Friday, November 13, 2015

12 November

As salam.

Semalam , 12 Nov adalah hari penuaan i.dah bertambah lagi usia.tu,tanda jugak kena tambahkan amal ibadah and jadi lebih baik.kita pun tak tau bila nak dijemput pulang kan.eh,tetiba nak syahdu segala pulak.

Alhamdullillah,segala puji dan rezeki hanya kepada NYA.hari-hari bila bangun tidur,kita tau masih bernafas,masih mampu untuk gerakkan anggota badan,dah syukur sangat.
Lately,banyak benda yang tak berapa best kita dok baca and dengar.mudah-mudahan kita sentiasa di bawah lindungan NYA.insya allah...

Well,sebagai memperingati hari kelahiran,maka dah ambik cuti awal-awal.malas nak datang kerja pulak.rasa nya ni first time ambil cuti.sebelum ni ,masuk jugak kerja di hari lahir.
Dah planned nak p spa,nak tengok wayang.itu je pun nak buat.takder la nak g bercuti bagai.lagipun,insya allah bulan Feb nanti,ada nak p holiday somewhere.itu nanti la kita cerita.mudah-mudahan dipermudahkan.auw..tak sabaq nyaaaaa....

So,semalam,bangun pagi,lepas hantar eryna p taska ( hantar la jugak sebab kalau tak,jenuh la nak g sana sini bawak dia.boring pulak cik mek tu nanti ),balik rumah,konon nak siap-siap keluar la.hasben pulak,amik half day petang.tak suruh dia cuti pun,tapi tetiba dia bagitau,nak amik half day so that we can celebrate the birthday together.





Pastu,dok melayan telefon,maklum la,kat FB kan kengkawan dah wish birthday.seronok dok reply,tengok-tengok jam dah 10 lebih.bagus jugak FB ni kan,sebab bila ada memori tu,dapat la kita tengok sapa yang wish last year.hahahahaha.

Dalam otak,dah tau nak buat apa.benda pertama,nak breakfast kat nasi lemak kat village park.sapa yang dah biasa mai sini,mesti tau,betapa susah nya nak parking and betapa ramai nya orang datang makan kat sini.macam setiap waktu penuhhh jer orang tau.






Yang special nya harus lah nasi lemak ayam harga RM9 ni.sambal sedap,kalau nak extra tambah 80 sen.makan tu jer,tak perlu nak tambah side order.
Semalam,sebab weekdays,dapat la selit parking kat tepi-tepi tu and dapat tempat.weekdays pun orang ramai.good businesssss sangat.

Dah habis makan,singgah OU.nak usya lagi baju and kasut untuk feb trip nanti.dah beli few things,tapi penting eryna jer sekarang ni sebab nak g tempat sejuk khen.tapi,budak tu tahan sejuk.ekon kat bilik 20 pun dia rilek tak mau selimut.mama dah gigil-gigil siap comforter sampai muka.

Tunggu hasben balik,kitaorang jumpa kat parking rumah,pastu p tengok cter James Bond tu.best cerita tu,tapi i suka lagi james bond lama.lagi hencemm.yang ni ok la,abang sado sahajer.>_<.
Rupanya, TGV ada offer hari khamis.guna kad maybank,dapat beli buy 1 free 1.semalam,dapat la beli tiket wayang harga RM 15.




Lama giller wei tak tengok wayang,mau bertahun-tahun.tengok sesama la.selalu kami tengok asing-asing sebab malas nak bawak eryna sekali takut dia boring.
19 nanti ada sambungan mockingjay,harus la p tengok.

Habis wayang,terus g taska .eryna siap salin baju dalam keta.haha.sebab lupa nak bagi baju baru.tapi,ok gak sebab dia main sampai peluh-peluh.kalau pakai baju elok,kang sama gak peluh dia.

Cik mek tu rilek jer i saja cakap " mama p kuaq ngan abah,eryna kena tinggal" ..pastu dia balas, " yela,eryna g skool.mama ngan abah keluar la..skool best"..sporting sangat anak kan.bagus-bagus.

Tempat seterusnya adalah The Curve,dah berapa kali p sana.minggu lepas pun p.tak jemu-jemu.kekadang tu,boring-boring balik kerja pun boleh singgah sana.
Decide makan kat Bubba Gump jer.lagipun hasben tak pernah try.eh,sapa punya birthday entah.
Memula macam nk p Marche,tapi macam dah boring sebab dah pernah p.nak try benda lain.
Tony Romas dah celebrated kat sana last year.
So,ke Bubba Gump jer la.




Order calamari as appetizer.ok jer boleh tahan.




I makan ni.apa entah,cajun and prawn.



Hasben punya.salmon.orang datang sini makan prawn,tapi dia makan salmon pulak.




Kids eat for free.habis spageti tu dia makan sorang.siap mintak lagi.tapi,tak yah la kang takut sakit perut makan banyak.dia sekarang in the phase,makan-makan-makan,mulut tak berenti mengunyah.tapi,badan haluih jer.sebab aktif kot.




Dapat free dessert untuk birthday girl,tak sempat nak tiup ada orang dah sibuk dulu.
Kalau tony romas best sikit,sebab dapat brownies sedap.
Yang ni,just yogurt jer +_+.

Lepas dah habis,siap eryna boleh pulak verak,hadoi sabar jer la.makan pastu verak.sungguh tinggi metabolisme mu wahai anak.siap dia nyanyi-nyanyi pulak dalam toilet time verak.ish..
Eryna sekarang kat rumah dah tak pakai pampers.kat luar and taska still pakai.
Dia dah pandai cakap bila nak kencing and berak.
Senang jer nak diapers free.hehehehe.




Overall,happy alhamdulilah atas segala rezeki.
Rezeki sihat.rezeki anak.rezeki kerja,rezeki kasih-sayang.semua nya rezeki.
Banyak ke sikit ke,jangan lupa bersyukur.

xoxo,





2 comments:

eynda said...

Happy belated birthday!! Bestnya enjoy sepanjang hari bersama orang tersayang :-)

Wa said...

Tahniah n happy birthday siss..moga murah rezeki sokmo2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...