LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Friday, October 16, 2015

Mengapa susu ibu penting ( down memory lane :D )

As salam.


Sedar tak sedar , eryna dah masuk 3 tahun lebih.sekejap jer tetiba dah besar.
Macam tak percaya pulak,dah boleh setinggi itu, dah boleh cakap pot pet pot pet macam-macam.
Dulu-dulu,i selalu imagine, nanti mesti kita perasan bila anak makin meninggi.
Tapi,memang tak ok.pergi check up doktor ,tau-tau..owh dah makin memanjang.




Ni,waktu dulu-dulu,geram sebab debab.lengan tu orang panggil katam tebu.
I must say ,eryna is such a lucky girl sebab dapat fully bfeed until 2 years old.only after 2 tahun dia minum formula mix.kira nya i totally stop at age of 2 years.

Cakap pasal fully bfeed ni,sometimes ,it's quite sensitive to some people.
At one time,i pernah terbaca pasal debat susu ibu vs susu lembu vs whatever susu - u name it.
With that reason, i left the group and search the information myself.
For me, bfeed isn't a competition between moms. we always trust the rezeki yang Allah bagi.
Kalau ada rezeki ,insya allah dapat lah kita fully bfeed.Kalau takder ,jangan paksa diri.





Well, enough about that.
Fast forward, after 3 years, and almost setahun i simpan medela freestyle yang banyak berjasa dalam proses pumping tu,tetiba rasa rindu pulak zaman itu.
Zaman bangun awal pagi -pump.
Sebelum lunch -pump.
Selepas lunch -pump.
Malam before tidur -pump.
Tak pernah jemu and tak rasa bosan.
Sometimes,dapat rezeki banyak sampai tak cukup botol.
Sometimes,dapat sebotol jer.pun ok,janji bawak balik jugak.hehehe.

I notice,eryna jarang sakit.alhamdulillah.kalau sakit pun,cepat kebah.paling lama demam,adalah tiga hari.lepas tu dah sembuh.
Lepas tu,demam pun tak nampak macam orang demam.aktif semacam.
I lagi suka kalau dia aktif masa demam,biar la keluar peluh,kalau melepek jer,risauuuu sangat.
Even sekarang dah setahun la,dia tak bfeed,alhamdulillah,kalau demam,batuk,selsema tu tak lama.
Berjangkit tu terpaksa la terima sebab sekarang dia dah kat school kan.

Lagi satu,anak fully bfeed ni,jenis manja lain macam.nak melekat jer.nampak mak macam nampak apa jer.tak menyabaq sangat.
Kalau balik kerja tu,mau stress ,mak tak sempat bukak tudung,anak dah menjerit.hahaha.
Style dia,malam nak berkepit kat mak.sekarang pun sama,still tidoq celah ketiak lagi.hehehe.
Punya la manja tu.tapi mak suka jer la.biar la anak nak manja kan.hopefully,biar la manja sampai bila-bila.tapi,bukan manja yang melampau tu yer.itu dah lain,nak kena rotan jer tu T____T.





Apa lagi best bila bfeed ni, i notice,makan banyak pun badan cepat jer turun.
Masa preggy i kan naik almost 25 kg,besar sangat.

Habis pantang jer,berat tinggal 55 kg.best ,pastu dapat makan sepuas hati.
Tapi, ibu bfeed kena berjaga-jaga jugak jangan makan pedas sangat.sebab kang baby cirit atau kembong.alhamdulillah, eryna tak pernah la kena cirit ,kembong atau sembelit.
Memang pakar paed pernah cakap ,anak menyusu ibu ni, walaupun dia debab atau over weight ( macam eryna la hahaha ) ,tapi takkan ada bad effect.hanya good effect saja.

Bila kita dah jaga makan, badan slim,lepas tu skin pun glowing.sebab kita dah kurangkan benda berminyak and pedas.makan banyak tapi healthy food.takes more fruits and kalsium.
Kalsium sangat penting ,sebab ibu menyusu akan mudah kena osteoporesis atau luruh gigi awal.
Sebab baby dah amik semua nutrisi dari kita.jadi kita kena jugak protect diri kita.

Key to success bfedding is always, mak sihat and anak pun sihat.
Jangan sebab nak susu kan anak,kesihatan mak terbiar pulak.salah tu tau :)




So, awak dah besar kan.insya allah ada rezeki dapat la fully bfeed bakal adik-adik awak nanti yer.hehehe.
Boleh la mama kurus balik macam dulu >_<.
xoxo.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...