Wednesday, November 11, 2015

warung cikgu cikgi :)

As salam.

Semalam ,deepavali melepak kat rumah ja.cuma,petang sikit kuar p pasar malam.lama sangat tak p pasar malam.selalu,setiap selasa,memang hasben ja yang p sebab malas nak heret eryna sekali lepas amik dia kat taska.semalam,exceptional sebab terperuk seharian kat rumah.dah la hujan,perghhh terus lentok tidoq lepas zohor tu.

Yang ni backdated entry la,sebab kejadian makan ni adalah hari ahad.
Lately ni macam syok pulak makan nasik kelate tu.ada orang panggil nasik kak wok,ada panggil nasik manggey.kalau vanggey tu kat perak sana.

Selalu tu,makan kat nasik kak wok TTDI jaya sana.kali ni,kita try tempat lain la pulak.
Ada la dari haritu hasben dok sebut pasal nasik cikgu kat puchong.ada cawangan jugak kat kg melayu subang.mula-mula try yang kat subang tu la sebab dekat dengan rumah.waze jer ok.
Yang di kg melayu subang tu,nama dia "Warung Kita".dari tol sungai buloh tu dekat jer.keluar arah ke hospital.waze jer,confirm sampai.






Masa sampai,queue panjangggg sangat.orang ramai giller.dah serupa pesta.konsep kedai makan cenggini ni kan kena self service.sebab lapar sangat ,so ini jer sempat snap pic.
Ada kaunter khas untuk amik makanan, then kaunter air.after dah amik semua baru bayar.

Restaurant ni punya la besar, pun penuh.siap ada tempat untuk budak.siap ada court untuk budak-budak main mainan.tapi,panas terik memang tak ler nak bagi eryna main kat situ.
Makan time panas,fuyohh berpeluh ha.orang laks ramai,tak tenang nak makan.hahaha.





Yang ni baru warung cikgu.dekat bukit puchong.sila waze jugak.sebab i olls ikut jer orang bawakkan.
Ni cawangan warung kita kat atas tadi.
Sampai dah pukul 2 pm,pun orang still ramai beratur.
Tapi,no hal la,sebab tugas i cuma amik tempat jer.tunggu makanan sampai.




Besar jugak sini,tapi lagi besar warung kita la.
Sini lebih kurang besar nasi kak wok tu.
Menu dia sebijik jer sama ngan warung kita.takder beza pun.

The killer untuk nasik ni,for me,is dia punya sambal belacan.kalau takder  ni,macam takleh telan sebab tak pedas.mujur la tak manis kuah dia.kalau tak,memang tak leh makan kot.





Yang best kat sini,sambal boleh refill sendiri.itu yang paling terbaik.tak payah la time dia nak bungkus nak kena bagitau,sambal nak lebih.
Sambal tu nampak jer gitu,tak ler pedas sangat.
Setakat 2 bekas tu,memang licin ku kerjakan..siap tak cukup,tapi sebab malas nak bangun,maka,berebut-rebut la sambal tu.




Rupa bentuk nasik tu.simple jer.nasi,kuah lemak ke kari entah kaler kuning.pastu ayam goreng.done.makan panas-panas.sambal kena lebihhhh baru sedap.
Nasi manggey biasa RM 5.50.yang special RM6. tapi,nasi biasa and special macam takder beza jer.so,agak confuse di situ apa yang special.





Ayaq nyoq beli sebekas jer,sebab nanti tak habis.macam haritu beli dua,last-last tak habis.
Boleh jugak order coconut shake,tapi sebab nasi banyak and macam full jer,so tak order,nanti rugi jugak kalau tak abis.




Budak ni baru paw train baru.kalau i,tak beli dah.haha.sebab koleksi train dah banyak.
Dengan abah dia,boleh la mintak.dengan mama,amik masa sikit.hahaha.




Masih lagi orang datang makan,padahal dah nak dekat pukul 3 petang,.cuaca pulak hujan,asyikkk jer makan kan.simple jer konsep,yang penting berpatutan dan sedap.
Boleh repeat datang lagi :).

xoxo.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...