LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, October 27, 2015

Eksrem guna bekas daiso

As salam.

Entah cemana ntah haritu, tengok kat IG sapa ntah, dia buat eskrem kat anak-anak dia.so,baru teringat,ada jugak beli bekas eskrem tu kat daiso.dah nak dekat setengah tahun beli ,dok elok jer dalam plastik.

Mula-mula ingat nak buat eskrem milo.siap plan nak wat nescafe susu lagi.sedap nyaaa.tapi,teringat pulak,ada ribena tu banyak lagi.nak kena habiskan sebab expired ujung bulan ni.
Tulah dia,terpengaruh tengok harga RM10 dapat botol ribena besar, sekali tu,ha expired tahun ni jugak ,pembeli tu confirm bukan i yer, sebab  kalau i memang tengok expiry date dulu.walaupun senang terpengaruh jugak +_+.

Haritu, siap bawak balik milo 3 in 1 dalam 3 plastik, koko krunch kotak besar 2.pastu,siap bangga2 giler la bagitau dia beli tu semua harga RM30 kot camtu.dapat pulak free mug sempena world cup dulu.sekali ,ha,tengok expired lagi 4 bulan.hahaha.dah satu hal hari-hari kena minum sampai kembong.milo tu ok lagi la,tu koko krunch sapa nak makan.suruh eryna bawak g skool sekali.






Berbalik kepada eksrem mudah lagi senang tu,bahan nyer senang jer.
Ribena.kalau ada puding ke,nata de coco ker leh potong masukkan sekali.
Haritu ada kiwi,so letak kiwi.
Guna ribena senang,tak yah letak gula.bancuh dia saja sudah.




Mula-mula kupas kiwi.letak kat bawah.
Pastu bancuh ribena letak jer dalam tu.
Dapat la 4 bekas.senang jer kan.
Ni budak kenteng ni sibuk jer nak tolong konon nya.





Kedekut nau letak sehiris sebekas.hahaha.sebab nya kiwi tu dah masuk mulut dulu.
Semua pakat berebut nak kiwi.dah la manis..tu yang ada 4 jer cukup-cukup tu.





Simple jer kan.yang penting murah.hahaha.
Beli 5 hengget kena la buat banyak-banyak kali baru balik modal kan.
Owh bukan 5 hengget,sejak GST ,dah jadi 5.30,kuang asam kan,dulu,kita beli 10 item,ngam jer RM50.skang dah ada nak kena bayar RM3.giler kan.tiga hengget tu boleh beli nasi lemak kosong 2 bungkus tau.pftttt.nak marah pun tak guna kan,.bukan nya depa dengaq pun suara rakyat marhaen ni.





Lepas seharian,esok nya tak menyabar si eryna nak makan eskrem dia buat tu.
Cute jer kan.besar pulak tu.
Dulu-dulu kita makan eskrem malaysia tu.kat sekolah jual sekupang ja ( 10 sen ).
Pastu,mak pun rajin bancuh.paling best eskrem milo.buat pekat-pekat.owh,lagi satu asam boi.srup srup hisap asam boi tu.best.waktu panas tu rasa heaven ja kan.
Tapi,tu la,guna plastik tu kena buat lek lok,kang time nak ikat,habis terkeluar air tu.
Guna daiso ni memang senang betul.





Suka la budak ni makan.
Rupa nya,yang muncung tepi pemegang tu,boleh jadi straw,
Sebab bila eksrem dah cair,air tu akan bertakung dalam tu.so,boleh sedut srup srup.
Kesian kan.peghak..hihihi..

Try la beli ajak anak-anak buat.mesti depa suka.
Lepas ni nak buat eskrem kopi susu.sedapppp.tapi,untuk mak nyer jer la.eryna tak leh.

xoxo.


Monday, October 26, 2015

Belajar buat roti simple

As salam.

Semalam ,join kelas baking kat taska eryna.saja suka-suka.
Ajak 2 orang member join.depa ni pun jenis suka baking.siap buat menjual lagi ha.
Seriously,nak buat kek ke,cookies ke, roti ke memang kena sabar.kang ada la risiko kek tu bantat.dah la,buat donut asik failed jer.+_+.
Ada sekali tu,konon nak buat la sardin gulung tu.dah goggle resipi ,siap ikut sebijik-sebijik.elok jer lipat sardin segala dalam pastry tu,pastu letak dalam tupperware.sekali ,tu haaa...terus melimpah-limpah.yis dah mengembang,habis melimpah ,terus kena buang semua.since then,memang tak laaaa nak buat from starch .haha.guna jer pastry jenama kawan tu.confirm sedap :).

So, ahad tu jenuh la nak suruh eryna bangun.sebab janji pukul 8 pagi dah sampai.
My two fren pun dah otw,sekali,sampai sana..cehhh cikgu taska pun belum sampai.
Lepak la kejap situ.





Baking benda basic jer.ajar cara nak wat roti sosej and kacang merah.ajar nak buat bentuk-bentuk yang kita selalu nampak kat cafe tu.
Inti red bean tu,beli yang dah siap jer.so,takder la dok mengentel inti dia.


Kelas tu ada kitaorang 3 orang jer pun.kahkah.saja suka-suka.
So,mula-mula cikgu ajar la camne nak campur kan bahan dalam mixer.
Untuk buat roti ni,bahan nya senang jer rupanya.
Tepung gandum ,tepung roti,yis,butter. dah tu jer...pastu campak dalam mixer.
Sebab guna mixer kitchen aid agak nya,in 5 minis dah mesra sebati.


So,1 kg tu cikgu bagi la sorang sikit and ajar nak buat simple bentuk.
Ada bentuk bunga, ala-ala ulat beluncas pun ada .kitaorang buat 7 bentuk.
Senang jer rupanya.hahaha,terus rasa terror sekejap.
Lepas tu,terlupa pulak macam mana nak design.





Seperti biasa, buat baru sikit,dah sibuk bergambar.terasa seperti persatuan wanita gitu.
Akak dua dari kanan tu lah yang ajar buat roti tu.yang baju hijau tu,mak sedara owner taska ni.
Seronok la semalam,ada 5 orang pun riuh kemain lagi.
Eryna macam biasa la,main dengan kawan-kawan baru.





1 kg adunan tu boleh buat dalam 35 pcs macam tu.wahhh,kalau juai seketui singgit pun dah balik modal sangat.tu yang semalam masing-masing dok merepek pakat nak buat jual tu.
Tapi,betul gak tu.bukan lama pun amik masa.lagi cepat dari nak buat kek atau cookies.
Sebab bahan dia yang basic and bila nak buat bentuk tu,pun tak payah mana.
Ecewahhh..cakap kemain,ni skang dah lupa macam mana nak buat bentuk bunga tu >_<.





Lepas dah siap bentuk tu,kasik dia rest sat.masa ni la,bun ni semua mula menggemok.
Dah macam sebelum mengandung & selepas pulak.sebelum slim,selepas tetiba menggebu.
Tanjat i olls tengok dia gebu gebas.
Agak dalam 15-30 mins, so boleh la letak mayonis & sos untuk bun sosej,
Mentang-mentang la untuk makan sendiri, berlimpah-limpah picit.hihi.



Lepas dibakar.cute kan.
Sedap sangat.tak sangka pulak,resipi simple gitu pun sedap.hihihi.

Setiap design dapat bawak balik sorang satu.
So,semalam bawak balik la 7 pcs roti.puas makan roti sampai pagi ni.



Loaf ni pakai bread maker jer.sedap jugak.lembut.
Yang ni 2 jam duk dalam bread maker tu.
Sambil loaf tu masak,tu yang kami duk menguli tu.
Pukul 1 pm ,kelas habis,balik rumah.

Letih sangat bangun pagi tu,balik qada tidur.
Petang kuar p Atria ,PJ nak cari baju winter.jeng jeng jeng...

xoxo.


Friday, October 16, 2015

Mengapa susu ibu penting ( down memory lane :D )

As salam.


Sedar tak sedar , eryna dah masuk 3 tahun lebih.sekejap jer tetiba dah besar.
Macam tak percaya pulak,dah boleh setinggi itu, dah boleh cakap pot pet pot pet macam-macam.
Dulu-dulu,i selalu imagine, nanti mesti kita perasan bila anak makin meninggi.
Tapi,memang tak ok.pergi check up doktor ,tau-tau..owh dah makin memanjang.




Ni,waktu dulu-dulu,geram sebab debab.lengan tu orang panggil katam tebu.
I must say ,eryna is such a lucky girl sebab dapat fully bfeed until 2 years old.only after 2 tahun dia minum formula mix.kira nya i totally stop at age of 2 years.

Cakap pasal fully bfeed ni,sometimes ,it's quite sensitive to some people.
At one time,i pernah terbaca pasal debat susu ibu vs susu lembu vs whatever susu - u name it.
With that reason, i left the group and search the information myself.
For me, bfeed isn't a competition between moms. we always trust the rezeki yang Allah bagi.
Kalau ada rezeki ,insya allah dapat lah kita fully bfeed.Kalau takder ,jangan paksa diri.





Well, enough about that.
Fast forward, after 3 years, and almost setahun i simpan medela freestyle yang banyak berjasa dalam proses pumping tu,tetiba rasa rindu pulak zaman itu.
Zaman bangun awal pagi -pump.
Sebelum lunch -pump.
Selepas lunch -pump.
Malam before tidur -pump.
Tak pernah jemu and tak rasa bosan.
Sometimes,dapat rezeki banyak sampai tak cukup botol.
Sometimes,dapat sebotol jer.pun ok,janji bawak balik jugak.hehehe.

I notice,eryna jarang sakit.alhamdulillah.kalau sakit pun,cepat kebah.paling lama demam,adalah tiga hari.lepas tu dah sembuh.
Lepas tu,demam pun tak nampak macam orang demam.aktif semacam.
I lagi suka kalau dia aktif masa demam,biar la keluar peluh,kalau melepek jer,risauuuu sangat.
Even sekarang dah setahun la,dia tak bfeed,alhamdulillah,kalau demam,batuk,selsema tu tak lama.
Berjangkit tu terpaksa la terima sebab sekarang dia dah kat school kan.

Lagi satu,anak fully bfeed ni,jenis manja lain macam.nak melekat jer.nampak mak macam nampak apa jer.tak menyabaq sangat.
Kalau balik kerja tu,mau stress ,mak tak sempat bukak tudung,anak dah menjerit.hahaha.
Style dia,malam nak berkepit kat mak.sekarang pun sama,still tidoq celah ketiak lagi.hehehe.
Punya la manja tu.tapi mak suka jer la.biar la anak nak manja kan.hopefully,biar la manja sampai bila-bila.tapi,bukan manja yang melampau tu yer.itu dah lain,nak kena rotan jer tu T____T.





Apa lagi best bila bfeed ni, i notice,makan banyak pun badan cepat jer turun.
Masa preggy i kan naik almost 25 kg,besar sangat.

Habis pantang jer,berat tinggal 55 kg.best ,pastu dapat makan sepuas hati.
Tapi, ibu bfeed kena berjaga-jaga jugak jangan makan pedas sangat.sebab kang baby cirit atau kembong.alhamdulillah, eryna tak pernah la kena cirit ,kembong atau sembelit.
Memang pakar paed pernah cakap ,anak menyusu ibu ni, walaupun dia debab atau over weight ( macam eryna la hahaha ) ,tapi takkan ada bad effect.hanya good effect saja.

Bila kita dah jaga makan, badan slim,lepas tu skin pun glowing.sebab kita dah kurangkan benda berminyak and pedas.makan banyak tapi healthy food.takes more fruits and kalsium.
Kalsium sangat penting ,sebab ibu menyusu akan mudah kena osteoporesis atau luruh gigi awal.
Sebab baby dah amik semua nutrisi dari kita.jadi kita kena jugak protect diri kita.

Key to success bfedding is always, mak sihat and anak pun sihat.
Jangan sebab nak susu kan anak,kesihatan mak terbiar pulak.salah tu tau :)




So, awak dah besar kan.insya allah ada rezeki dapat la fully bfeed bakal adik-adik awak nanti yer.hehehe.
Boleh la mama kurus balik macam dulu >_<.
xoxo.



Thursday, October 15, 2015

Yong Pal

As salam.

Macam lost count pulak tak update blog.huhuhu.
Haritu memang busyy.ni baru boleh bernafas.gitu lah dia kalau rakyat marhaen membanting tulang.

Anyway, very short entry ,sebab i dah nak balik dah ni.
Heaven kan,sini flexi time.boleh masuk and balik ikut time kita.janji kerja siap.
Ingat nak singgah Guardian jap lagi beli wax.hahaha.bongok jer.

Just nak bagitau, i tengah kemaruk dram Yong Pal.dah lama giler tak layan cerita korea.
Last haritu cerita yang ada 'nama saya Rain" tu, title my Lovely Girl.
Tu pun ada skip-skip sebab cerita tu slow.memang jenis tak berapa suka kalau slow motion sangat.


Drama korea terbaik ,best yang i suka macam coffee prince ,My girl.itu i suka la.
Pastu, entah macam mana i boleh terjebak drama terbaru ni.
Tengok kat youtube jer.
Tajuk : Yong Pal.ada 18 episod.
Punya la tak leh sabar nak tau next entry ,back to back tengok sampai tamat sudah drama tu last week kot.perasaan dah habis tu sangat la lega.kalau tak mau meroyan sebab nak tau apa kesudahan.






Citer dia pasal seorang doktor yang buat house call dekat gangster sebab nak cari extra money bayar fee untuk adik dia yang sakit.end up ,dekat spital tu dia jumpa dengan anak orang kaya yang dipaksa koma dekat situ.


Tajuk citer memang tak best la,tapi tengok perghhh tak sabar nak habiskan every episod.i siap repeat tengok balik sebab tak puas tengok.
Dah la herion cun, hero hensem,lagiiii la best.
Heroin tu awek si Rain tu ok...kim tae hee.

Eh,g la tengok.
Jangan kata akak tak warning.




Thursday, October 8, 2015

Finally, makan kat shell out.

As salam.


Selalu sangat lalu depan shell out ni.abis tu,kami kan sometimes breakfast kat mamak tepi tu.dok lalu,tengok macam full jer.tak pernah la terasa nak try ke apa.
Shell out ni,dari luar takder nampak best pun.nampak cam biasaaaa jer.pastu pintu tutup kan.bukan kita tau ada makanan apa kat dalam tu.

Until la,weekend haritu,ada member call tanya.pernah p shell out dak.since she know,that i stay kat area situ.i kata,tak pernah la,dok lalu lalang tu selalu.
Pastu,the day after nampak blogger mimy hamid pulak update kat FB dia.ok,tak leh jadi ni.kena la try.at least sekali >_<.

Hari ahad malam,try lalu,tu diaaa queue memang panjang giller.terima kasih la.tak payah la nak join the crowd especially ada anak kecik ni.wonder la,pukul berapa la depa tu dapat makan.sebab shell out ni tutup pukul 11 malam.on time lak tu kata nya.
So,planned g weekdays jer lepas opis.mujur follow insta depa,hari isnin tutup.kalau tidak,kempunan la if tutup hehehe.weekdays tutup pukul 10 pm yer.


Selasa, siap lunch sikitt giller kat opis.ready nak makan seafood.sedang elok la tengah jemu dengan daging korban.bertukaq ke seafood pulak.
Balik opis,siap-siap tunggu hasben balik,mujur maghrib awal sekarang ,terus gerak la lepas dah get ready.kedai kan sekangkang kera jerk,less than 10 mins dah sampai.
Masa tu,dah 730 pm ,tengok eh dah ada yang tunggu.tapi tak ramai.2 group jer,termasuk kitaorang yang ketiga.tanya waiter tu,dia kata ada tempat,cuma kena tunggu kejap.depa letak kerusi kat luar tu,so lepak la sat situ.


Landmark : dataran sunway ( luar sunway giza ) .end lot sederet dengan nasi kandar padang kota.belakang old town white coffee.bernasib baik macam kami,dapat parking depan kedai.situ payah sikit parking.




The menu.makanan simple jer.semua seafood ada lala,udang,crab.boleh la pilih kalau nak ala-carte atau combo.i would suggest ,better amik combo sebab depa ada set untuk 2,3 and so on.kalau tak cukup,add on jer la macam brocolli,corn,nasi and lain-lain.

Kami pilih combo A.sesuai untuk 2-3 orang makan.dalam tu ada crab 500 g, udang 10 ekoq, lala 20 pcs,corn,brocolli,rice 2 pax and fried sweet potato.
Memula tu,siap tanya,cukup ker untuk 2 orang.waiter tu kata.cukuppp sangat.tak cukup kang tambah.ekekekeke.tamak sangat no.

Masa haritu.crab 500 g habis,yang ada 700 g.so,kena tambah RM6.ok la,tambah ler.ingatkan nak bagi free jer kan.uhuk uhuk.
Lepas pilih combo,pilih la nak flavour apa.dia recommend yang combination tu.ok,pilih yang tu.amik medium jer.paling pedas level OMG.




Setiap meja ada benda alah ni.yang bekas besi tu nak buang sisa makanan.sos kat tepi tu tak payah letak pun takpa.sos biasa jer tu.makan sos yang dia punya tu pun dah sedap.tisu tu wajib la sebab memang comot jer makan kat sini.




Budak ni dah gelisah sebab tak tau nak wat apa.sweet potato tu dah sampai,dia makan yang tu dulu.dalam 15 mins la jugak tunggu order.orang ramai dah masa ni.boleh dikatakan,almost all tables dah full.belum pukul 8 pm lagi pun.good business i must say.




Pose dulu la sebab tak tau nak buat apa.pakai apron adalah wajib supaya orang tau kita makan kat sini LOLs.deco simple ja kedai ni.tu habis depa bagi tulis kat dinding.senang kan.tak payah susah-susah cat or nak maintain.yang penting makanan meletop.



Dia pun nak apron jugak.so,mintak la satu sebelum dia buat perangai.fries tu pun dah habis.siap mintak lagi satu.pastu waiter tu blur.dia kata,fries dalam set tu satu jer.orang kata nak add on la.pfttt..

Dalam 15 mins tunggu,sampai la makanan.kejap lagi nak curah atas meja.nasik ada 2 ,satu share ngan eryna.kena makan nasik la ,sebab macam sakit perut ja nak meratah gitu.huhu./



Nampak macam sikit jer dalam gambar.banyakkkk ni.memang full la untuk dua orang makan.nak pulak waktu malam.tapi,seafood ni memang feel kalau makan waktu malam.siang macam entah,tak tau nak cakap feel dia tu T_T.




Uiiii sedap ni.sos dia best.kena la semua sekali.siap main ketuk crab tu,sampai terpelanting.hahahaha.puas sangat dapat meratah semua ni.siap order nasik lagi satu,sebab tak cukup.adoiiiii..




Crab tu puas hati.sekoq makan dua orang dah cukup.habis licin kami kerjakan.yer la,bayaq mahai,kalau boleh nak makan sampai kulit semua.hahahha.eh,kombinasi broccoli and jagung dengan sos tu pun terbaikkkk.sedap sangattttt..sila la datang ok.

Service staff pun baik.friendly and cepat.elok ja sikittt lagi nak habis,mek eryna dah kegelisahan.dia dah start keluar dari baby chair pastu merayap satu kedai.henfon pun dah tak jalan.itu petanda kena balik cepat.sebelum dia buat nyanyian pulak kat situ.sweet potato yang order after that pun tak habis.so,tapau la.rugi wehhhh ehehehehehe.

Overall,best.kalau ada yang nak belanja,sanggup i datang lagi.ekekekeke.
Total haritu RM 238 sebab order air ,tambah nasi semangkuk and fries tu.
Untuk set combo yang kami pilih tu harga nya RM 179.

Dah kenyang sampai tahap nak bloated.moh la balik.esok nak kerja.tu pun tengok kat luaq,orang masih ramai queue.tak kerja ke apa hampa ni.atau,tak muak ke makan lewat malam oiii.

Di akhiri dengan ini.....( tiada kena mengena )...........

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



xoxo.


Tuesday, October 6, 2015

Raya korban haritu

As salam.

Hello hello..bersawang dah blog ni.bukak tutup bukak tutup ,tak jugak ber update.
Semalam ,i work at home jer.sebab jerebu,so office allow work at home.tapi,biasa ler,bila kerja kat rumah,with cik kak eryna around,confirm la tak bekerja.malas pulak semalam nak antaq dia p taska.
Sempat la bukak e-mail,balas apa yang urgent ,lepas tu,masak and tetiba dah pukul 2 petang,eryna nak nap.dengan mak dia sekali la berlayar ke lautan.hahahaha.

Harini,back to normal routine.eryna pun dah rindu kat taska.asyik berlakon cakap tepon.konon tengah cakap dengan besfren dia tu la.sabaq jer la.kecik-kecik dah tanam impian bergosip kat tepon yer.>_<.

Well,raya haji haritu i balik kampung.alhamdulillah,tahun ni dapat buat korban satu bahagian.berkongsi-kongsi la yer.puas dapat makan sup tulang and paling special,gulai tulang & rebung  mak masak.marvelous sangat..




Ayah in action.tu yang tengah pegang pisau tu la.tangan dia dah la malam raya tu kena sengat tebuan.siap kena inject 2 kali tu nak bagi surut.dah macam nak demam mak kata.mujur pagi raya dah ok.still semangat nak p sembelih.ayah kata,hat sakit belah kiri,yang nak sembelih belah kanan.huhu.

Gambar ni adik yang snap.i olls memang tak sanggup nak p tengok.kalau dah jatuh kesian,haram dah untuk dimakan.so,baik duk diam-diam kat rumah sambil makan.ehehehee.

Raya ni,takder gambar langsung.recycle balik baju ja.lepas tu,memasing asyik makan & makan.awal pagi,hasben ikut ayah and adik p tempat korban.as usual,every year,ayah dah di booked untuk jadik tukang sembelih.tahun ni kena sembelih 7 ekoq lembu.sampai ke tengah hari baru settle.so far,tak ramai yang boleh sembelih tu.most tak berani.lapah depa berani la.ayah kata,kena la belajar,sebab kalau orang tua-tua dah takder,nak harap sapa lagi kan.

Balik ke kl hari ahad,mendapat la jem macam haper jer.dah la isnin i keja.memang harus la overslept.letih oi walaupun i hanya lah co-pilot.siap bawak bekal lagi ha.berkelah kat R&R.kalau tak,memang kebuloq ,semua tempat penuh.




Hasil dari kampung.ayah memang rajin menanam,ni semua pokok tanam keliling rumah.sebab tu i suka balik kampung tu.makan mewah,semua free.kalau kat sini,cempedak goreng jual 5 biji RM2.puas hati bawak balik 2 bijik.puas makan berkali-kali.ada pisang,buat pisang goreng and lempeng.tu ada lagi dalam fridge boleh makan sampai next week.best sangat.




Puas hati sangat dapat makan cempedak goreng tanpa batasan.cempedak ni,kalau ulas yang besar tu tak berapa best buat goreng.sesuai buat serawa ja (orang utara panggil ).kecik-kecik molek gini memang terasa kemanisan buah tu.yang penting.cempedak goreng,bukan cempedak tepung goreng.T_T.



Daging korban ada gak bawak balik.repeat buat sup tulang.layan sungguh makan time-time panas ni.yang best tu,tengah masak sup,gas habis.dah la hasben ada kelas pagi tu.last-last pukul 3 petang baru dapat makan.kalau ada pressure cooker memang cepat jer masak.ni,pakai gas kan,mau 3 jam baru tulang empuk.






Oh ya,bawang goreng tu,my fren jual.sedap sangat.dia guna bawang rose and yang penting tak der campur perisa and tepung.rangup and wangi jer.kalau nak order,boleh la bagitau i.dia jual RM15 sebotol.kalau nak post,kena tambah ikut berat ler.botol plastik ,tak berat sangat kot.






Semalam pulak,try buat mee rebus.tak berapa menjadi la.first time buat.so-so jer rasa dia.mujur ada daging korban tu,bertambah sedap la mee rebus tu.hehehe.ada lagi 3 portions daging untuk di masak.lepas ni,kita cari seafood and ayam jer.ni semua gara-gara puas makan daging la ni.

xoxo.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...