengok eryna kot dia rasa terpinggir ka ada ahli baru.

Tapi,takder rezeki kan.aku pun dah redha.cuba lagi tahun 2016.hoyeahhhh :).
Ada la hikmah nya tu.
Lagipun,anak sedara kan baru lepas operate,kesian mak nak kena jaga cucu la,anak la,cucu baru la.mentua pun tak berapa sihat sangat.
Kalau ikut aku ni,pantang jer la sendiri kat sini,tapi knowing my mak atau mentua,depa mesti nak jugak mai sini.kesian la depa pun tak ler sihat sangat.

Macam shafiq tu,bukan la mak jaga pun.sebab my sis sekarang dah duduk sekali dengan depa.bagus la ada orang teman kan.kalau tidak semua anak-anak mana ada kat sana.
Tunggu cuti,baru la bilik penuh.kira nya rumah ayah tu,ada bilik untuk sorang satu pun,sunyi ja sebab anak-anak balik time cuti & raya saja.

Apa-apa pun,aku percaya mesti la ada hikmah nya.
Eryna pun dah makin bijak sekarang ( puji sangat ) ,mesti la nanti  bila ada adik dia sayang and tak jeles.lagipun dia dah ok dah kalau tanya nak baby tak.sebab dok berkawan kat taska la tu,tengok orang lain ada adik.walaupun kekadang tiba-tiba mintak jugak nak kakak dengan abang. +_+.

Dia tarik yang ini,Dia bagi yang lain.
Dari segi kerja,alhamdulillah..dapat kenaikan gaji lagi padahal baru jer join tak sampai setahun.kira nya dari gaji lama masa tahun lepas, dah naik almost 40%.
So far, tak pernah la balik lambat sebab kerja,by 615,paling lewat 630 pm dah ambik eryna and sampai rumah.dapat berehat-rehat.masuk kerja pun tak la awal sangat.
Itu pun kira rezeki jugak.nikmat kesihatan ,nikmat hidup,nikmat kasih-sayang.




As for now, eryna kawan la dengan kazen-kazen yang ramai tu.
Kawan-kawan taska pun best.cuma balik rumah,boring sikit la sebab takdak kawan.hahaha.
Takpa,mama la besfren eryna .kuikuikui.

Dia ni,kalau dengan abah dia,ada jer la nak merengek.nak perhatian sangat la ini budak.
2 malam lepas,dah start tidur katil baby cot tu.baby cot tu memang beli yang besar terus.so,budak sampai 5 tahun pun muat.
Selama ni tak mau dia tidoq dalam tu,tiba-tiba start 2 malam lepas nak tidur situ.hihi.
Dah besar dah anak mama ni kan.tengah fikir nak hantar tadika ke tak tahun depan.
Sebab eryna ni suka bab-bab study ni.tengah nangis,bagi buku terus ok.
Ikut mama sangat >_<..

Nanti la kita fikir kan.lagi 2 minggu nak balik kg yeay !!!!.

xoxo.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...