LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, October 6, 2015

Raya korban haritu

As salam.

Hello hello..bersawang dah blog ni.bukak tutup bukak tutup ,tak jugak ber update.
Semalam ,i work at home jer.sebab jerebu,so office allow work at home.tapi,biasa ler,bila kerja kat rumah,with cik kak eryna around,confirm la tak bekerja.malas pulak semalam nak antaq dia p taska.
Sempat la bukak e-mail,balas apa yang urgent ,lepas tu,masak and tetiba dah pukul 2 petang,eryna nak nap.dengan mak dia sekali la berlayar ke lautan.hahahaha.

Harini,back to normal routine.eryna pun dah rindu kat taska.asyik berlakon cakap tepon.konon tengah cakap dengan besfren dia tu la.sabaq jer la.kecik-kecik dah tanam impian bergosip kat tepon yer.>_<.

Well,raya haji haritu i balik kampung.alhamdulillah,tahun ni dapat buat korban satu bahagian.berkongsi-kongsi la yer.puas dapat makan sup tulang and paling special,gulai tulang & rebung  mak masak.marvelous sangat..




Ayah in action.tu yang tengah pegang pisau tu la.tangan dia dah la malam raya tu kena sengat tebuan.siap kena inject 2 kali tu nak bagi surut.dah macam nak demam mak kata.mujur pagi raya dah ok.still semangat nak p sembelih.ayah kata,hat sakit belah kiri,yang nak sembelih belah kanan.huhu.

Gambar ni adik yang snap.i olls memang tak sanggup nak p tengok.kalau dah jatuh kesian,haram dah untuk dimakan.so,baik duk diam-diam kat rumah sambil makan.ehehehee.

Raya ni,takder gambar langsung.recycle balik baju ja.lepas tu,memasing asyik makan & makan.awal pagi,hasben ikut ayah and adik p tempat korban.as usual,every year,ayah dah di booked untuk jadik tukang sembelih.tahun ni kena sembelih 7 ekoq lembu.sampai ke tengah hari baru settle.so far,tak ramai yang boleh sembelih tu.most tak berani.lapah depa berani la.ayah kata,kena la belajar,sebab kalau orang tua-tua dah takder,nak harap sapa lagi kan.

Balik ke kl hari ahad,mendapat la jem macam haper jer.dah la isnin i keja.memang harus la overslept.letih oi walaupun i hanya lah co-pilot.siap bawak bekal lagi ha.berkelah kat R&R.kalau tak,memang kebuloq ,semua tempat penuh.




Hasil dari kampung.ayah memang rajin menanam,ni semua pokok tanam keliling rumah.sebab tu i suka balik kampung tu.makan mewah,semua free.kalau kat sini,cempedak goreng jual 5 biji RM2.puas hati bawak balik 2 bijik.puas makan berkali-kali.ada pisang,buat pisang goreng and lempeng.tu ada lagi dalam fridge boleh makan sampai next week.best sangat.




Puas hati sangat dapat makan cempedak goreng tanpa batasan.cempedak ni,kalau ulas yang besar tu tak berapa best buat goreng.sesuai buat serawa ja (orang utara panggil ).kecik-kecik molek gini memang terasa kemanisan buah tu.yang penting.cempedak goreng,bukan cempedak tepung goreng.T_T.



Daging korban ada gak bawak balik.repeat buat sup tulang.layan sungguh makan time-time panas ni.yang best tu,tengah masak sup,gas habis.dah la hasben ada kelas pagi tu.last-last pukul 3 petang baru dapat makan.kalau ada pressure cooker memang cepat jer masak.ni,pakai gas kan,mau 3 jam baru tulang empuk.






Oh ya,bawang goreng tu,my fren jual.sedap sangat.dia guna bawang rose and yang penting tak der campur perisa and tepung.rangup and wangi jer.kalau nak order,boleh la bagitau i.dia jual RM15 sebotol.kalau nak post,kena tambah ikut berat ler.botol plastik ,tak berat sangat kot.






Semalam pulak,try buat mee rebus.tak berapa menjadi la.first time buat.so-so jer rasa dia.mujur ada daging korban tu,bertambah sedap la mee rebus tu.hehehe.ada lagi 3 portions daging untuk di masak.lepas ni,kita cari seafood and ayam jer.ni semua gara-gara puas makan daging la ni.

xoxo.



1 comment:

wa said...

wahhh..sedapnyaaaaaa...lagi-lagi cempedak goreng tu kan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...