Tuesday, December 1, 2015

Alhamdulillah ,sudah selamat operation.

As salam.


Lama nya nak ambik mood menulis ni.
Banyak nak tulis, banyak nak cerita, tapi last-last masuk ke draft jer.

Haritu dok teragak-agak jugak,nak tulis ke tak.nak cerita ke tak.
Sebab masa haritu macam emosional sikit la,asal tulis jer ,teruih ayaq mata semua meleleh keluar.sekarang ni,alhamdulillah,dah ok.




Kawan-kawan dekat insta and FB mesti dah tau,haritu ada update pasal my anak sedara (anak sulung my sis ),diagnose jantung berlubang and nak kena buat operation.
Selalu kan,kalau jantung berlubang ni,masa kecik dah dapat detect,tapi kes shafiq ni,cuma dapat kesan 8 tahun selepas dia lahir.
Padahal selalu jugak dia kena warded.tapi takdak kena mengena dengan jantung.
Bila discharged,result dia mesti sebab virus and batuk.

Last shafiq warded kat pantai hospital cheras.lepas tu,my sis pindah balik transfer mengajar kat perlis.alhamdulillah,sepanjang balik kg ni,sihat jer dia.
Only after jerebu haritu,dia sakit dada.so,check doctor and masa tu la depa found something weird kat jantung dia.

Refer to pakar,and sah la dia ada heart problem.dalam 2 cm macam tu.
Aku ni tak la pandai bab-bab biologi tubuh badan ni,cuma yang tau 'Large ASD'.dalam erti kata,salur dia sempit,laluan darah dah tekan laluan tak sepatutnya.
Jadi,kena operate a.s.a.p sebab jantung dia makin lemah.

Sepanjang dia membesar ,tak pernah la ada masalah semput ke apa.cuma batuk la tak elok-elok.
Tak sangka pulak rupanya masalah jantung.sebab  dia pun makan semua tak dak masalah,tumbesaran pun normal.kuasa Allah,insya allah ada hikmah nya kan.
Kami satu family mula-mula terkejut,tapi bak kata my sis,walaupun sedih,tapi dia bersyukur at least dapat tau..kalau tidak,memang susah hati,tiap-tiap bulan sakit.
Mujur jugak dapat tau sekarang ,sebab doc kata ,if la lambat sikit,mungkin mengancam nyawa.





Selasa minggu lepas,kena cabut gigi dalam 15 batang.itu pun tak paham pasai apa.
Tapi,kena remove sebab ada kena mengena dengan jantung.
Sepatut nya plan,selasa remove gigi,hari jumaat lepas kena operate jantung .

Tapi,lepas operation,dia demam and doc tak nak proceed sebab tengok dia tak stabil.
Untuk orang yang tak sakit,demam lepas cabut gigi tu perkara biasa,tapi tidak untuk patient macam shafiq.itu akan make it worst.
Hari rabu,demam on-off.khamis tu,dah makin ok.
Hari jumaat,hari yang patut operate tu,dah kebah,tapi doc decide buat selasa.
Sebab nya,doc tak nak jadi macam kes sebelum dia,patient ada komplikasi.
Since condition dia ok,doc kata tunggu selasa ( which is today ).





So,ahad haritu,dek kerana rindu kat shafiq ( maklum la,dulu masa shafiq kecik,memang dok jaga dia kat sini.masa bujang dulu,menumpang rumah depa la.dah biasa dok babysit dia jugak,terasa la jugak.).
Eryna pun asik sebut nak jumpa shafiq,so jom la visit dia.
Syok la tu dah jumpa geng dia. :)





Berlari je la kerja budak-budak ni.
Mula-mula la konon eryna tu malu kucing,makulm la lama tak jumpa,
Lepas tu,dah tunjuk taring.






Gerak dari kl dah pukul 9 lebih ,sampai penang pukul 2 pm macam tu.
Mujur hari ahad boleh masuk dalam,so lepak la kat situ until pukul 5 macam tu.
Alhamdulillah,walaupun badan dah susut,tapi dia sihat.

Pagi tadi,pukul 8 shafiq dah masuk ward.berdebar-debar la tadi.
Mak ngan ayah dah sampai kat penang dari perlis.ada kazen dok penang,so tumpang tidur sana.
Pastu,pukul 11 tadi,kakak wasap bagitau,operation dah settle,alhamdulillah shafiq ok.dia stabil.

Doc bajet lagi 4 jam baru sedar lepas operate,sekali dia terjaga pastu nak cabut wayar.kelam kabut la kejap.tapi,tadi depa bius balik.
Mula-mula query jugak,awat anesthetic tak bius ikut jam.tapi,kakak bagitau,takpa,sebab itu tanda dia tindak balas.mujur dah habis operate.seram pulak dengar tadi.

So,my sis dah masuk dalam bilik ICU tengok dia.so far,dia kata semua ok dan stabil.bekalan darah pun cukup.shafiq kena dok ICU dalam seminggu untuk observation pastu baru ke ward biasa.
Alhamdulillah,syukur sangat.semoga lepas ni shafiq sihat tak payah la keluar masuk hospital lagi.

Doakan supaya shafiq terus sembuh ok :).

Xoxo.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...