LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Monday, October 26, 2015

Belajar buat roti simple

As salam.

Semalam ,join kelas baking kat taska eryna.saja suka-suka.
Ajak 2 orang member join.depa ni pun jenis suka baking.siap buat menjual lagi ha.
Seriously,nak buat kek ke,cookies ke, roti ke memang kena sabar.kang ada la risiko kek tu bantat.dah la,buat donut asik failed jer.+_+.
Ada sekali tu,konon nak buat la sardin gulung tu.dah goggle resipi ,siap ikut sebijik-sebijik.elok jer lipat sardin segala dalam pastry tu,pastu letak dalam tupperware.sekali ,tu haaa...terus melimpah-limpah.yis dah mengembang,habis melimpah ,terus kena buang semua.since then,memang tak laaaa nak buat from starch .haha.guna jer pastry jenama kawan tu.confirm sedap :).

So, ahad tu jenuh la nak suruh eryna bangun.sebab janji pukul 8 pagi dah sampai.
My two fren pun dah otw,sekali,sampai sana..cehhh cikgu taska pun belum sampai.
Lepak la kejap situ.





Baking benda basic jer.ajar cara nak wat roti sosej and kacang merah.ajar nak buat bentuk-bentuk yang kita selalu nampak kat cafe tu.
Inti red bean tu,beli yang dah siap jer.so,takder la dok mengentel inti dia.


Kelas tu ada kitaorang 3 orang jer pun.kahkah.saja suka-suka.
So,mula-mula cikgu ajar la camne nak campur kan bahan dalam mixer.
Untuk buat roti ni,bahan nya senang jer rupanya.
Tepung gandum ,tepung roti,yis,butter. dah tu jer...pastu campak dalam mixer.
Sebab guna mixer kitchen aid agak nya,in 5 minis dah mesra sebati.


So,1 kg tu cikgu bagi la sorang sikit and ajar nak buat simple bentuk.
Ada bentuk bunga, ala-ala ulat beluncas pun ada .kitaorang buat 7 bentuk.
Senang jer rupanya.hahaha,terus rasa terror sekejap.
Lepas tu,terlupa pulak macam mana nak design.





Seperti biasa, buat baru sikit,dah sibuk bergambar.terasa seperti persatuan wanita gitu.
Akak dua dari kanan tu lah yang ajar buat roti tu.yang baju hijau tu,mak sedara owner taska ni.
Seronok la semalam,ada 5 orang pun riuh kemain lagi.
Eryna macam biasa la,main dengan kawan-kawan baru.





1 kg adunan tu boleh buat dalam 35 pcs macam tu.wahhh,kalau juai seketui singgit pun dah balik modal sangat.tu yang semalam masing-masing dok merepek pakat nak buat jual tu.
Tapi,betul gak tu.bukan lama pun amik masa.lagi cepat dari nak buat kek atau cookies.
Sebab bahan dia yang basic and bila nak buat bentuk tu,pun tak payah mana.
Ecewahhh..cakap kemain,ni skang dah lupa macam mana nak buat bentuk bunga tu >_<.





Lepas dah siap bentuk tu,kasik dia rest sat.masa ni la,bun ni semua mula menggemok.
Dah macam sebelum mengandung & selepas pulak.sebelum slim,selepas tetiba menggebu.
Tanjat i olls tengok dia gebu gebas.
Agak dalam 15-30 mins, so boleh la letak mayonis & sos untuk bun sosej,
Mentang-mentang la untuk makan sendiri, berlimpah-limpah picit.hihi.



Lepas dibakar.cute kan.
Sedap sangat.tak sangka pulak,resipi simple gitu pun sedap.hihihi.

Setiap design dapat bawak balik sorang satu.
So,semalam bawak balik la 7 pcs roti.puas makan roti sampai pagi ni.



Loaf ni pakai bread maker jer.sedap jugak.lembut.
Yang ni 2 jam duk dalam bread maker tu.
Sambil loaf tu masak,tu yang kami duk menguli tu.
Pukul 1 pm ,kelas habis,balik rumah.

Letih sangat bangun pagi tu,balik qada tidur.
Petang kuar p Atria ,PJ nak cari baju winter.jeng jeng jeng...

xoxo.


1 comment:

Wa said...

Ra ji nnya...tapi senang kan bila kita dah tai buat basic yang simple2 macam tu.Nak cari baju winter?....jeng jeng jeng..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...